Thursday, May 05, 2011

My girlfriend is a gumiho

Ok. haha ye sy tahu. cerita ini sudah basi. Sebab dulu sy kurang mase. Sibuk buat master suatu ketika dahulu kala...(walaupun mase itu masih ade mase mendownload anime naruto kesukaan sy itu). Tapi ini takla basi sgt, stok cerita zaman 2010. Ia akhirnya sudah berjaya dihabiskan meskipun ade miss beberapa episod awal. (Sekarang sudah lebih selesa menonton..ha ha sebab tgk kat tv plasma, bukan mcm dulu kala, tgk dlm laptop, naik lenguh buah pinggang usus sumer..) Baiklah, sy mahu buat penilaian sekarang.

Tajuk cerita ini : my girlfriend is a gumiho ialah sebuah cerita berunsur agak fantasi, komedi dan romantik.pelakonnya adalah lee sung ki (Cha Dae Woong) dan Shin Min Ah (Gumiho) ya betul cerita berunsur komedi romantik adalah kesukaan ramai org..tapi tak tahulah juga, sebab ramai je peminat drama winter sonata (yg ini sy bg 1 bintang*) pada zaman dahulu kala tu, yg agak slow, sedih dari A smpai Z..sy tak tahan..

Bagi sy cerita my girlfriend is a gumiho, sy nak bagi 3.8 bintang* ha ha..sebab cerita dia kan agak sempoi dan kurang mencabar..cerita dia best, tp sy tak dpt bg 5 bintang sebab ia cerita yg smooth sahaja..penjahat dia tak begitu jahat..tp oklah..mula2 sy tgk cerita ni,, sy pun tak jd tgk bila tgk hero dia kurang hensem..he he..tp bila lama2 tgk, memang tepat lah pemilihan hero tu dgn karakternye...ok. sudah bertukar pendapat. hensemlah jugak. sy suka cara dia berckp dan cara pemakaiannya.

Cerita ini mengisahkan gumiho ni yg terkurung sejak 500 tahun dulu. Gumiho ialah seumpama musang tetapi berekor sembilan. Ok, bila 1st tgk cerita ni ia mengingatkan sy kepada naruto..Dalam cerita naruto, dalam badan naruto terkurung musang berekor 9 yg bernama kyubi yg pada zaman dahulu kala adalah sgt ganaz menyerang kampung konoha (geng ninja daun)..lastly ia dikurung dalan bdn naruto oleh hokage (ninja paling hebat yg wujud 1 sahaja dlm satu zaman) pada waktu naruto masih bayi. Sebab itu naruto mempunyai kuasa yg luar biasa, tp boleh hilang kawalan jika tidak dpt mengawal kuasa kyubi si 'nine tailed fox' tersebut. Eh tetiba cerita pasal naruto lak..sy rase kan kisah musang berekor sembilan ni sebnarnya kisah lagenda agaknya..
Nine tailed fox in Naruto

Berbalik pada cerita Gumiho, dia ni secara tidak sengaja dilepaskan oleh hero cerita ni (dae wong) setelah dae wong melukis ekor sembilan pada sebuah lukisan kat sebuah kg di pergunungan. Sejak hari tu dia sentiasa mengikut dae wong ke mana je,,ke kolej bagai..okey gumiho ni sgt cantik dalam rupa manusianya..dlm cerita tak pernah tunjuk pulak rupa musang, cuma tunjuk ekor dia yg cantek tu ade sembilan. Gumiho penah selamatkan dae wong yg cedera parah dgn meminjamkan bead/manik/mutiara yg seumpama nyawa dia utk dae wong. Bead tu perlu berada dlm dae wong selama 100 hari, supaya gumiho dpt bertukar jd manusia sepenuhnya. Dlm 100 hari tu, terdapat malam2 tertentu bila bulan purnama, ekor dia akan hilang satu persatu.. Tp ade kisahla yg berlaku dlm 100 hari tu..haha sekian terima kasih.

Saya suka part yg 'nomu nomu nomu chuae'=really really really like you ..agak kiut lagi comel mcm sy ..hahahha
Drama korea sekarang sudah masuk ala2 dunia fantasi kebelakangn ni. Tgk la drama secret garden hari tu..pastu skang citer 49 days..sy rase best jugak citer 49days tu (mcm cerita goku anime dragon ball pulak siap ade schedullar bagai) hahaha..tak sabar nk tahu gane ending dia dpt dok cari air mata ikhlas tu..

Sekian.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...