Saturday, November 11, 2017

Diari kerja, dan kelahiran anakanda ke-4

Actually expected due date (EDD) saya ialah 4 Oktober 2017, tetapi memandangkan ketiga-tiga anak saya sebelum ni, tak pernah pun bersalin awal dari EDD, overdue lagi adalah, so sy expect sy akan bersalin pada minggu ke 40 atau maybe minggu ke 41..hahaha..rileks jer..dulu mmg plan sebelum pregnant dulu, husband kata nk anak yg smbut besday dgn dia iaitu bulan Oktober. baik punya plan ni..kene start mengandung pada sekian-sekian bulan kekdahnya.. tapi rupa rupanya bukan itu yang berlaku..

Minggu ke 38. air ketuban makin kurang
Mengandung kali ni mengalami masalah air ketuban kurang sejak kandungan 36 minggu..belum betul2 kurang ketika minggu tu tapi Doktor ada ckp bacaan air ketuban berada di border line. bacaan masa tu adalah 8++.. so close monitor air ketuban. Mengandung kali ke 4 ni ketika saya keje private company, so mmg susah la nk buat regular checkup dengan klinik kesihatan. Sy trpksa apply cuti, at least half day. maklumla klinik bangi ni bukan boleh sekejap. mesti separuh hari. Dah alang2 separuh hari biasanya sy ambil sesi petang, kira lps check up balik rumah terus. Perkara yg membuatkan proses lama tu sebabnya sy ni jenis HB rendah...semua keempat anak ada isu ni, nurse akan tmpal sticker hijau kat buku saya, kiranya berisiko rendah (still ada risiko instead of sticker putih), bila ada isu HB rendah maka setiap kali checkup sy wajib kene ambil darah dari lengan, untuk ceck detaillah kot bacaan sekian2 hal kandungan darah tu. Bila setiap kali ada appointment check up sy perlu apply cuti, maka susah jugalah nk manage mana2 meeting atau appointment dgn user. Sbb saya terlibat dengan buat projek dgn user jabatan audit negara. Auditors bukan ada kat HQ putrajaya je, ada kat byk agensi samada government mahupun GLC company mcm bank negara, kwsp, tabung haji, lembaga tabung angkatan tentera etc. Jadi ada ketika mereka nk saya ke tempat dorang. Maka dengan sebab ni, sy amik keputusan tak mahu terus buat antenatal check up klinik kesihatan, sy g klinik swasta yg boleh serve waktu luar ofis, waktu malam atau weekend. huhu...walau UPNM cover untuk check up sy tapi limit pada rm60 sahaja. haha,, jd byk selalu kene tambah duitla kekdahnya.

Berbalik pada air ketuban kurang. sy lupa minggu ke berapa sy start buat antenatal check up kat Azzahrah , rasanya minggu ke 32 kot. Jika kita plan nak bersalin di klinik swasta seperti Azzahrah bangi ni, kita wajib jumpa Doktor at least dua kali sebelum boleh mula buat bayaran deposit untuk booking Doktor O&G dia. Jadi memandangkan semasa bersalin anak ketiga dulu iaitu Aish, saya bersalin dengan doktor Mashita, jd kali ni saya plan nak book doktor sama. Dr Mashita lah yang beritahu air ketuban sy kurang masa kandungan 36 minggu hari tu.the next two week sy g check kt klinik luar pada hari sabtu masa tu, juga mention yg air ketuban kurang, so dia buat refer letter suruh sy cpt2 g jumpa Doktor Mashita isnin tu. padahal appoitnment sy dgn Dr Mashita suppose to be hari selasa.

Antenatal check up minggu ke-38 
Disebabkan doktor pesakit luar yang buat scan usg saya hari sabtu tu buat refer letter suruh saya jumpa Dr O&G lebih awal, maka pada hari Isnin (18hb September 2017) tu sy jumpa Dr Mashita and guess what...Dr mashita suruh sy balik dan terus simpan beg dan buat apa yg patut..esoknya dia nak saya daftar masuk ward untuk induce. omg. Sy dah gelabah lah, bukan sebab apa, actually 20 hb tu supposed saya ada sesi nak kene attend dgn user jabatan audit la kan..collegues sy dh berzikir lama sebelum tu supaya saya jgn bersalin sehingga 20 hb, please bersalin lps tarikh tu kata mereka..huhu.. Maka boleh pulak sy minta nego dengan Doktor Mashita boleh tak sy masuk ward pada 20 hb malam.haha.. Doktor kata "NO", tak boleh tunggu lama, kata doktor bahaya untuk baby, takut dia terberak dalam perut dan macam-macam lagi perkara yg semacam tak berapa sedap didengar. huhu..so nak tak nak saya kene ikut ckp Doktor kene datang ward esoknya which is 19hb. Maka malam tu saya tidur lewat sikit sebab siapkan tugas saya, projek dengan team mengenai mobile apps. sy siapkan bahagian saya,. risau juga sebb boss kata target nak launch projek tu in next two weeks, pada 4hb Oktober. Kang tak pasal2 sangkut nk launch sbb saya. Projek tu berkenaan soalan-soalan kuiz secara mobile, boleh buka dan jawab kat handphone, target untuk pelajar SPM 2017. Projek mobile apps tersebut bolehla tengok kat sini: https://quizly.my/

19 hb daftar masuk ward di Hospital Azzahrah
So pagi tu pegi bayar daftar masuk ward apa semua.. midwife datang bilik dalam pukul 11.30 untuk masukkan ubat induce kat dot-dot dot. pastu..tunggu punya tunggu sampai kul5.30 tak rasa apa pun..? saya pagi tu dah siap mesej bos beritahu sy maybe akan bersalin hari tu. Boss ucapkan good luck & tahniah. Tp sepanjang hari tade rasa asakit lagi. bila Doktor mashita sendiri dtg check, rupanya ubat yang midwife masukkan tu masih di situ seketul. tak hancur dan tak menyerap. haha.patutla tak rasa apa contraction. so Doktor betulkan kedudukan ubat tu dan masukkan air utk bagi ubat melarut..

Waktu duduk dalam ward ni, asal masuk waktu solat je cepat2 g solat, sbb takut tetiba dh sakit contraction kuat atau midwife nk dtg check bukaan kene standby siap2 kat katil..start maghrib tu ada la rasa mild contraction, mcm acah2 sakit sket gitu gitu. so dlm kul9.30 kalau tak silap, midwife dtg check bukaan, masa tu lupa la bukak berapa cm haha..rsnya tak buka sgt lg 2 cm kot.. pastu dia buat regular check bukaan serviks rsnya dua jam sekali kot..sakit dh agak menyengat la tengah malam tu tak leh tido, setiap kali lepas check bukaan, mmg sy kene g toilet, entahla pedih giler kot, seluk pakai sarung tangan plastik tu. sambil seluk check dia mcm cuba regangkan jugak kt dalam tu katanya untuk bantu bukaan kononnya. bila tgk contraction sy mcm kerap, midwife mula offer saya sejenis ubat penahan sakit..sy masa tu pikir,,kene sabor ni, nnt entah ubat apa lg dia suggest. haha,,dalam sakit masih pikir taknak kos melampau sbb terima ubat memacam kan.. dan kemudian entah kali keberapa midwife datang check bukaan rasanya dalam pukul 1 pagi camtu. 3cm. Dia offer lagi ubat. then sy cuba tanya detail, sy tanya 'ubat epidural ke ?kalau epidural tak nak lah kot.." pastu dia kata bukan epidural,,yg ni jenis suntik kat bontot je..actually dia bukan hilangkan sakit seperti epidural, masih rasa kesakitan contraction, cuma dia buatkan kita lebih calm, dan mungkin puan boleh tidur walau sekejap-sekejap. Kalau puan setuju, sy akan consult Dr Mashita dulu, pastu saya boleh lagi tanya "berapa ringgit ubat tu?" hahahahahahahaha... bila misi kata RM50 sekali inject.ceh. Pesal xckap awl2..haha..so lps sy setuju je..dia suntik. mmg betullah lps suntik tu sy boleh masuk lala land walau seminit dua..lebih calm gitew..

Masuk Labour Room (LR)
Dalam kul3.30am ++, midwife datang lagi check bukaan serviks. Masa ni katanya dah boleh ready masuk labour room. sbb dah 4 cm bukaan. so dlm menahan kesakitan yg semakin kerap tu, midwife tolak pakai wheelchair ke LR. Di sini, sy amik masa bila contraction hilang je cpt2 'rungkas' haha naik katil kat LR tu..husband ada kat sebelah kiri katil. Masa ni mcm kesakitan bergabung menjadi satu. Sambil sakit menahan contraction, midwife suruh kangkang nk cek bukaan, misi kat sbelah kanan ni plak nk masuk drip ubat induce bg lg cepat contraction lah kiranya. tiapkali contraction menggila tu sy mengiring belah kiri belah husband smbil tgn erat pegang tgn dia.gigi terkunci, mendiamkan diri, mata tertutup ha mcm tulah gayanya menahan sakit nk beranak, haha. Masa ni Dr Mashita ada tgh standby kat depan. bila sy ckp dah..dah rs nk terberak (means bb akan keluar skang). terus lah bukak luas2, kaki angkat letak kt atas besi dlm keadaan kangkang (di Azzahrah memang ada sediakan tempat letak kedua belah kaki tinggi sedikit dari badan).

Lahir pada 20 September 2017 (Rabu)
Maka tepat pukul 4.13 am, terdengar tangisan nyaring si princess, huhu..nurse ambil dan lap2 badan dia,,then husband ambil untuk iqamatkan. Alhamdulillah. Masa tu Dr Mashita tanya "So lepas ni beranak lagi?" sy gelak dulu sebelum jawab,,.."taktahu lagi Doktor..hihihi" lps tu bisik kat husband, yg ni last eh...hehe..husband kata "ikutlah.." haha. Misi bersihkan kawasan darah tu , misi pakai kan pad jenis ikat tu. Misi bg uri dalam bungkusan kat husband. Dalam 5.30 am, misi bawakkan katil diletakkan sebelah menyebelah, sy perlahan2 mengesot alihkan badan ke katil trsebut. kemudian sy ditolak ke bilik /ward saya. Masa tu rs mcm bersyukur sgt, dh lepas proses bersalin ni..


Anakanda ke 4 ini kami namaka dia Aishah Rania binti Mohamad Faizal. Semoga membesar menjadi insan yang solehah, amin ya rabbal alamin..

Sekian.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...