Sunday, October 25, 2015

Formula feeding moms, usah terlalu defensif


Saya terasa nak menulis mengenai ini, Sbb di wall facebook saya ada beberapa ibu yang suka share dan post berkaitan breasfeeding VS formula feeding. seolah mereka sentiasa dikecam, atau mereka terlalu byk membaca tentang pendapat manusia di dunia siber, sehingga timbul dilema rsa bersalah itu sendiri. Atau sememangnya mereka memang dikecam setiap hari dalam real life situation, kerana formula feed baby mereka. atau tak tahulah macam mana sehingga ada sikap defensif dlm diri mereka. please lah. kenapa defensif sgt. Bukan semua ibu breastfeed bersikap menghina ibu yg tidak breastfeed. what for?. beginilah. pada pendapat saya, semuanya terpulang pd ibu masing-masing. semua ibu mahukan yg terbaik utk bayi mereka dan terbaik itu adalah subjektif bagi lain lain individu. mungkin bg ibu A, jalan ABC itu dirasakan terbaik maka dia berusaha ke arah itu. Jika ibu B rasa jalan XYZ itu terbaik maka berusahalah ke arah yg dirasakan baik itu. Saya tidak memandang isu breastfeed dan formula feed itu suatu masalah yg tersangat besar. ia terpulang pada masing-masing. Setiap org berhak pilih jalan mereka. meskipun ada ibu yg pilih jalan sama dgn kita pada awlnya, kemudian dia decide ubah jalan, saya faham itu. ada ibu yg kerjanya pegawai perubatan di hospital yg kerja 20 jam sehari. sudah pastilah masa yg dia ada untuk pam susu dan sebagainya tdk sama dgn ibu yg kerja ofis hour. atau ada sebab yg bermacam lagi yang tidak boleh dielak seperti sudah berusaha sehabis baik atau memang sengaja pilih jalan itu. Yang penting kta sebagai ibu, berikan yg apa kita rasa terbaik untuk anak kita, bkn bab bg makan je..dr segi kualti masa bersama anak dan lain lain lagi.

Akhbar hari ini mengenai seorang ibu yg terjun dari rumah tingkat 16, dikatakan stress, baru melahirkan baby. kita tak tahu apa masalah ibu itu. ada yg kata dia stress duduk rumah xboleh buat apa, ada kata dia stress bb dia nangis, dia tak mampu breastfeed baby. maka pakat2 share lah ibu ibu defensif dgn kata kata kecaman. ibu tersebut telah pergi dari dunia ini tanpa kita pasti sepastinya masalah sebenar dia. Allah yg maha mengetahui. jgn lah kita yg diluar ni yg terlebih menilai. wahai ibu-ibu yg formula feed baby atau yg mmg ada sikap cliche dgn arus semasa kini. usahlah terlalu defensif. Sebagai ibu, kitalah malaikat, kitalah hero di mata bayi kita. hayatilah perasaan indah menjadi seorang ibu. usah peduli ttg perasaan prejudis terlebih dan usah peduli sgt ttg jika kononnya berasa ada kritikan, yg mungkin hanyalah perasaan kita sahaja.

Nobody is perfect. Sekian.

2 comments:

Mila@Rimbun said...

huhu isu hangat plak yer pasal ni

ada plak yg share kata semua ini salah ibu2 yg selalu share pasal susuibu ni. Honestly x pernah jumpa plak yg obses sgt, banyaknya share tips n panduan, saya mmg bnyk blajar

saya ni plak mmg susu sikit sgt, jd mmg dah dok kat plan B, mix feed. Tapi x de plak rasa sensitif sgt bila ada ibu yg share diorg fully bf baby.bersyukur apa yg ada.Sekarang ni keep on pumping supaya maintain ada susu (at least), tapi menduga betul bila sekali pam dapatler 3oz... nak motivate diri tuh yg susahnya

sisanizu said...

hehe..tu lah kan..kak
memacam kat fesbuk dan media massa lain2 tu skang ..
bila keluar isu, masing2 bg pendapat. kalau amik yg positif dan tulis yg positif je tak pe
ni tetiba mcm jd bergaduh pulak.
jiwa kacau agaknya mereka ni..
sepatutnya be cool people for what ever you choosed to be.eh tetiba mcm berfalsafah

semoga berjaya kak mila in whatever u do.amin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...