Tuesday, March 30, 2010

Kanagawa, Asakusa, Narita-Japan


Mase kat Jepun sy sgt suka mase berjalan kat satu bandar nama Asakusa (perhatian: Asakusa ye, bukan Sawara). Kawasan ni bg sy wajib kot pengunjung mesti pegi kalau g sana, kalau nk lepak di Tokyo sila sediakan duit ribu- riban yen ye..kalau tak, g sight seeing je la..tu pon kalau ade duit nak naik tren yg manjangkau RM50 sekali naik. tak kira balik lagi..dan untuk pengetahuan, pertukaran duit Yen lebih mahal daripada US dollar okes. Sy dah bawa duit poket sebanyak RM500 dalam yen boleh dpt 13 ribu Yen. Tp rase mcm hampeh je..tak cukup siap berhutang lagi duit Dr mardina 1000 yen. sy tak beli barang sgt pun. hanya untuk Muhammad Ashraf jer lebih sikit. Pastu plus tshirt sehelai kat en.suami yang harganya 1380Y. T shirt Ashraf lagi mahai 1580Y (~RM60) sehelai..padahal biasa-biasa je yg ade tulis samurai Japan.


Nampak tak dalam gambar tu ade tgn kecik yg tak sabo2 dah nk terkam sluar tu. Sebnarnya bukan sbb tak sabo nak pakai tp mende putih tu yg mmg amat menarik perhatian Muhammad Ashraf. iaitu tag harga desu..


Ha ha botol ini botol kaca yang sy beli kat Jusco berhampiran hotel Annex di Kanagawa. Bg saya botol ini agak murah berbanding di Msia ni. Dalam 550Y..lebih kurang RM22..kalau sini maunya dekat seratus. tapi kat Msia sy takpenah jumpa lak botol kaca wide neck camni...sy tersangat suka teat die..takda jual tau kat Msia camni..dia seakan-akan teat jenama MAM yang Ashraf pakai pada botol Avent dia..leper camni


Kat rakan kt UKM sy mampu beli biskut2 jer, tu pon harganya 500Yen. okes. biskut beras mmg untuk vegetarian bolehlah dimakan. Untuk diri sy sendiri sy ade kenangan keychain tulis Asakusa, Japan itu pon 350Y. pastu fridge magnet (wajib nih) 350Y gaks. Selebihnya kos naik tren je lah. Dapat jejak kaki ke Jepun secara sponsor pun rs dh sgt bertuah. Dulu sy dan ct aminah mmg simpan impian mahu ke sana, dgn harapan dapat menang 'Hadiah Penerbitan Angkasa' terbitan kertas kerja tahun 2009 mcm yang pernah kami dapat last 2 years (yg pegi korea). Tp mmg menyedihkan bila dpt berita yg hanya jurnal dr Wayan yg menang..yg lain2 dari tempat lain kot kat Msia ni.(pertandingan tu anjuran Agensi Angkasa Negara). Tp mmg satu kejutan bila dpt join Asian Winter School kat Japan tu. Dapat pengalaman belajar teknologi dorang di samping termakbulnya cita-cita. Kursus tu diadakan di kampus Sagimahara, Kanagawa yg sejukbersalji itu (meskipun sudah masuk musim sakura luruh).


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...