Tuesday, May 28, 2013

Hutang PTPTN

Sudahkah anda menjelaskan hutang ptptn anda? ki ki ki..saya agak hairan dgn sesetengah org yg bila mendengar manifesto parti2 sebelum pilihanraya. bila ternyata byk kebaikan serta manfaat yg bakal diperolehi bila memilih parti tersebut menerajui kerajaan tp masih tidak mahu malah mengutuk mengejek (terlalu lama menonton serta membaca media satu hala sahaja).katanya org yg nak semua free pergi duduk hutan atau pergi negara lain. sedangkan menteri boleh naik gaji begitu banyak. backdated ppulak tu sebanyak 17 bulan. bayangkan gaji ketua menteri sarawak dinaikkan 3x ganda. maksudnya backdated sebanyak rm26000 selama 17 bulan bermula 1 januari 2012, jumlahnya menjadi rm442,000. wow. kayanya negeri sarawak. itu baru backdated sorang. ada berapa menteri kat sarawak. so sekarang gaji ketua menteri rm39ribu sebulan. sy rasa dgn keadaan sarawak yg mempunyai ramai menteri yg dinaikkan gaji setiap mereka 3x ganda dari asal (dan dibackdated pula dr tahun lepas), bila negeri ini mampu membayar gaji menteri sebegitu maknanya negeri sarawak memang kaya. Sepatutnya sarawak lg maju dari negeri lain di malaysia ini. Tidakkah org sarawak merasa begitu. Untung menjadi org sarawak tp tidak untung kalau yg menjadi kaya hanya menteri saja. hutang ptptn rm21ribu saja kot bg rata2 pelajar di malaysia yg mengambil pinjaman ptptn. gaji ketua menteri rm39 ribu sebulan okey. wow. impressed.

Apa salahnya saya sebagai rakyat malaysia menanam impian mahu mendapatkan education free, sekurang2nya adik2 saya yg bakal menyambung pelajaran akan kurangkan beban mereka. Tp adik2 saya kebanyakannya ambil biasiswa dan juga dua dr mereka ambil pinjaman MARA. kadar bayaran semula hutang MARA adalah rendah sahaja, tidak berbunga2 seperti ptptn. 

So disebabkan harapan untuk mendapat penghapusan bayaran ptptn tdk tercapai. agak sedih juga. so kawan2 disarankan bayar secara lumpsum sebelum september 2013 rasanya sekiranya ingin menikmati diskaun sebanyak 20% diskaun. 

Saya sudah selesaikan hari ini. anda bagaimana? Saya kurang selesa bila org berckp soal hutang wajib dibayar bila sebut isu ptptn. memang benar hutang wajib dibayar tp apa salahnya kalau kerajaan mampu memberi secara percuma, haruslah sy sebagai rakyat malaysia yg merdeka menaruh harapan kan..hehehe.tp mungkin bukan rezeki nk merasa. kalau nk tunggu PRU14 mungkin bunga2 riba akan bertambah mekar.  setelah sy buat calculation, jumlah yg telah sy byr sebelum ini tambah dgn bayaran dikenakan selepas diberi diskaun 20%.sy hanya membayar jumlah yg sy pinjam +plus rm165 terlebih. sy taknak bg riba tp ia mengancam kehidupan sy bila sy tak bayar bunga tersebut. Semoga Allah ampunkan saya.

Selesai.
Surat perlepasan pembiayaan pendidikan ptptn

7 comments:

lynnezz said...

betul la Sarah..sy pun kechiwa dan tgh plan nk byr lumpsum juge sbb sakit hati bila tgk baki hutang PTPTN yang mcm xbergerak je walaupun dh byr bulan2..huhuhu

sisanizu said...

tula linda .recommended byr lumpsum je. mmg sakit hati, byr byk pun ..bila skip beberapa bulan tak sempat byr,,bunga naik naik..mcm tak bergerak hutang tu..

Fizah said...

adoiii sy da setelkan sebelum ada diskaun ni..dan paling sedih siap buat personal loan dgn bank rakyat demi nak elak bunga ptptn ni...cis!! gerramm betoll!! sy byr rm7k++ terus...urghh!!!!

Fizah said...

selamba ketua menteri sarawak naik gaji!! adoi gerrammnya!!

sisanizu said...

yeke fizah..adoi kesiannya..kalau hutang fizah masih byk camtu..diskaun 20% sgt brmkna.mungkin lebih munguntungkn...sy pun hutang rm7k gak tp rs dh byr begitu byk..tp still dok rm5700++ camtu..susah benar nk turunnya. so dgn diskaun 20% dr baki semasa ..bolehla...nk kata untung sgt tak jugak..tp alhamdulillah lah kurang sikit beban. sy hairan org yg berhutang rm21k++ tu masih jugak xnk bila di offer utk dpt education free..pelik..

Suliana said...

wah settle dah ke. lega rasakan. tak tukar ujrah ke? su tinggal lagi 11k. huhu

sisanizu said...

su.11k lg ke..gigih membayar..kalau byr lumpsum.su perlu sediakan rm8800. hik hik..untung rm2200.byk tu..dua kali ganda dr yg sy dpt

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...