Wednesday, March 27, 2013

Another meeting? tomorrow?

I was doing my work as requested by my supervisor in yesterday's meeting when I check my facebook folder in my email. Omo! My co supervisor posted about a new meeting update on the facebook groups status. (yes, my co sv-Prof M, has an exclusive facebook group for his students).   He stated :

Meeting Update: Makmal Siswazah JKEES2 (Old Mercator)
Group 2 : 28/3/2013 (today) 2.30 pm
Group 5 : 29/3/2013 (Friday) 3.15 pm

I was like, .no no..please...please
Im a student under group 5. And the meeting is tomorrow!!!!

Oh. This gonna be another my mad day...Arghhhhhhhhhhh..I have to prepare a slide presentation for tomorrow...

Why?? Why? I thought the group of mine will be in another week not this week. It should be the group 1, 2 or 3. is it because of we are special?  I thought a wonderful day has just began after yesterday's meeting. but now??

huh!

Meal shakes shaklee

Saya dah lama nak share mengenai meal shakes. salah satu produk shaklee. Sy suka bg Ashraf mkn ni since Ashraf ni sejak berenti menyusu, sy risau pengambilan nutrien harian dia. Sbb dia kurang mkn nasi. Dan tak suka sayur. So hidangan meal shakes ni boleh menampung apa yg kurang. Bg anak-anak yg makan dah ok, sudah pasti boleh jadikan mealshakes ni pelengkap apa yg kurang dari pengambilan menu harian. Dia berfungsi seimbangkan..kalau anak xlalu mkn insha Allah berselera makan.

Meal shakes sesuai utk memastikan anak dpt nutrien yg mencukupi. Baru wean off anak..Tak sempat masakkan menu berkhasiat setiap hari. Boleh jadikan mealshakes sebagai pelengkap nutrien mereka. Org dewasa pun boleh ambil. Ibu menyusu pun boleh ambil.

Cara minum dia adalah bancuh sahaja dgn air biasa/ jus/milo/ campur dlm susu formula anak, tak perlu air panas dikhuatiri rosakkan vitamin dia. boleh consume beberapa sudu pun setiap hari. kalau minum byk, cepatlah habis. sy biasa bg Ashraf (3 thn 8bln) dua sudu teh sehari ..kadang2 bg juga kat adiknya Ayra skang berusia 1 thn 2 bulan. Alhamdulillah anak sy pun tersgt jarang demam.setahun dlm dua kali mcm tu je demam. demam pun kejap sgt je.Alhamdulillah..

MEALSHAKES:
-  rasa vanila yang menjadi kegemaran kanak-kanak
-  sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 tahun keatas
-  sesuai untuk seisi keluarga
-  Boleh menjadi instant sahur meal/ breakfast sekeluarga
-  Rendah lemak namun kaya dengan 19 vitamin utama, protein, fiber dan mineral serta kalsium yang penting  untuk tumbesaran kanak-kanak.
-  Meal Shakes memberikan tenaga dan menguatkan sistem imun kanak-kanak
-  Memberikan kecergasan dan meningkatkan kesihatan
-  Mengurangkan eczema kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa
-  Meningkatkan selera makan anak
-  Jika anak yang kerap demam lazimnya akan kembali sihat lebih cepat daripada biasa
-  Pilihan terbaik buat mereka yang tidak pandai telan supplement berbentuk "tablet"
-  menangani masalah sembelit pada kanak-kanak.

-  untuk kanak2 obes 
 
FACTS ABOUT MEAL SHAKES
1. Complete Nutrients – Provides 24 types of A to Z essential vitamins, minerals and trace minerals. Deficiency in trace minerals will affects the absorption of vitamins and causes inactive enzymes. It also contains soy lecithin that works hand-in-hand with fat soluble vitamins.
2. Supplies Key nutrient to cells – Rich in protein (contain no lactose) that helps in forming skin, nails, hair, organs, blood, immunised cells etc.
3. Aids in Growing Up – Contains folic acid, biotin, rich in calcium and magnesium that are needed for building bones and cells in the growing up process.
4. Anti-Oxidants – Contains vitamins A, C, E, zinc, selenium which are the anti-oxidant components for anti-ageing.
5. Restore skin complexion – Contains complete vitamin B-Complex, iron, copper to form healthy red blood cells, thus improves the skin colour complexion. Detoxification – Rich in soluble fibre that helps the (peristalsis of colon and stomach/bowel movement) to excrete excess fat and waste from the colon and stomach.
6. Great Taste for young and old – Delicious drink with natural fructose; quick replenishment of the necessary nutrients for the body; contain no artificial colouring and artificial sugar.
Setiap bancuhan Shaklee Meal Shake memberikan satu pertiga daripada US RDA dengan 19 vitamin/ galian yang diperlukan bersama dengan protein, galian dan 3gm serat. Naturally good nutrition n great taste.No artificial flavor,colors,sweeteners or preservatives added.
• a wholesome instant breakfast
• a delicious,inexpensive meal in hurry
• a nutrition packed meal supplement
• a delectable snack any time
• an ideal meal for people watching their weight or controlling total fat cholestrol and sodium


Anak sy si Ayra tu bolehla sy bancuh biasa2 atau bg mentah dia tak memilih sgt. Kalau si abgnya Ashraf ni mmg payah sgt nk minum jenis air putih mcm susu ni. Mmg fobia ke apa tak tahulah. so sy mmg bg dia ratah je mealshakes ni. dh lama ashraf consume. bila putus bekalan je dia mcm 'mengurus' sikit dan kurang nafsu makan. Sbb tu sy mmg bg dia ni. (Dahla anak2 sy ikut genetik sy kan, pesen kurus..mkn byk pun tak gemuk2 -sylah tu..;p) tp takpe janji dia ok dan kita konfiden sikit nutrien harian yg dia dpt.

perisa vanila

Ashraf yg perlu di pujuk utk mkn mende berwarna putih susu

Mealshake ni juga bagus untuk ibu yg tgh alahan yang tak lalu makan. Dia seperti multivitamin juga. So, sesiapa yg nak order mealshakes ni boleh order melalui saya. 0139653767. Sy bg harga baik punyer;)

Tuesday, March 26, 2013

Merdeka sementara (mode after meeting with supervisor)

:)

cerita PhD lagi

Besok meeting lg. minggu lepas dua kali miting. jumaat tu meeting berempat.
Besok antara sy dan supervisor je.
Saya letih.
dua tiga hari sebelum miting sudah pastilah..sy dh tak berapa keruan.
tambah2 miting esoknye.
Benar2 letih.
Begini ceritanya.
projek sy join ni adalah projek lrgs.
projek besar KPT tak silap sy bernilai 6 million.
byk universiti terlibat. dan byk fakulti terlibat termasuk engineering. teknologi mklumat malah sains sosial.
di mana hasil akhirnya mesti jd satu hasil nobel agaknya.
Projek ni sudah bermula kalau tak silap sy november 2011. Tp sy baru je dftr phd dan terus dimasukkan ke dlm prjk ni. sy automatically join september 2012. yg mana ada byk checkpoint kene capai.
kalau tak capai leader2 akn dipertggungjwbkan.
Mungkin sbb supervisor sy stress nk hadapi meeting bersama org KPT nnt.
Sy sebagai student lagi jd gila.
Apakata sy quit projek ini.
dan buat prjk sendri dan kalau gile pun gila sorang. (dan ini mcm tak mungkin je)
kalau encik supervisor rs kita tak dpt nk perform dgn hebatnya dlm masa tersingkat ini. Bolehla cr student yg lagi best.
sekian.

Apa nk bincang esokkkkkkkkkkk

sy berkira sy patut  berehat smbil tambah anak. kah kah.
I hate this feeling. tq for listening.

Saturday, March 23, 2013

Susu badan dan breastpump

Sudah lama tidak cerita pasal penyusuan. Saya pakai pam spectra3 dan manual avent sejak zaman anak sulung, muhammad ashraf thn 2009. Memang byk sgt jasa sbb memang pakai smpai lebam. sy pam utk muhammad ashraf smpai beliau berumur 2 tahun..mungkin dalam seminggu dua sebelum besday beliau sy berenti pam/ atau berenti bekalkan susu ke taska. sebenarnya Ashraf ni mmg bukan kaki botol (;p) tak minat lansung bottle feeding ni. sehari sy bekalkan1 botol 3 oz je pun.tp kengkadang dia minum kengkadang tak. jd hasil pam saya setiap hari sy terus bg pada anak susuan sy.. even dh tak bekalkan susu kat taska, beliau still menyusu bila duduk dgn sy especially malam. Sy mase tu ngndungkan anak kedua, ayra.

Pastu bila kandungan kedua dah besar,, susu pun mmg drop..hingga waktu nk bersalin ada la tinggal setitik dua..he he..tp ashraf still nk menenen kalau nk tido mlm. menysu mase mngndung mmg sakit sbb dia pencetus rs contraction. Bila sy melahirkan ayra, sy tanderm nursing la jugak dua beradik tu...smpai ashraf umur 3 tahun 2bulan. saya paksa berenti. iaitu semasa sy fly ke bandung selama 2 minggu september thn lps (2012). balik tu mmg tak bg dah..walau sedih dengar dia memujuk..'nak sikit je mama..sikit je..' setiap hari..tp kuatkan hati la jugak..sbb Ashraf boboi.. tak enak di pandang org...lgpun dh 3thn 2 bulan pun..lebih limit yg disyorkan ;) masalah si Ashraf ni tak suka botol.mmg lepas tak bekalkan susu kt taska mmg bercerai botol terus..bg dia baby je minum pakai botol. kalau dia sanggup minum dr botol boleh jugak bg susu bdn skang ni kt dlm tu kan..tp dia tak mau.

Si Ayra ni plak sejak makan, ni dia tak minum byk sgt susu. sehari dlm10oz or less.. so biasanya sy bg 3 oz x3 botol) insya Allah habis. Dan sy masih bekalkan susu utk anak susuan sy, Umar skang beliau berumur 9 bln. 

Alkisah pasal pam. sebelum ni ,,sahabatku yg baik iaitu fizah meminjamkan sy pam spectra3 beliau, so gunakan pam itu semasa kat ukm. kt rumah sy pakai pam spectra3 kepunyaan sy. dulu sy guna pam ni kt ukm, dan bila kt rumah sy pakai manual avent je. tp bila dh biasa pam kt rumah pakai letrik dh jd malas nk manage pam manual avent tu, sbb leceh sikit bab nk cuci..tetiba boleh ada perasaan begitu padahal entah berapa tahun dah sy hidup dgn manual avent tu,,dh siap mengembara bersama kt obersi lagi.. sy jd lupa daratan tetiba ...ha ha..tambahan pulak tetiba pam spectra saya tu mcm mintak nk servis..(ok sy tak pernah servis semenjak beli..) suction dia jd static. tangtu je..tak boleh adjust.. tp still boleh pakai. sy berkira nk g servis tp dok bertangguh..yelah sbb nk guna..kalau g servis entah kene tunggu berapa lama.. 

tiba-tiba encik suami bg cadangan bernas. Dia bermurah hati nk hadiahkan sy freestyle...omg! walau dlm hati kata 'eh mcm membazir je,,ayra dh setahun lebih pun..tunggu je la anak ke3 besok2.. tp bila pikir balik,, apa salahnya sy memlikinya lebih awl..sbb sy mmg pengepam tegar..guna smpai lebam..ohoi...bila setuju je..terus uruskan pembelian kt penjual online..terus penjual tu hntar ke rumah pada malamnya..perkara ini berlaku pada 26februari lepas.;) suami sy beli dgn harga rm1350+rm 100(local warranty setahun). 

Nantilah sy review ttg freestyle ni bila-bila. mlm ni famili adik nk dtg umah..
perahan dr freestyle



Friday, March 22, 2013

Today is a history

There goes the day, oh what a shame.but I feel so relieved.
What just happened today will be the most remembered in my life.
Can't stop thinking about it today. ha ha..
rasa nk g planet lain jap..
What a day..huh!
crazy crazy..shame..shamefull
~~~~~~~~~~~~~
Tghari pula join usrah.
Pengajaran dr usrah
pada pendapat sy lah kan..
kengkadang ckp memang senang kan..
tp kita kene relatekan apa yg berlaku dgn diri kita
mungkin ada sebab Allah belum bagi apa yg kita nak

dan satu lagi..
mengenai org yg sombong bila berpangkat
betul..biasanya kalau org dpt sesuatu perkara itu dgn senang
maksudnya hidupnya smooth saja..
ms bljr, result bagus je manjang,,pastu kawin awal..pastu dpt keje elok..
smooth je..itu ujian juga..
jgnlah sesekali memandang rendah org lain
kadang2 kita tak perasan kita dah zalimi/sakiti hati lain

mari kita muhasabah. dan evaluate diri sendiri.
semoga menjadi hamba Allah yg ikhlas
amin.

Thursday, March 21, 2013

Hakikat kehidupan

Ahah..
memang dlm hidup ade waktu kita sedih. ada waktu kita gembira.
Tp sebenarnya di kebanyakan masa Siti Sarah adalah seorang yg gembira.Kemuncaknya hari ni,, gembira yg entah nk ckp level berapa. Takde sebb pun untuk berasa gembira.. tiadalah kata dpt duit ke apa..tp memang gembira..dan many thanks pada rakan2 yg ucapkan kata-kata inspirasi. kata berupa begini perlu sbb manusia ni mmg perlu sentiasa di remind selalu..

Sebenarnya bila pikir..oh pg esok ada miting lg...kui kui..hidup akan diteruskan juga walau apa berlaku. Sy teringat pasal bakar kapal. kenapa kapal? sy pernah bc cerita sejarah yg amat hebat bagaimana Thariq bin ziyad membakar kapal beliau naik bersama 7000 tentera islam untuk menakluk sepanyol (andalusia). boleh bc cerita di sini. Thariq bin Ziyad telah membakar kapal-kapal mereka, ia telah memusnahkan satu-satunya jaminan keselamatan mereka (yg memungkinkan mereka berpatah balik sekiranya kalah), sehingga yang mereka miliki hanyalah iman, keyakinan dan kepasrahan atas pertolongan Allah saja. Akhirnya mereka menang menumpaskan tentera musuh seramai 25 000 org yg dipimpin Raja Roderick yg zalim. Sy berharap sy punya kekuatan begitu. Namun sy belum bakar lg kapal sy..hew hew.....tp sy fikir sy adalah lebih baik (dgn masih meneruskan belajar) drpd condition quit belajar....(monolog sendiri)

Belajar ini walaupun ia kelihatan ilmu keduniaan, belajar teknologi.. tp sebagai umat islam kita kene menguasai ilmu tak kira bidang apa sekalipun yg kita ceburi. Ia tanggungjawab kita sebagai org Islam. Kita adalah umat akhir zaman. Sebagai umat Islam kita percaya pada kedatangan dajal dan imam mahdi. Dajal ni disifatkan sebagai manusia yang cerdik, bijak, boleh meramal ms depan, suka merantau dan panjang umur. mungkin umurnya ratusan tahun. Dajal sudah ada di dunia ini cuma kita belum tahu siapakah gerangan dia ni. Dan dajal akan mempengaruhi manusia melalui teknologi dgn keadaan sekarang ini,,kita tahu kita sudah hampir dengan kiamat..Pada masa sekarang ni byk kita lihat mungkin perkara yg simple pun jd pergaduhan. Perkara yg yg berkaitan agama pun org nk pertikaikan. Perkara yg batil bila ditegakkan jd nmpak benar. Kadang2 kita tak perasan. Ms zaman kecik dulu, sy selalu igt tok guru yg mengajar dkt madrasah dkt  rumah dulu (tok guru dh meninggal ms sy matrik) selalu kata di akhir zaman nnt Dajal dtg bantu di saat manusia perlukan sesuatu yang penting contohnya tiada makanan ketika itu sedangkan manusia sgt lapar.. Ramailah org ikut Dajal kerana kurang iman di dalam hati dan menjd kafir kerana mengikut dajal yg meletakkan syarat. Justeru, ms kecik dulu sy selalu berdoa semoga tidak smpai dgn zaman/waktu Dajal keluar di mana keimanan diuji dgn hebat waktu itu. Situasi spt itu mungkin ada pada ms sekarang ni secara kecilan yg kita tak perasan. Wallahua'lam. kitalah umat akhir zaman..Justeru kita mesti menguasai ilmu,,kita tak boleh biarkan hanya org lain (tambahan pula bukan Islam) menguasai ilmu..Dajal punya tipu daya yg entah mcm mana rupa bentuknya..kalau rakan2 suka membaca terutama berkaitan teori konspirasi, kita akan lihat kehidupan kita ni dr perspektif yg berbeza..kita bukan dihidupkan di dunia ini dgn sia-sia..Di samping ilmu dunia, sudah pastilah kita perlu kukuhkan ilmu agama juga. InsyaAllah. Amin.

Kita mesti kuatkan iman dan berpegang dgn AlQuran.

Sekian.

Tuesday, March 19, 2013

Luahan rasa.

Saya benci.
Saya benci
rs sedih . nk menangis. dh nangis pun jugak
supervisor tahu request. nk dah siap begitu begini. Nmpak dr riak mukanya yg tak berpuas hati. My supervisor seorang yg serious ok. tak pernah boleh bergurau.
bulan 4 ade coordination meeting dgn researcher2/student2 projek ni dari universiti-universiti lain.
Pastu ahli projek sy, pak arab tu asyik bizi. attend workshop la. mesej xbalas. kalau bls pun slow.
Dia kan, xbrapa nk share ilmu.
Bukanlah sy nak sgt bljr ngn dia. tp keadaan skang sumer nk cepat.
sy baru je selesai satu sem. nk kene siap dah/ develope dah.
kalau tak siap bahagian sy. cmana nk coordinate ngn bahagian org lain tu.
this is CRAZZZZYYY i tell u..

IM TOTALLY STRESS.
mlm2 tak lena tido. jaga mlm pikir camana nk selesaikan masalah.
hujung minggu pegi lab.

Somebody save me..! ( nyanyi lagu superman smallville)

Isnin lepas kuar dr bilik supervisor. sy menagis dlm kereta semahunya.dlm 15 minit.
Truthfully I dont even know where to start.
Dahla tgh pe-od kan. Nak solat, baca quran x dapat.
ok. sila nangis dlm hati. nangis kat luar malu kat org.

Sekian.

Tuesday, March 12, 2013

Share period pertama selepas bersalin korang?

Ok. tajuk xboleh blah. Saje la kan sbb jarang2 update haruslah buat tajuk begini.
Reader sy kebanyakan ibu2, wanita cantik yg gorjes
Nak share pengalaman je. Masa bersalin anak pertama dulu thn 2009. period sy tepat2 dtg pada tarikh hari lahir yg pertama anak sy iaitu 30 Julai 2010. So sepanjang tempoh itu tiada apa protection ;) even selepas itu protection sendiri mau igt saja. Sbb lama sgt efek perubahan sesuatu hormon pada saya, tu xberani amik pil atau apa jenis perancang sbb takut ganggu hormon. Biar secara natural saja. Baguslah kan boleh clear dlm masa setahun tu. boleh fully breastfeed dgn tenang dlm tempoh tu. Alhamdulillah.

Anak kedua pon lebih kurang. Ulang tahun pertama cik ayra pada 16 januari 2013. Period sy datang pada 18 Januari. selang dua hari saja. Jadi kesimpulannya cycle sy memang mcm tu. Amik masa setahun utk hadir semula. Kiranya dlm tempoh setahun tu merupakan tempoh tak subur kot..hahah..tp susu maintain alhamdulillah boleh buat stok utk anak banyak2. mungkin hormon penghasilan susu berada pada tahap maksimum sepnjang tempoh tu.

Pengalaman anda bagaimana?
encik google bagi gmbar blur

Wednesday, March 06, 2013

We are a happy family

Ayra ketika usia setahun
Cik Aishah Ayra telah genap umur setahun pada 16 Januari 2013. Skang sudah 13 bulan ++
Sedikit catatan.
Beliau sudah start berjalan ketika usia 11++ dan tidak didorong pun . tekejut bila kali pertama dia melangkah dgn rela hati. mase tu kat umah ipar,,dorang ajak makan2..tetiba dia melangkah dlm 3 langkah. Skang dh laju dh ikut suka dia je..dia jugak suka nk tiru aksi melompat mcm abe ashraf tp xberjaya. kaki masih berpijak di lantai..heheh

Actually sy xdelah nk push dia buat apa2 dgn cepat..sy ikut flow je. sbb abg dia ashraf dulu lmbat tau berjalan. elok2 masuk setahun 4 bulan. so perkembangan anak2 adalah berlainan.

Satu yg sy perasan antara anak lelaki ngn pempuan.
Anak pempuan lebih bermain perasaan kot. pandai sgt..pndai berlakon menangis..hahah..

Ayra ni: manja dan pndai tackle emosi mama dan abah.agak firm.dan fokus.
Abg Ashraf lebih santai, penyayang dan bertoleransi .
Adik mek Ayra serius sikit. Tp once dia senyum, cair rasa hati..

Seriously, kami kadang2 terasa Ayra dah sgt besar. Sy pun rasa sihat je sgt2.. (apekah..) Maksudnya.. kami teringin sangat nk punya baby lagi... ooo.. emmm jiiiii...tp sabau ye dulu tuan puan..sy perlu fokus dulu..(bila dtg ukm, terus rs sy belum bersedia) bila duduk di rumah..oh sy nk baby..............jeles tgk adik, sepupu,ipar duai bagai semua expecting ni,, pastu ramai pulak expecting bb girl (opss) seriously berangan nk bb girl lg..sbb rs comel dan pndai main emosi (apekah)..

Tp, tak kisah pun boy ke girl ( kalau girl lg, xde kwn pulak abe ashraf. tp bukan ke kalau girl mcm ayra nk kene ade kwn segosip yg sebaya..ouchh)

Jgn percaya. saya masih perlukan masa fokus pelajaran (ohoi ct sarah kamu semakin tua..bukan makin muda..cpt produce anak skang)
HAHHAHA...sekian berangan.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...