Friday, February 04, 2011

Mesir yang membimbangkan

Alkisah. kami sekeluarga dalam 2 minggu ni memang dalam keadaan bimbang..Ini kerana beberapa ahli keluarga berada di sana dan being stranded di sana..umi ayah, atok nenek dan semua ahli keluarga lain bimbang..saya ada seorang adik lelaki, Muhammad Ishaq sedang menuntut di sana (sy terlupa jap dia skang pelajar tahun 3 atau 4 jurusan perubatan di Universiti Tanta sana) seorang lagi sepupu yg sebaya adik saya, Hidayah juga menuntut bidang sama tetapi di Universiti Mansurah. Di tambah2 lagi pkcik sy sekeluarga baru sahaja bertolak ke Mesir melawat Hidayah pada 26 Jan lalu..sebelum rusuhan teruk berlaku..hu hu..

Bagi pihak Hidayah, saya rase beliau kira bertuah kerana abah, mak dan adik beradik berada disisinya mase tu kerana Universiti Mansurah memang berada di bandar Kaherah dan juga agak berdekatan dgn tmpt utama rusuhan berlaku iaitu di Tahrir Square..disitu lah bermacam kejadian buruk berlaku sebab pertembungan antara penyokong Hosni Mubarak dan penentang. Sudahla banduan2 keluar dr penjara..khabarnya byk kejadian pecah rumah berlaku malam2, siang2 rusuhan..

Adik saya pulak berada di Tanta dikira zon agak selamat sedikit kerana Tanta berada 100km dr bandar Kaherah. Tetapi rusuhan memang tetap jugak ada,, sebab itu perintah berkurung juga turut dijalankan. Mereka tidak dibenarkan keluar langsung pada waktu malam. Siang2 pun kalau nk keluar, lebih baik secara berkumpulan, yelah sape berani keluar, walau waktu siang pun kan kang tetiba ade peluru sesat ke apa,nauzubillah..nk kuar beli top up tak dapat, nk kuar duit kat mesin atm tak boleh..turun beli makanan je kat bawah, makanan pun mahal..

Pastu kerajaan Malaysia menghubungi dorang dan mintak nombor pasport bagai dan diberi pilihan samada mahu stay atau mahu keluar dr Mesir. 2 malam lepas sy dpt berkomunikasi dgn adik sy dgn call melalui ym..sebelum tu beberapa hari senyap sunyi tanpa khabar berita sbb internet down di sana, call hp pun tak dapat..memang risau sgt mase tu kans..Adik sy mase tu mcm komfius nk balik ke tak..kitorang memanglah berharap die balik dan keluar dr Mesir tu tp dlm mase sama agak bimbang sebab dia berada di zon agak ok kan tetiba nk gerak ke bandar Kaherah utk ke international airport pastila membimbangkan dgn kereta kebal askar, road block di sanan sini..hu hu..tambah2 lak hari jumaat adalah hari cuti di Mesir, dijangkakan rusuhan besar-besaran berlaku mase tu..

Lasty adik sy ikut juga ke Bandar Kaherah kemudian kene berkampung pulak di suatu tempat (kumpul student2 msia) dan tunggu nama naik utk masuk plane dan dihantar transit ke Jedaah. Kami ingat Ishaq dh gerakla kol 8am (8am egypt LT=2pm Msia LT) tp kene tunggu pula kemungkinan esok pulak flightnya sebab tunggu nama naik dulu. Pastu lak dorang ni akan dikumpulkan di Jeddah dulu yang entah juga berapa hari. Kalau cepat tamat rusuhan bagai di Mesir tu, mereka dihantar balik mesir pulaklah,,tp rasenye dgn keadaan sekarang mcm mustahil boleh berakhir dlm mase tedekat ni sebab of courselah Hosni Mubarak (si Tali barut Israel dan Amerika) tu tanak tunduk dgn desakan rakyatnya..Mesir dah agak lumpuh sekarang dgn kerja2 terberenti sumer sbb sumer foreigner sumer nk balik negara asal,, pelajaran kat universiti tak dapat diteruskan,..

Kami sudah agak lega bila dpt tahu Ishaq sudah bertemu ahli keluarga kami yg lain di Kaherah, ayah syam, mkcik elis, si pengantin baru yg nk honeymoon di egypt (tawfiq &uyaa), obi, muhajid dan hidayah. Keluarga ayah syam pun terkandas gak sbb flight delay.sepatutnya dorang dpt pulang lebih awal...Sy pun bedebar ni,, nk tunggu sehingga Ishaq betul2 dah berada di Jeddah barulah dpt menarik nafas lega..harap2 die lepaslah esok..Amin

2 comments:

Mawar said...

sis,..semoga adik sarah berada dalam keadaan selamat dan sentiasa dilindungi Allah,..dan semoga yg lain pon berada dalam keadaan selamat..

sisanizu said...

Terima kasih aisyah,,berkat doa semua pihak akhirnya semalam adik sy selamat diterbangkan ke Jeddah..syukur sgt..pakcik dan keluarga pun dah selamat smpai malaysia..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...