Monday, April 29, 2013

Nama-nama yang dilarang dalam Islam

Bismillah.
Dulu saya suka pada nama Balqis. Tp sy tak lah bercadang nk letak pada anak sy sebab sy dari bujang lg sy menanam niat mahu namakan salah seorang anak sy dengan nama Aishah (dh tercapai tapi bila dpt anak pempuan, tetiba mcm nak jugak letak Ayra sebelum ada sedara dekat pakai nama ni,,hahaha maklumlah bersalin bukan setiap bulan, dua-tiga tahun sekali kot ) mengenai nama-nama yang pernah disebut oleh Ust. Sharhan (bekas pelajar umi saya ms zaman sekolahnya) Ust sharhan ni org kelantan. ayah saya kata seeloknya jgn letak nama mcm balqis, najwa dan beberapa nama seperti di bawah ni ,,sebenarnya tidaklah salah letak nama najwa, balqis, haikal ni tp yelah ustaz kata jin gemarkan nama begini..

petikan dari facebook..........WAJIB BACA..........

Bismillahirrahmanirrahim..

[Gabungan Nama]

Memang ramai yang suka menggabungkan nama suami dan isteri tetapi adakah ia menghasilkan makna yang baik? Ketahuilah nama juga merupakan gambaran bagi sifat, gaya hidup dan pemikiran kedua ibu bapa seseorang.

Nama seperti Rozana, Suzana atau yang menggunakan nama ‘zana’, bunyinya sedap sekali tapi maknanya ‘berzina’ atau pun nama ‘wati’ yang bererti ‘bersetubuh’. Jadi elakkanlah menggunakan nama-nama tersebut.

Di dalam perawatan Islam juga terdapat beberapa nama yang sebaiknya dielakkan untuk diberikan kepada putera-puteri anda kerana maknanya yang tidak elok, buruk dan boleh mendatangkan masalah di kemudian hari. Hindarilah agar tidak bertembung dengan nama-nama jin. Contohnya;

1. Balqis – ketua jin

2. Qistina/Kistina – penghulu jin

3. Najwa – bisikan

4. Zaqwan/Zaquan – anak jin

5. Haikal/Haiqal – tengkorak

6. Badrisha/Badlisha/Herisha

Anak-anak ini bermungkinan akan menimbulkan banyak masalah, seperti sering sakit, berpenyakit ‘berat’ dan kronik, degil, kerap menangis, memberontak, hiperaktif dan sebagainya.

________________________________________________________________

[Nama-Nama Yang Dilarang Dalam Islam]

Berikut adalah sebahagian daripada nama-nama lain dalam Islam yang harus dielakkan dan dihindari bagi menamakan bayi anda:

A
Abiqah Hamba yang lari dari tuannya
Abkam Tidak celik, buta
Afinah Yang bodoh
Amah Hamba suruhan perempuan
Asiah Wanita yang derhaka
Asyar Paling jahat
Asyirah Yang tidak bersyukur atas nikmat
Aznie Aku berzina
B
Baghiah Yang zalim, jahat
Bahimah Binatang
Bakiah Yang menangis, merengek
Balidah Yang bodoh, bebal
Baqarah Lembu Betina
Batilah Yang batil, tidak benar
D
Dabbah Binatang
Dahisyah Goncang, stress
Dahriyah Yang mempercayai alam wujud dengan sendirinya
Dami’ah Yang mengalir air matanya
Daniyah Yang lemah dan hina
Darakah Kedudukan yang rendah
F
Faji’ah Kecelakaan
Fajirah Yang jahat, yang berdosa
Fasidah Yang rosak, yang binasa
Fasiqah Yang jahat, si fasik
Fasyilah Gagal, kalah
G
Ghafilah Yang lalai, yang leka
Ghaibah Hilang
Ghailah Kecelakaan, bencana
Ghamitah Yang tidak mensyukuri nikmat
Ghasibah Perampas, perompak
Ghawiah Yang sesat, yang mengikut hawa nafsu
H
Haqidah Yang dengki
Hasidah Yang hasad
Hazinah Yang sedih
Huzn Kesedihan
J
Jafiah Yang tidak suka berkawan
Jariah Hamba suruhan perempuan
K
Kafirah Yang kafir, yang ingkar
Kaibah Yang sedih
Kamidah Yang hiba, yang sangat berduka
Kazibah Pendusta, pembohong
Khabithah Yang jahat, yang keji
Khali’ah Yang tidak segan silu, mengikut hawa nafsu
Khamrah Arak
Khasirah Yang rugi
Khati’ah Yang bersalah, yang berdosa
L
Laghiah Sia-sia, tidak berfaedah
Lahab Bara api
Lahifah Yang sedih, menyesal dan dizalimi
La’imah Yang tercela
Lainah Yang terkutuk
M
Majinah Yang bergurau senda tanpa perasaan malu
Majusiah Agama menyembah api atau matahari
Maridah Yang menderhaka
Munafikah Yang munafik
Musibah Celaka, bencana, kemalangan
N
Najisah Yang najis dan kotor
Nariah Api
Nasyizah Yang menderhaka dan melawan suami
Q
Qabihah Yang buruk, hodoh
Qasitah Yang melampaui batasan dan menyeleweng dari kebenaran
Qatilah Pembunuh
Qazurah Kejahatan, perzinaan
R
Rajimah Yang direjam, yang dilaknat
Razani Kepala zakar lelaki
Razi’ah Kecelakaan, musibah
Razilah Yang keji dan hina
S
Safih Insan Manusia bodoh
Safilah Yang rendah dan hina
Sahiah Yang pelupa
Sharrul / Sharru Jahat
Sakirah Pemabuk
Sakitah Yang jatuh, yang hina, yang jahat
Syafihah Yang bodoh
Syani’ah Yang buruk
Syaqiyah Yang menderita
Syaridah Yang diusir
Syariqah Pencuri
Syarisah Yang buruk akhlak
Syarrul Bariyyah Sejahat-jahat manusia
Syatimah Maki hamun
T
Tafihah Karut
Talifah Yang rosak, yang binasa
Talihah Yang tidak baik
Tarbiyah Yang papa kedana
Tarikah Anak dara tua
W
Wahiah Yang lemah, yang jatuh, yang buruk
Wahimah Yang lemah
Wahinah Penakut
Wailah Bencana, keburukan
Wajilah Penakut
Waqi’ah Pertempuran dalam peperangan, umpatan
Waqihah Yang kurang sopan dan malu
Wasikhah Yang kotor
Wasyiah Yang mengumpat, yang mengadu dombakan orang
Wati/Waty Nama Hindu/tiada makna
Wathy / Wathi Bersetubuh
Y
Yabisah Yang kering, yang sedikit kebaikannya
Yaisah Yang berputus asa
Z
Zalijah Kebinasaan
Zalilah Yang hina
Zalimah Yang zalim
Zaniyah Penzina, pelacur
Zufafah Racun pembunuh

Video ulasan dari Ustaz Sharhan.
http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=T64-HDbb7MQ

wallahua'lam. Semoga nama yang diberi kepada anak kita menjadi doa dan elok pada pembinaan peribadi sebagai seorang Islam. Amin

Friday, April 26, 2013

Berhati-hati dengan pencuri wang

Pertama. Pernah tak korang dapat panggilan dari pelbagai lah insuran,, protective plan sekian sekian. Yang herannya byk dia tahu maklumat kita kan. Konon kita terpilih sebagai pengguna Air Asia bertuah lah. pengguna Tmnet terpilih lah dan macam2 lagi. Tak cukup sekali call, dahla kedengaran seperti memaksa kita dgr dia berckp benefit sekian2 smpai habis. bila kita ckp. maaflah sy tak berminat ' boleh pulak dia marah kita ckp,, macam mana puan boleh kata tak berminat sedangkan puan tak dgr habis pun lg benefit yg puan akan dapat bla..bla..ok bikin panas. Pastu mereka ni sangat pandai sehingga buat org yg dgr mcm trpksa bg maklumat sekian2. mana dorang dpt maklumat kita mcm ic sume dia dh tahu. alamat rumah takyah ckp dh tahu. pastu suruh bagi nombor belakang kad atm. katanya jgn risau asalkan kita tak dedahkan nombor akaun katanya. ok sila jgn sesekali layan permintaan org begini. sudah pasti duit anda lesap. dibuat potongan sekian sekian yg merepek merepek.

Kedua. Saya ada satu kisah benar. Org ini telah kene tipu duitnya sebanyak rm8000. Sangat kesian. Memang dasat dan tak berperikemanusiaan lah org yg menipu tersebut.sebabnya org yg ditipu dan diambil duitnya itu hanyalah bekerja sebagai pengasuh di taska. yang mana gajinya berapalah sgt. Saya sangat terkejut mendengar pengakuan Siti ' ini. bilamana suatu hari tu sy ajak dia keluar g supermarket sesama. Siti ini pernah bgtahu sy yg dia membeli keperluan taska dgn berjalan kaki ke komuter yg sejauh beberapa kilometer. dan pegi carefour midvalley membeli barang dapur. dan berjalan pulang ke taska semula membawa barang dapur tersebut. yg beratnya berkilo2. sy saja je bertanya samada Siti tak berniat ke nk memiliki motor sekurang2nya bg memudahkan pergerakan dia. Dari situlah dia bercerita yg ada satu parent kat taska ni, ibu kepada bayi yg Siti jaga ni telah menipu dia duit sebanyak itu. Terkedu saya dengar cerita Siti ni. Siti ni berasal dr keluarga susah, dibesarkan oleh ibu tunggal, ayah lari pegi kawen dgn org lain sejak dia 4beradik masih kecil. Duit sebnyak Rm8000 tu katanya dia kumpul sejak dia masih belajar, berjimat cermat sbb dia berasal dr keluarga susah. even sekarang dia kerja sbg pengasuh, dia lakukan beberapa kerja lain bg menambah pendapatan seperti mengajar budak mengaji al quran waktu mlm dsb. parent tersebut asalnya dtg dgn berkata,'siti ada cash tak,,akak nk pakai duit..pinjam duit siti ada tak..Siti ni baik pegi bagi kad atm siap bg passwd. sbb takde cash kat tgn. lepas tu smpai ke sudah tak bg kad atm. siti ni punyer baik duit yg kat tgn pun pegi bg kat kakak tu pada bulan2 berikutnya minta kakak tu masukkan dlm akaun kononya. pastu siap mintak kakak tu pos duit utk adik beliau yg perlukan duit. memang berjoli katak agaknya org tu. bukan setakat tu..menurut siti duit dlm akaun dia tu ada dlm rm4000 camtu..kakak tu tnya lepas tu..ayatnya' siti, akak sebnarnya tgh plan nk bukak taska, tp akak tak cukup modal,, nnt taska tu nnt akan lantik siti jd sekian2...pastu boleh pulak siti keluarkan duit ASB dia bersama kakak tu pegi bank. Kesian sangat kat siti. Sy dan suami laporkan perkara ni pada kawan kitorang yg kebetulan polis juga. tp  xdpt buat apa kata kawan tu,, sbbnya beri wang dgn kerelaan, tak dpt tuduh sebagai mencuri. Hai manusia...semoga dilembutkan hati membayar wang siti..sy sedih sgt kat siti. siti ni baik sgt..tp mungkin juga org tu ada ilmu tak baik. Ya Allah. peliharalah org2 yg baik ni..

Ketiga. Ada seorang saudara jauh saya pada suatu malam menelefon sy kedengaran suara seperti mahu menangis kerana ketakutan. sbb dia telah meminjam duit dr 'A' dan akan dtg tepat pukul12 mlm. walaupun ada rasa ragu, tp sy juga tak mahu berlaku kejadian yg ....tak berani nk ckp apa. Sy bglah dia sejumlah wang bg melangsaikan hutang tersebut. alhamdulillah langsai. dan sekarang sy berdoa semoga Allah mudahkan hidup semua org dan jgn lakukan kesilapan begitu lg. Sy tidak memaksa dia membayar sekaligus hutang trsebut. bayarlah separuh separuh. semoga Allah murahkan rezeki semua org,

Begitulah kisah org kalau nakkan duit mcm2 cara. Semoga kita dijauhkan dr manusia yang berniat tidak baik. Amin.
Ingatlah, ambil duit org /mencuri/menganiya org nanti akan ada balasan dr Allah.

Wednesday, April 24, 2013

Semakan pemilih dan Lokasi Mengundi PRU13

Rakan-rakan dan sahabat semua. Jangan lupa mengundi. Ini merupakan kali kedua saya akan mengundi, insya Allah. Undian rakyat Malaysia pada PRU13 5 Mei ini akan menentukan parti manakah yang akan menerajui kerajaan Malaysia untuk 5 tahun akan datang. Selamat menunaikan tanggungjawab. 

Mungkin disebabkan Barisan Nasional telah memerintah lebih 50 tahun, menyebabkan rata-rata rakyat malaysia sudah keliru antara kerajaan dan parti. Mengundi parti mana-mana adalah hak masing-masing. Ada antara ayat2 beberapa org yg pro BN berkata pegawai kerajaan mesti undi kerajaan. Walhal kerajaan tidak bertanding. yang bertanding adalah parti. Pilih mana2 calon yang anda yakin dan cukup berwibawa untuk menerajui kerajaan Malaysia sehingga PRU14 nanti. Selamat mengundi.

Sila semak daftar pemilih : http://daftarj.spr.gov.my/semakpru13.aspx

Monday, April 22, 2013

Peringatan-

Kehidupan saya setakat ini seperti biasa. Setiap hari jumaat ada weekly presentation progress. Saya sudah semakin dapat membiasakan diri, InsyaAllah. Nak tak nak kene hadapi jugak. Jadi harus berusaha gigih setiap hari. Saya berharap sy sentiasa sihat. Bila ada hari mcm pening kepala ke apa..ter'delay'/terganggu sedikit kerja. Begitulah besarnya nikmat kesihatan. Kita mesti bersyukur pada Allah yang Maha Berkuasa.

Beberapa minggu lalu, sy ada teringat pada seorang kawan. Sebab dia dah lama sgt tak update blog. Kwn ni sy kenal melalui alam maya juga. Sy cuma tahu dia org johor. dan anaknya bernama insyirah. Saya dh lupa bila sy start follow blog dia. dh agak lama. sy suka bc blog dia sbb dia agak kelakar bila menulis. Mungkin sy start follow dia agaknya sbb ms belajar master dulu, sy dapat biasiswa NSF sama mcm dia kot,, dan dia juga pejuang susu ibu. so dia ada share pengalaman motherhood jugak di blog beliau. Last dia bercerita panjang kat blog dia dlm Jun 2012. Ms tu thn lepas blog dia byk cerita kisah sedih. Sy ada ikut kisah dia berusaha nk mengandung anak kedua,. kemudian bila dia mengandung dlm 26 minggu mcm tu dia ada masalah dgn pregnancy dia. Pnjng sgt dia cerita perjalanan dia terpaksa bermlm di wad selama 18 hari kerana dr detect bacaan air kencing dia tak normal, lebih protein/ sesuatu lebih kurang mcm tu, buah pinggang dia problem, ini dikesan ms dia mengandung anak kedua. Dr dan byk pakar2 bidang perubatan sarankan dia terminate pregnancy. Last post dia Jun thn lepas. Dia bagitahu yg dia dh terminate pregnancy dgn cara bersalin secara ceaser pada bulan Mei. Dr bgtahu yg kebarangkalian bb dia survive sgt tipis sbb bb kecik sgt kan..baru 6 blnsetengah. dan sy tertanya2 mengenai anak beliau tersebut sbb beliau tidak update berita dah 10 bulan.. Sy kemudian tergerak hati nk tgk semula last entry dia tersebut dan nak tgk ade tak komen terkini selain sy kt entry tersebut. Dia ni seorang yg jarang balas komen. Tapi alangkah terkejut sgt sy bila bc komen. last komen adalah pada november 2012 drpd kawan dia. Kwn tersebut menulis begini " penulis blog ini telah meninggalkan kita buat selama-lamanya semalam' komen tersebut bertarikh 20 November 2012.

Sy cuba mencari akaun facebook beliau tapi sukar nk jumpa sbb ada banyak org nama sama. Saya hanya dpt trace kisah terkini dia dr blog kawan dia yg komen tersebut. menurut blog kwn beliau. anak dia yang kedua itu bb boy..dan sedang membesar, tp ibunya meninggal ketika dia berumur 6 bulan. selama ibu dia hidup walau sakit kerana mengalami kegagalan buah pinggang, ibunya telah sempurnakan exclusive breastfeeding anak pramatang tersebut sehingga akhir hayat ibunya. Sy sungguh berasa terkesan dgn apa yang berlaku ni. Semoga beliau ditempatkan dikalangan org beriman. Marilah kita sedekahkan alfatihah untuk beliau.
 
Sungguh. sy berasa kehilangan, walau sy tak pernah jumpa dan kenal penulis, tp sebab selalu ikut kisah dia membuatkan diri saya berasa dekat dengan dia. penulis mcm kita juga masih muda. lg muda dr sy. Sesungguhnya mati itu pasti. Kita singgah di dunia ni hanya sementara. Semoga kita semua meninggal dalam keadaan baik dan dalam iman. Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa kami. semoga tulisan kita dan apa yang kita buat memberi manfaat kepada org lain. Amin.blog beliau ada dlm blog list saya. nama blog =bini zakaria. Beliau seorang yang baik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...