Monday, April 07, 2014

Rumah manis rumah II

Sudah agak lama tidak menghapdet belog. kiki.. sudah lebih sebulan sy menetap di rumah manis rumah ini. Cerita serba ringkas lah. memandangkan  tuan rumah ni pun agak pokai sudah sekarang. ini serious! haha..

Ini cerita grill saya. grill adalah dari jenis wrought iron. memandangkan makcik ni pemuja kaler putih. maka makcik request kaler wrought iron asal itu ditukar kpd putih. dan asalnya design ini tiada dlm buku tuan kedai itu. design ni adalah hanya pada pagar luar rumah saja. Maka saya dan suami request supaya design gril diseragamkan dgn gate luar itu. menurut tuan kedai grill, inilah pertama kali dlm karier beliau mendesign grill begini. dan sesudah beliau lengkapkan gril rumah saya.kelihatan beliau seperti sudah serik mahu men design grill begini. hahahah..mungkin beliau takkan buat lagi selepas ini sebab susah katanya...nak welding2 part bengkang bengkok pada gril itew.. 


Cerita plaster ceiling pulak. hehe. kalau nak tahu perkara pertama dan terawal siap ialah plaster ceiling. tp sy belum mahu letak gambar plaster ceiling ini sebelum ini. sbb sy suka sgt dgn design ini. sy yg pilih cornice dan dome tengah itu. sungguh la gembira pada waktu melihat pekerja-pekerja itu memasang plaster ceiling itu..ketika itu tiap2 hari dtg ambil gambar progress..ini juga pengalaman pertama bg kontraktor tersebut pasang plaster ceiling bercorak bungaan begini yg dibuat secara dua lapis. menurut beliau, biasanya org pasang cornice kaler, org buat selapis sahaja tanpa perlu gantung2. kalau yg berlapis begini biasanya customer pilih yg putih sahaja. itu lebih senang dipasang. katanya lah. selepas itu ramai pulak pemilik rumah lain dtg buat lawatan tgk design rumah saya.(ceh patut boleh dpt diskaun memandangkan pihak kontraktor dpt lebih byk job dari owner rumah lain. sy dgr dia dpt dlm 20 buah rumah kat kawasan tu selepas itu)
keadaan awal2. masa ni tgh siapkan kitchen cabinet
hack dinding untuk kemaskan pemasangan aircond
Pemasangan tiang utk pisahkan dapur dan ruang tamu
Tara!! ini lah dinding memisahkan ruang. Ia adalah kaca yang blur2..
tak nampak la kalau makcik tgh kalut kacau lauk kat dapur tu kononnya.
sebelah dinding tu pulak sy pasang cermin tinggi bg mencipta ilusi optik rumah luas. hiks
Family ada dtg hujung bln lepas sempena majlis kahwin sepupu
Atok datang . Perasan tak dinding itu sudah ada tingkap 5 frame ;) 
Finishing. bab pasang langsir husband saya drill dan pasangkan. jimat.

my cheeky boy. 
incik suami drill & gantung TV
sudah berlangsir dan berjam dinding. Ini family area di tingkat 2.

Ini tingkat 3. master bedroom ke2. 


nmpak tak workstation saya do sebelah itew..hiks.
disebabkan bilik ni luas, senang nak bentang2 kain untuk dijahit.

nenek, umi, maksedara dtg dari kelantan. semuanya sbb sepupu kahwin ritu.
toilet. kiki . interprem jugak gmbar toilet. ampun..ini memang diberi begini oleh developer.
ada partition utk bahagian shower. 
Ini bilik atas. tempat buku2. kebanyakan langsir saya jahit sendiri. 
famili. bersedia meraikan tetamu di majlis kahwin sepupu didewan uniten.
Sekian. Ada beberapa bilik lupa nak ambil gambar. Kesudahan dari cerita. rumah saya kosong sahaja. tiada hamparan karpet. senang juga begini. anak2 pun seronok berlari2, berbasikal bagai. sbb runag kosong. poket pun dah kering. sekarang tgh kais pagi makan pagi..kais ptg makan petang. kah kah.. tunggu nak recover balik kehidupan normal makcik...Sebenarnya saya masih belum buat apa2 majlis housewarming. Solat hajat pun saya dan husband buat sendiri2 sahaja. kami kesuntukan masa, wang dan sebagainya. saya pun tak berapa nk sihat. eh...lain entry pulak lah.

^_^.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...