Wednesday, March 24, 2010

Trip to Japan & research

Beberapa hari lepas saya telah ke Jepun. Kenapa saya ke sana dan macam mana saya ke sana, biarlah rahsia (ha ha ha merepek) silalah tanya siti aminah. Saya sebenarnya berperang dengan perasaan sendiri mase dapat tahu dan dapat jemputan menghadiri Asian Winter School 2009 kat sagamihara dan Tsukuba tu. Entry penuh mengenai perjalanan ke Jepun silalah lawat blog siti Aminah. Saya malas nk cerita pulak skang ni. Saya nk cerita pasal perasaan saya. Agak berkecamuk juga mase tu. Kali ni rase lebih hard sbb Ashraf da makin besar dan suka bermanja ngn saya. Mase tu nadia ade ckp insyaAllh should be fine hu hu sbb die pun pernah berkursus induksi selama sebulan di Perlis tinggalkan damiya, anaknya tu. Dia pernah ckp gak dulu mase sy nk g Korea. Tp mase tu Ashraf kecik lagi baru 3 bulan. Mase Nad tinggalkan Damiya umurnya lebih kurang Ashraf iaitu 6 bulan. Mase malam tu dalam perjalanan ke KLIA, Ashraf menyusu dan tertidur di pangkuan saya. Mase tu sy rase sedih tapi sy baca sebanyak mungkin ayat seribu dinar dan usap2 kat kepala dia. Sy bisikkan semoga Ashraf ok. dan suka minum susu dari botol dan boleh tidur tanpa mama. Dan saat itu saya berasa yakin Ashraf pasti ok.

Alhamdulillah segalanya lancar. Abg kata, pada malam sy pergi tu dia mcm mencari mama dia pastu die ngantuk dan tertidur. hari seterusnya dah ok. minum susu mcm biasa dan meneruskan kehidupan (mcm sadis pulak ayat ni) he he..sy sebenarnya mahu mengajar Ashraf juga supaya boleh minum tanpa masalah even pakai botol. Saya mahu die minum banyak susu di nurseri setiap hari. Walaupun sy bukan kerja tetap, tp Dr mardina takkan luluskan bayaran gaji kalau tak dtg UKM. dan buat kerja2 research dia. buat jurnal untuk die segala. Dulu saya balik kampung bersalin saya langsung tak dapat bayaran selama 3 bulan. hu hu..saya percaya rezeki Allah untuk hambanya diberi melalui pelbagai cara...Saya bersyukur. Kita perlu bertanggungjawab dengan setiap amanah yang diberi. Semoga Allah bimbing kita semua.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...