Tuesday, February 25, 2014

Proses pindah rumah

Sebelum masuk semester baru, sy mcm ada satu perasaan. Nak tangguh sem. macam nak berehat sementara sbb letih pindah rumah. kah kah.


Beberapa minggu ni sangat meletihkan. Sebab kene urus pindah rumah. kene clearkan rumah. encik suami la paling letih kot. saya packing barang kat rumah je. tak memunggah sangat, suami tak bagi..hehe..(ye ke..;p) setiap hari dia pungggah sikit demi sedikit barang, terutama buku-buku dan pakaian. Pastu masa tu pulak, rumah baru masih berkecah, yg boleh clear dan mop lantai dulu adalah tingkat 3. sebab belum siap sepenuhnya renovation. Ya, tingkat tiga, maka memunggahla suami saya buku2 dan fail kerja beliau naik ke tingkat 3. sebab aras bawah masa tu byk belum siap. Nak tak nak, by hook or by crook kene pindah sebelum menjejak bulan Mac. sebab, kita nak pass kunci apartment kepada penyewa, janji hari rabu, 26hb iaitu hari ni, Sebelum pass kunci kene make sure rumah betul2 clear, dan siap cuci berus segala habuk2 dan mungkin daki tertinggal gara-gara perabot dah dikosongkan, mana lap dapur lagi, lap mesin basuh, cuci peti. saya tinggalkan mesin basuh, peti beberapa meja seperti meja tv, meja kopi, meja printer, rak pinggan dan dapur memasak saya yang cantik itu (kah kah). Kami dah booking dan upah cleaner apartment tu, ucop, mintak dia cucikan rumah kami bila waktu rehat atau waktu mlm, tp keje ucop pun tersekat2 sebab selagi tak betul2 clear barang2, susahla nak cuci kan. so minggu terakhir ni, setiap malam kami pegi punggah barang. Ahad dh pindah perabot besar dgn lori 3 tan. yg masih belum proses minggu2 terkahir ni adalah bahagian dapur, nak kosongkan kitchen cabinet, dgn pinggan mangkuk, periuk belanga bagai, tupperware semua, barang2 kering, mcm asam keping, gula, kicap, cuka, garam, jintan putih bla-bla..kene balut & simpan elok2 sbb barang kaca semua tu, kesian anak2 kalau kita pegi pukul 9 mlm, kul12 am baru setel dan balik rumah. huhu,, tak termasuk cerita muntah lagi. eh?
Ms ni dalam proses akhir, kemaskan barang. sepah sangat.
Ucop dah punggah sampah .bersih sikit. tp lantai berhabuk lagi, belum mop
12am
Kami start tinggal dirumah baru pada jumaat malam sabtu, ada adik & family datang waktu tu sbb nk hntar adik saya yg sorang lagi tu balik Jogja, dah habis cuti sem. Actually rumah, belum habis renovate, tp minor la, tinggal nk habiskan cornice kat ceiling di family area tingkat 2, grill dan pintu ke ruang mesin basuh tingkat 2, grill kat tingkap depan rumah, and autogate belum siap.

Sekian.

Tuesday, February 18, 2014

Saya Aishah Ayra

Assalamualaikum kawan2. hari ni saya pulak nak menulis, ya memang takpernah lg sy menulis ni..dolu dolu abe ashraf ade jugak curi peluang tulis kat belog mama kan...

Nama saya aishah Ayra. Umur 2 tahun 2 bulan. Abah selalu tanya sapa budak comel ni? saya jawab : princess..abah tanya lagi princess ni nama apa? saya pun jawab: Aishah ay-ya..huhu ..sy belum terer sepenuhnya sebut 'r'.  Tapi saya yakin saya akan berjaya tak lama lagi..

Ini saya, berhampiran kejiranan saya. baru balik dr sekolah. Roti tu sy nak makan bila smpai rumah
 Kawan-kawan tahu tak cara jalan mcm princess mcm mana, macam ni ..macam ni...mari saya tunjuk

lg menjadi gaya berjalan ni kalau pakai slipper princess. harap kawan-kawan paham
 walaupun seorang princess, kehidupan kene juga menikmati roti canai.roti canai berlaukkan gulai kambing di kedai mamak..kawan-kawan suka tak roti canai..

sy suka ajak abah g mkn roti canai mamak walau mama tak suka sangat, tp sy ngn abe ashraf suka

ini abe saya, ashraf. nak interprem jugak dlm post saya
 saya juga ada jam tangan pemberian abah, berbentuk ikan. bagi saya semua ikan adalah ikan jaws. kalau sy nmpk lauk ikan jaws, sy akan mintak dgn mama..'mama, nak ikan jaws..'

macam ni rupa jam tgn saya

ni saya bersama auntie2 saya.
malu saya, mama amik gmbar saya masa tgh syok tengok tv
Ni abe saya. abe ashraf. kata mama dgn abah, sy banyak saangat berckp. nak buat mcm mana abe saya pun mcm tu. saya tiru je..

Abe Ashraf
ok bye . Harap kawan-kawan mahupun aunties sudi berkwn ngn saya.
~Aishah Ayra

Wednesday, February 05, 2014

Perkenalkan Dapur saya..^_^

Cerita laju-laju. nak update tapi perut mcm dh lapar nak makan burger king. eh?*

Design asal rumah sy pelik sikit. mcm ni. kat tingkt bawah bersebelahan dapur ada satu bilik, digelar utility room. bilik ni terpisah dari rumah. eh? dia bersebelahan toilet yang juga terpisah dari rumah. bukanlah terpisah jauh. cumanya dia kat luar. di dapur ada satu pintu. ha, diluar pintu itulah ada satu toilet dan bilik.(mcm bilik bibik kekdahnya, terasing diluar). maknanya kalau kita kunci pintu dapur tu, org dari toilet dan utility room dah tak boleh masuk rumah..begitu.

begini keadaannya. dari kiri ke kanan. pintu dapur-pintu bilik- pintu toilet
Pandangan dari luar
So, disebabkan serabut dgn kewujudan pintu ini. sy minta org cabutkan.
buatkan bentuk arch, kemudian minta tambah dinding beserta pintu kat sebelah sinun.
pintu kayu itu adalah yg ditambah
Cantik design arch ni bila dh siap taruk tiles.
Pintu asal tersebut juga mengganggu kitchen cabinet sekiranya dibiarkan disitu. so better buang.kelihatan dlm gmbar abah tolong abe ashraf buang air kecil kat toilet rumah baru.
minta cat putihkan pintu yg ditambah itew... hehe
Keseluruhan kitchen cabinet boleh dikatakan 95% siap. jeng jeng jeng.. (maaf lah kene jeng jeng sikit sebab makcik excited sangat dapat dapur idaman makcik sejak zaman dahulu kala) org kata dapur ni jantung rumah..makcik pilih semua design dari pintu kayu nyatuh, warna dan jenis tiles utk base dia.bentuk tombol pintu dan sebagainya. design kayu nyatoh ni harga dia lain sikit dari Melamine atau 3G, 4G. tapi sbb 'Dapur impiana' makcik kan, terpaksa pejam mata sikit bab kos tu... tp warranty boleh bagi sehingga 10 tahun katanya.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tara!
.
.
.

Saya sebnarnya tak kisah kalau buat kabinet atas tu 1 layer je. tp incik suami kata buat penuh sajalah..huhu




Asalnya nk tombol putih konon tp murah jenis tu katanya,jenis plastik je dia ada. kalau besi ni berat. tu pun asalnya dia nk kasi jenis pemegang panjang.nasib baiok sy sempat tengok sebelum dia tebuk pasang. so mintak tukar jenis tombol bulat ni. sbb minat.;p
Kami plan tak pasang hood lansung asalnya, tp kontraktor tu suggest pasang gak yg jenis kecik sikit tu, tapis minyak saja.
Mcm ni. xde cerobong asap tu. sy plan nk pakai induction je. ada spare satu tmpat untuk letak dapur gas single.tp tak kan guna kot.in-case je kot takde letrik atau mak mentua dtg atau sesapa yg tak biasa pakai induction nk memasak. kot je lah kan.
Bahagian belah kiri akan letak peti, dan belah kanan akan letak deep freezer saya. :). eh ini gmbar sebelum tebuk tombol.
Kebanyakan org minat design moden. kebanyakan modern style ni dia lebih kepada warna gelap sikit. saya pula minat warna cerah2. saya tak suka warna gelap. mungkin sbb rasa mcm takut gelap. apekah..hahaha.. Ini dapur saya, jd saya buat ikut citarasa saya. 

Sekian .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...