Ini adalah gambar bekalan harian muhammad Aish ke taska. Umur Aish sudah mencecah 8 bulan. 3 botol air susu ibu yg fresh bersama bubur nasik home made dan juga puri buah utk santapan petang.
|
Bekalan harian. 3 botol susu, 1 bekas bubur nasi dan 1 blended fruit |
|
actually. dah lama sy berenti mengepam di tmpat kije .
ini stok dalam areabulan jan 2015 |
Susu -susu ni adalah susu zaman muhammad aish kecik kecik (skang pun kecik jugak) cuma nk beritahunya dah lama saya tak pam buat stok. sy dh berjaya kurangkan sesi mengepam. so sjk beberapa bulan lepas lepas lepas..sy dah tak buat stok. sy hanya pam fresh ebm utk Aish pada waktu lepas subuh utk bekalan hari tersebut. setiap hari itulah rutin harian. Dan pada kali ini saya bernekad tidak ambil anak susuan lagi. sy kurangkan sesi pam. mula-mula sukar juga. balik dr kijer je breast bengkak sgt rs mcm nak pengsan, terus berlari ambil pam dan pam susu laju laju...lama kelamaan kerja mengepam boleh ditangguhkan ke waktu mlm sebelum tidur sebab waktu susu penuh dah semakin lewat sbb nk kurangkan sesi ngepam kekdahnya.
Bukanlah menyombong ke apa.. seksa bila susu terlebih byk.. masa dulu2 anak seblum ni. ..boleh dikatakan setiap bulan sy demam mastitis(bengkak susu) teruk sgt..sakit urat semua.. berlarutan sehingga usia ank setahun lebih br boleh control slowkan pengeluaran susu. kali ni dah tak begitu. ..
|
stok susu yg overallnya 13-14 oz each plastic ni dan lama memerap dlm deep freezer ni. |
|
deep freezer tak muat. ada jugak termasuk peti yg ini.susun elok elok sikit. |
|
Susu dlm deep freezer ni. susu thn lepas (sept-dec) ..hoho |
Dengan harapan bila tak usik bukak tutp pintu deep freezer ni susu susu ni boleh bertukar jd mutiara. ahahahhaahha..Entah apa kabar susu dlm tu. Saya harap Ayra, kakak muhammad aish boleh minum semua susu-susu ni.
9 comments:
Murah nya rezeki awk. Sy skrg baby 2bulan setengah. Once pam, sejam dpt la 2oz. Huuuu ni tak msuk kerja lagi xpe. Boleh df baby je sokmo. Boleh tanya awk pakai pam susu jenama apa ya?
syukurlah susu byk kan. saya ni pulak ebm kurang. pam dpt 4 btl setiap hari tapi dak adam minum 5-6 botol sebenarnya. terpaksa amik stok beku.. asik amik je tak top up2 pun huhu..
su, bertabahlah. itulah anak org lain minum byk smpai 6 botol. anak sy 3 botol je. nasib baik kakaknya ayra, minum lg susu mama dia..
sy bukan apa su,,sy tak nak demam bengkak susu.......berselubung dlm selimut la menggigil kalau kena..
semoga kita boleh susukan anak sehingga 2 tahun. amin ya rabbal alamin
sis salwani. sori tak perasaan comment. saya pakai pam unimom mezzo manual & medela free style. both are good. harap membantu.
sis salwani. sori tak perasaan comment. saya pakai pam unimom mezzo manual & medela free style. both are good. harap membantu.
wahhh banyaknya stok susu.. tapi memang pun, kalau susu meriah sgt pun kadang bawa masalah plak.. demam susu...baju plak basah dik susu etc
Saya plak masalah x cukup susu, sehari pam kat opis cuma dapat 6-7oz... terpaksalah top up dgn FM, dulu2 masa dia 3-4 bulan memang usaha sgt2 nak banyakkan susu, tp sampai sekarang ni masih jugak takuk lama, so redho je lah. FM pun ok jer...
ye ke kak...xpelah top up FM pun..tp masih lagi minum susu ibu ..kita harap yg baik2 utk anak kita..amin..
tahniah kak mila, bb baru :)
sarah..best tgk susu banyak tu..tak sabo nak ade baby lagi :)
hai hana..long time no see...haha ingat kan sape comment..buleh tambah dah tu hana..semoga berjaya dapat bb girl pulak:)
Post a Comment