Thursday, May 19, 2016

Berehat, feeling relax

Hai belog. sy rindu. ;p

wow. last sy menulis ialah pada Januari. Rasanya zaman 2016 ni, belog hampir menjadi sebuah sejarah / dh boleh jadikan tugu dalam muzium. kesiankan, kalau dalam tahun 2006 dulu (10 years ago. omg!), rasanya sy create belog ni. lamanya ya Allah. semoga usia saya bermanfaat dlm waktu tersebut.

Zaman ini dah jd zaman instagram, tweeter,.. facebook pun dah jd agak lemau &kadang2 membosankan bg saya. tapi kalau bab share tutorial menjahit dan masak resepi tu still terbaik. ramai murah hati berkongsi ilmu.. bab gosip dan merepek tu mmg menyampah sangat. peoples from all of ages, dan dari latar belakang pelbagai komen memacam di situ sini. Jadi untuk mengekalkan aura positif, kita kene ada friends/pendamping yg berkualiti. sy still nk tahu perkembangan ilmu dari prof dan rakan ilmuan di doctorate support group dll. (bunyinya seperti sy sudah dewasa dan tua.hahaaha)
Betul tak sahabat?

2016 ni adalah zaman sukar saya rasa, terutama bg rakyat malaysia. walaupun diakui ada je insan2 yg masih tak rasa terjejas pun. wat rilex je. mungkin kaya mcm Neelofa. Kerajaan cut cost, bajet situ sini. justeru, mesti ada pihak yg terkesan...huhu..

Bila stress mengenai hubungan dgn seseorang yg rsnya tak dpt nk pergi lebih jauh, maka better lupakan sahaja, sekurang2nya buat masa sementara ini. dan jika perasaan tak dpt nk match tu bergabung dgn situasi ekonomi sekali, ia ibarat irama dan lagu yg dot dot dot. maka saya ambil jarak selamat dgn differ semester. hahahahahhahaha (hadamkan statement ini). untuk tahun 2016 ini, rasanya ini kali pertama kot sy bukak laptop kalau tak silap. maknanya sy tak jeling langsung projek tersebut selama 6 bulan kot..since december 2015, truthfully, sy patah hati ;p semua hasil research tu bolehla buang ke laut china selatan.

Saya teringat zaman seronok buat research dan present papers di conference (mungkin sbb malam semalam sy lihat gmbar2 bersama seorang sahabat masa pergi present paper kat pulau jeju, korea pada 2009 dalam usb yg di plug kat TV)  hati terasa sedih secara tiba-tiba. seronoknya buat research masa tu. hahahha.. dan pagi ini saya teringat yang sy ada hntar kertas kerja ke international journal dah agak lama, iaitu pada 30 november 2015. kemudian terasa nk check status nya. so disebabkan ini, sy bukak laptop. dan hampeh nya  masih under review. itulah. itu SV sy yg suggest hntar situ walaupun hati sy tkurang berkenan. SV sy sekarang tak  macam SV masa master, SV masa master adalah seorang yg ringkas, dan bg kebebasan penuh. nk konar sana , boleh, nk terjun gaung pon boleh ;p. (masa tu pulak rs pening sikit  sbb SV super ringkas sgt, tp rupanya its good, and better..). Namun SV sekarang seorang yg perfectionist..(tp not showing the path yg kononnya yg dia hendak tersebut) tak setuju ini tak setuju itu. pastu buat bo layan. inferiority complex jadinya. so im afraid, I will end up dgn beliau pusing sana sini sampai bila2 which is waste of time....haha. anggaplah itu adalah rezeki sy yg Allah bagi. Allah temukan sy dgn org begini. bila igt balik, terus serabut.dan rabak hati. hahahhahahaha. 

Org akan ckp,.. habiskan lah, sbb requirement faculty dh nk cukup tu,pastu boleh terus tulis tesis. haha..it is not that easy. kalau berckp dgn org yg bukan postgrad student lg lah serabut. ahahhahahahah..so malas lah nk jumpa jiran. (tetiba) ..haha.

Pada pendapat saya, kalau kita jatuh tersungkur bangun semula sambung berperang adalah tak apa. Ia lumrah perjuangan jikalah cikgunya seorang yg memahami dan boleh menjadi tunjang sokongan moral buat kita. tapi kalau cikgu sendiri nk bunuh kita, bunuh semangat kita hari hari. mana lagi semangat kita nk garapkan. ini kerana dalam bidang akademik, hubungan itu akan berterusan smpai bila-bila, untuk perkembangan karier kita kemudian hari. Jadi fikirlah baik-baik. 

Actually,sy mmg berehat sambil menjahit, ambik tempahan, takla gempak, sikit sikit je sambil nk redakan hati. saya jahit dan jual gown/dress budak, jahit telekung, jahit blouse budak dan dewasa, jahit jubah yg kawan tempah, bj kurung, bj melayu budak, bj kurung kaftan budak (tetiba macam byk ) :p oh indahnya hidup begini. hahaha sekian. tapi takla kaya macam neelofa. cuma hati bahagia. 

Sekian. Selamat tinggal. Silalah buat research tu sendiri. saya blah dulu. bye. haha

2 comments:

mawar said...

Assalam kak, baru baca post akak ni. Huhu, sedih pulak.Tapi akak memang kuat dan tabah. Admire akak dari dulu. Hehe. Tapi mmg betul pun, menjadi research postgrad student, sv adalah segala2nya (literally), adalah sukar kalu tak dapat support sv apatah lagi sv yg pusing go-round-and-round. Papepun, akak dah buat yg terbaik!
So sekarang dah kerja ek? All the best in your life.. moga sihat2 aje semua orang kat bangi :-)

sisanizu said...

Waalaikumussalam Mawar. br nmpak comment Mawar. huhu.
thanks Mawar for your understanding. Semoga Mawar berjaya dan murah rezeki selalu.
Amin. Ya skang sy keje, kami di Bangi ni baik-baik saja.Alhamdulillah.hihi.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...