Masih ingatkah pada bilik ini. yang beria ia buat stripes tu pada tahun lalu... masa tu tgh mengandungkan Muhammad Aish. anak ketiga itu. Oh beliau telah pun melepasi usia setahun, (1 tahun 1 bulan) tp belum berjalan lagi. dan sy belum didatangi sahabat baik sy. ini adalah sesuatu yg ganjil. haha..baiklah,,kembali kepada tajuk asal iaitu bilik make over.
Keadaan asal |
Namun, dalam masa setahun lebih warna dia memudar. Maklumla pakai pewarna makanan. Ini merupakan perkara yg tidak dibuat org. ahahhahaha..tapi percayalah,,saya mendapat idea itu pun daripada blog seseorang. ;p So, jgn buat begitu ya kengkawan. kurang berbaloi mencuba perkara sepelik ini.
Beginilah keadaannya.warna belang itu pudar sepudar semangatku. Aku masih lagi gagah meneruskan perjalanan penuh onak duri ini..kah kah (xpasti apa kaitan)
Dlm sebulan lps, kami membuat keputusan untuk jadikan bilik ini sebagai workstation kami. Kene ada workstation/SOHO barulah semangat sikit buat kerja kan. proper sikit. Org lain dah lama berSOHO. kite baru nk buat elok2..seblum ni kecil kecilan je SOHO..yg selalu end up tak jd SOHO pun,,jadi tempat lepak barang. contohnya tempat letak botol susu dan pam susu. penuh meja kecik tu..maklum beranak kecik ni..botol susu dan segala gajet menyusu tu ibarat irama dan lagu dalam kehidupan ini..hmm..
semasa proses mengecat dibuat pd waktu malam |
Hasil akhir. gigih makcik survey2 meja yg sesuai dgn jiwa raga beserta kos mampu milik. Pelaburan dipastikan adalah berbaloi supaya dpt menghasilkan tesis terbaik sepanjang zaman. haha..gajet2 ini dibeli secara loose..dan pastilah dari IKEA.. incik suami pasangkan..makcik nengok je,, dan jadilah meja utk dua org yg terdiri daripada org cantik dan hensem, merupakan pelajar dari UKM, inspiring futures, nurturing possibilities..eh tetiba kuar moto UKM..hahahha. meja printer itu mmg meja lama. yg dipakai seblum ni. printer pun lama jugak. ok kos utk meja dan kerusi ini. Kos ini adalah lebih kurang rm500. meja itu panjang, harga rm260,,kerusi rm 35x2. kabinet pembahagi tengah tu rm150(ada 2 partition dalam dia) kaki meja..lupa lah dalam belas2 ringgit darab 4 ketul kaki. kalau nk kaki meja cantik ala english style tu rega dia berganda2 yg kurang berbaloi. begini sudah cantik. ada juga beli rak gantung tp tak pasang pun lagi. entah knapa sy tak perasan suami saya amik rak yg lebar dan panjang..rs mcm terganggu je kalau letak atas kepala tu..(*_+) so belum decide nk pasang tang mana yg tu..
mulanya begini |
Kemudian lama kelamaan jadi begini ..meja dan kerusi dari bilik sebelah juga membanjiri bilik ini. Sebnarnya Ashraf request nk jugak meja study..tak adil katanya ada meja mama dan abah je..maka angkut meja ini ke sini tp letak pulak mesin jahit kat situ. hahhahahaha dan kotak barang seketul dua (kotak mainan bdk2 ni satu. satu lagi kotak simpan kain jahitan saya..hehehe.
keadaan sekarang |
Sekian