Wednesday, July 02, 2014

Pavlova homemade

 Semalam buat pavlova. Dah lama teringin nk buat sendiri,, rupenye senaang je..resepi berlambak tgk dlm internet, ...
resepinya begini:

Bahan-bahan
- 4 biji telur -putih telur sahaja (ambil dr dlm peti sbb senang nk asing dgn kuning dia)
- 1 sudu tepung jagung
- 1 sudu esen vanila
-1 sudu cuka makan
- gula kastor, dalam setengah cawan
- whipping cream 3/4 cawan
- buah buahan ikut suka (strawberi, anggur,kiwi)

Cara-cara dia

- panaskan oven terlebih dahulu dalam 150 darjah

Buat meringue
- putar kan putih telur tadi, (letak gula sedikit demi sedikit sehingga ia berkilat atau bertanduk.
-lepas tu boleh le masukkan tepung jagung, esen vanila dan cuka makan dan putar lagi sehingga bahan tadi sebati
Itu tangan suami saya ;p
meringue ni kira menjadi bila kita terbalikkan mcm ni dia tak tumpah atau jatuh 
-bila dah siap meringue ni, tempek buat bentuk bulatan kat atas 'baking paper'.nk bentuk bulat cantik, draw la bulatan pakai pinggan, lukis dgn pen. nnt terbalikkan baking paper tu kat sebelah lain untuk letak meringue. atau kalau tak kisah pasal dkwat pen tersebut letak terus kat belah yg lukisan pakai pen tu..:p
-bakar dalam satu jam @ satu jam lebih sikit dengan suhu 130 - 140 darjah. ...(bila marigue dah masak, jangan terus keluarkan dari oven, tutup suis dan buka pintu oven sikit, biarkan ia seketika di dalam oven. dalam 20 minit




Whipping cream




1.Guna 3/4 cawan sahaja (whipping cream jenis ni adalah non-diary dan dh manis, tak perlu tambah gula utk buat cream pavlova ni)
2.Putarkan whipping cream sehingga ia jadi kental...lepas tu boleh sapu ratakan ke atas merigue yang dah masak tadi,
3.lepas tu dah boleh hias dengan buah strawberi/anggur/kiwi/peach ke...

Saya tak tempek penuh crim kat atas meringue yg dh masak tu..sbb takut lembek bila simpan,, bubuh whipping cream ngn buah time nk makan ms letak dlm piring je. meringue yg dah dibakar tu simpan dlm bekas kedap udara. Ini ajaran dr yg pakar.;)..

sekian.

4 comments:

DYatie said...

Xpernah buat pavlova sebab takder oven. Hahaha.

sisanizu said...

;p

amie said...

Bila baca macam senang je.nak try buat la.haha

Fizah said...

yummyliciousss....ni feveret saya!

p/s pun baru menjengah blog...;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...