Monday, May 25, 2015

Pemergian Atuk

Tribute to Atuk (iaitu ayah kepada umi)

Gambar dirakam pada Mac 2014 dihari perkahwinan cucu atuk, Hidayah
Sehingga 16 Mei 2015, saya masih ada ke empat empat atuk dan nenek sebelah ayah dan umi. 
Namun Pada 17 Mei 2015 8.50 mlm, Atuk pergi meninggalkan kami semua. Sangat terasa dgn pemergian atuk.. Atuk menghembuskan nafas terakhir ketika pertama kali Dr mula menjalankan homodialisis pada atuk kerana ingin mencuci darah di HUSM sedangkan hari sebelumnya atuk sudah agak sihat dan bersedia utk pulang ke rumah setelah 10 hari berada di hospital, masalah kekurangan oksigen dlm paru2, ada gelembung udara dlm paru2 dll.Dengan usia yang semakin tua, pelbagai masalah kesihatan muncul kerana badan sudah tdk berapa mampu untuk berfungsi dgn lebih baik seperti ketika muda.

Figura Atuk adalah paling menonjol dikalangan semua atok nenek saya..
Atok seorang yang berwawasan tinggi dan berjiwa besar,
kadang2 terlihat seperti seorang pengatur keluarga, anak-anak atuk (adik beradik umi )semua berpelajaran tinggi. Ada Doktor perubatan, ada jurutera, ada guru , pensyarah. meski pada thn 70 an dulu atuk hanya seorang kerani. tp atuk seorang berpengetahuan sgt luas mengenai bermcm perkara terutama berkaitan pendidikan. masih ku igt zaman sy kecik2 dulu bhn bacaan atuk semua adalah berbahasa inggeris. atuk seorang yg sgt bersemangat dn mementingkan kejayaan dlm setiap perkara.
Umi saya meskipun seorang guru sekolah menengah, tapi umi lulusan dari US (United states). dulu umi duduk di Carbondale. bertemu jodoh dgn ayah yang juga senior umi di sana. mereke berkahwin ketika sedang sambung ijazah. Saya pernah tinggal di sana semasa kecil. malah adik kedua saya, iaitu Adam dilahirkan di sana, US. Pakcik saya, Prof Kamal Nasharuddin, iaitu abang kepada umi, pada 5 Mei 2015 baru baru ini telah dilantik sebagai Vice Canselor Uniten, sebelum ini beliau adalah TNC akademik di Uniten. Atok sangat bangga dgn kejayaan pakcik yg ku panggil Ayah Syam ini..

Sebab atuk sgt mementingkan pendidikan. Bukan setakat anak2, tahap pendidikan dan juga halatuju kerjaya cucu-cucu seramai 26 org ni juga ada campurtangan atuk...atok mengatur cucu atok ada sebagai doktor perubatan, cucu yang itu arkitek..pharmacist sebagainya..
kami sebagai anak cucu ni kengkadang timbul rs semacam perlumbaan. untuk membuat atuk bangga dgn kejayaan kami. benar, kejayaan itu bukanlah diukur dari sudut dunia semata, juga untuk bekalan di akhirat. dikalangan cucu atok,semua watak ada. yg membuatkan atuk bangga. meski bekerja sebagai pegawai di aliran biasa tp ada kalangan cucu atuk yg al hafiz. seperti yg atuk terapkan dalam diri setiap dari kami sjk kanak2. yang ditugaskan mengimam solat dan doa di majlis2 atuk. Sy sedih teringat pada arwah atuk. sebelum ni sy malu dgn atuk, sy tak tahu sy mampu atau tidak menggenggam PhD. sekarang atuk sudah tak ada. ...terasa seperti semangat saya telah dibawa pergi..

Sarah rindu Atuk. Semoga Allah tempatkan Atuk dikalangan org yg beriman. Atuk adalah figure yang penting dalam hidup saya sebagai cucu kedua dari 26 cucu. Pada umur 82, atuk sempat melihat 16 org cicit. Semoga kita bertemu semula di Syurga, Ya Allah ampunkan lah dosa dosa kami. dosa-dosa atuk ,dosa diriku. Semoga hambamu ini meninggal dalam keadaan beriman kepadaMu. Dijauhkan dari azab kubur, dipermudahkan urusan di padang masyar dan di titian sirat. Semoga kami dapat memasuki syurgamu, Amin ya rabbal alamin..




I love you Atuk, La ila ha illallah dan alfatihah utk Atuk.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...