Friday, November 06, 2009

Melayu-Malaysia-Indonesia


Saya selalu berminat membaca tentang ini sejak ia mula timbul, sejak kes manohara, kes amah, lepas tu yang paling hot pasal tarian pendet yang khabarnya KRU terlibat dalam pembikinan slot iklan melawat malaysia itu. ha ha..sebelum kes itu mula panas, sy ada tgk dalam melodi yang geng terjah ke apa namanya tu g tanya Norman desu..hmm kata norman itu bukan silap Kru tp discovery channel yang masukkan tarian itu.

Selepas itu, selalu kalau baca surat khabar berita harian yang ayah langgan setiap hari itu (mase tu sy dalam pantang kat kelantan) kalau mase keje pon selalu bace online jerk. media kat malaysia ni tak tonjolkan dan kupas sgt pasal 'org seberang yang sedang berang',,cuma sesekali ade diletakkan gambar org indonesia sedang memijak & membakar jalur gemilang, kat ruangan belakang , memegang sepanduk 'malingsia' dsb. aduh, org malaysia ni rileks jer..saya rasa masih ramai diluar sana tak tahu menahu pun pasal mereka yang sedang 'berang' diseberang. Sebelum timbul kes tarian pendet, seorang rakan sy di sana (kami pernah kursus kat taiwan sekali) pernah ym sy berkenaan hal amah (ct aishah yang didera majikan die yang tidak berperikemanusiaan itu) dan kes manohara pillot itu. Dia bertanya saya mengenai apa yang terjadi di malaysia. Katanya jgnla smpai berperang kita ni,,(ahaks) padahal pada waktu itu, kat m'sia tak sentuh langsung pasal ni. tp media kat sana dh api-apikan perkara ni smpai org sana siap kuar membakar2 bendera..apada..

Saya teringat masa sy dan rakan2 dari pelbagai bangsa dan negara ketika berjalan2 di sekitar tempat kursus mase kat NCU, taiwan dulu yang mana kami melalui sebuah taska kanak2 taiwan kat kawasan tu, dorang tgh nyanyi lg tradisonal melayu yang bunyinya begini.."Soleram soleram soleram anak yang manis Anak manis janganlah dicium, Kalau dicium merahlah pipinya.." sy ngn sholehah (satu2nya teman malaysia) seronok tgk budak2 tu hafal nyanyi lagu tu..kemudian org yg bw kami tour tu kata,,,that's a good song, i like the melody..pastu sy ckp "i know that song, its one of the malay tradisional song'..lalu org tu tekejut,,dan ckp 'really?'..pastu sy dgr pak A from indonesia ckp 'that's indonesian song'...ohho...lalu sy ngn solehah berpandangan..lantak hangla..

Pastu satu lagi kejadian mase hari terakhir kami di sana. Pihak penganjur iaitu National Central University (NCU) taiwan tu bg sorang sekeping poskad gambar berlainan setiap org, gambar tempat2 menarik kat sana..lalu kami pun bertukar kad supaya rakan2 dr negara lain tulis sepatah dua ayat best dalam bahasa dan tulisan negara masing2...kad itu akan dikutip oleh pihak penganjur dan mereka akan pos kat alamat yg kita tulis. Kebanyakan kami tulis alamat sendiri (ha ha ha) supaya bila balik tmpt masing2, nnt kononnya dapat poskad dr teipei. seronok gak. pastu kan, mase tu ade 2 org peserta dr nigeria. sorang tu die tulis kat poskad teman indonesian tu (dia satu2nya peserta wanita dr sana) dan bila kira dgn sy dan sholehah ,jd kami bertiga sahaja yang bertudung dan juga melayu. Org nigeria tu (Tundae namanya) tulis ayat english yg ayatnya lebih kurang camni, 'you are one of the trio pretty malay girls here'.. pastu kan teman ni dtg ckp kat sy ' eh tundae ngak tau ka yang aku ini indonesian, bukan org malaysia'...adeh..sy ckp lah 'kamukan melayu juga, kita serumpun, bukan maksud dia kamu org malaysia'...hu hu hu

So kesimpulannya, org indonesia ini sgt sensitif isu bangsa mereka, mungkin sbb mereka terdiri dr terlalu banyak keturunan yang pelbagai,, keturunan batak dan sebagainya.. kalau malaysia ini,,org yng kulit sawo matang dan muka cam aku ni kite sebut sbg 'melayu'. Kita ni serumpun je,,tak kira melayu indon ke, melayu thai ke,,sy makan kari, sy makan rendang, saya main permainan itu, sy nyanyi itu..suka hatilah,,sbb sy bangsa melayu..banyakla yg sama..tak bleh la nk claim itu ini hak negara dia ke ape..ia milik bangsa okey.. kat msia ni pon rasenya berlambak org keturunan jawa lah, segala bagai,, bahkan ade sedara mara sinun sini..eh, yang smbung belajar dan menggunakan duit peruntukan kerajaan malaysia kebanyakan indonesian kat ukm ni..sbb apa? sbb org malaysia takmo smbung blaja. yg keje kilang2 di sini, yg jadi bibik or amah,,ramai oo..hampir sume famili sy pakai bibik dr indonesia okey,,siap berjumpa dan bergelak ketawa bersama geng bibik bile tiba hari raya berkumpul bersama.. uniknya malaysia ni sbb byk adat dan tradisi dah bercmpur dan dah jd identiti baru (ehem,,promot one malaysia ke pulak),,ha ha,,tuk nenek i keturunan cina from hainan jugak..skang i dah jd melayu malaysia.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...