Di saat menginstall sesuatu di komputer ini, timbul rasa nak update incik blog. hihi..proses hias dan ubahsuaian meja makan dan ruang tamu ni bukanlah dilakukan secara tiba-tiba tapi berdikit2 sahaja. ini berlaku semasa sy sedang menuggu untuk bersalin hari tu. Rajin pulak menjahit sarung kerusi kat meja makan ni. Tp jahit bahagian sandar je..haha malas jahit lapik duduk. nnt lagi lama nk siap (memang jenis tak sabar..;p)..
Di bawah ini pula saya dh tukarkan sarung sofa ini..huhu..asalnya sy cuba jahit ...susah giler..;p pastu give up terus g tempah. memang mahal sikit..tp takpelah 5 tahun sekali tukar ..hahahah...kain bunga tu sy beli dari tempat lain,apa tuh nama tu...elyza...sy bg kain elyza ni kat org yg jahit sarung sofa ni. dia dtg ukur. pastu sy pilih pulak kain utk body dia..sy amik kaler coklat cair...sbb fikir kot2 tahun akan dtg terasa nk tukar lagi,,tukar yg bahagian kaler bunga je..yg body tu boleh pakai lagi..:p . nipun terpkasa amik bunga kaler purple lagi memandangkan langsir dh kaler purple..takkan nk tukar langsir sekali plak. cost tu..memang langsir buleh jahit sendiri tp nk beli kain tu bukan beli dgn air liur..hehhehe..so kita maintainkan langsir tersebut.
Sarung kerusi telah bertukar |
Ruang tamu memang kosong sekosongnya.. anak2 suka berlari-lari..tambah-tambah bila sepupu sepapat dia dtg memang berlari berkejaran di sini. sy biarkan begini sahaja. Besok-besok bila rajin, boleh taruk wallpaper kat dinding..hahaha..nk beli meja konsul bagai pun tangguh je..belum rasa penting ;p
Actually ruang sebelah tangga ni adalah port tmpat simpan dan sepah mainan budak2 ni. lupa nk amik gambar..situ belum keluar keinginan untk membeli barang utk deco. hajat dihati nk beli karpet yg mcm rerumput tu sambil letak meja kopi/ kerusi panjang utk lepak2 . tp malas beli lagi. belum rasa penting. plus duit takdelah berkoyan koyan. kah kah. sy ni jenis yang ..kalau sy betul2 nakkan sesuatu sy akan terus g beli ,,sbb taknak nnt asyik pikir smpai takleh tido mlm. kalau sy belum beli tu maknanya sy belum rs betul-betul mahu. ;p
sekian.
10 comments:
saya bangga dengan saudari.moga saya juga mampu menghias rumah secantik ini.hihahiha
wah segar kejap mata tgk. pandai menghias sarah ni :-) dan rajin menjahit. hehehe
siti aminah.wah..beliau sudah mula komen di belog saya ;p
sikit sikit je su..
Su pun hebat..hebat membaking =)
cantiknya, tak pandai menghias rumah, rasa mcm semak jerrr huhu
tak menghias mana pun ni kak..kosong je. ada perabot basic je..kak mila@Rimbun terer menjahit pasti lebih bagus bila start menjahit hias rumah.:P
kemas je rumah
Assalam sarah, lupa nak tnya berapa kos tempah sarung kusyen tu? sekali dengan body ke? kain bawa sndiri ke apa? ada tmbah span? byk plak soalan sbb tgh survey juga ni nak tukar sarung..
su. biasanya tempat baikpulih sofa ni sediakan fabrik atau jenis kulit dll utk customer pilih utk sofa tersebut. mcm sofa sy ni jahit sarung semata, takde buat baikpulih tambah span atau apa2. so utk jahit sofa 3+2+1 ni, masa tu upah sahaja dia ambil rm 550. kos datang ukur ke rumah rm70. kain pula harga lain. ada rate harga plg minimum rm28 ++++ base on jenis yg dipilih. sy beli fabrik elyza utk yg corak bunga sy tu kain mahal sikit rm54 /meter x 14 meter. manakala utk body yg plain tu sy beli dgn dia je. 16 meter.. kalau tak silap sy amik yg harga plg murah utk yg plain tu rm28/meter x 16 meter. so totalnya.bolehla kira harga kain+upah dll tu....hehhehe memang lagi mahal dr harga kerusi asal ;p.
omg.. jap eh kira duit dalam tabung. haha.. ok tq sarah share the cost.. nampaknya beli sofa baru teruslah kekekeke
ya betul tu Su...sy syg sofa ni so sy berkorban..hahhaa
Post a Comment