Sunday, December 04, 2011

Risau Hb darah rendah sgt

Besok appoinment untuk check up. Risau lagi..haha risau bila nk g check up je..sebab nnt misi(nurse) akan bg ceramah pnjang lebar..terus timbul rasa risau dan takut ;p..masa zaman mengandung Muhammad Ashraf dulu takdela rendah, masih ok dgn maintain 11.0++ .Kandungan yg kedua ni awal2 pregnant dulu ok dgn maintain 12.0++.. pastu entah start minggu ke berapa Hb sy start rendah,,9.6 camtu beberapa kali check up..minggu lepas naik sikit pun still 9.8..masih ditanda dgn pen merah oleh misi...besok nk check up kan, baru sibuk nk cari petua camana nk naikkan Hb secara senang..ha ha..kot2 lah boleh makan sesuatu yg senang mcm makan cekelat A, B atau C ke..(berangan..). Ni sy baca belog seorang Dr ni..

Dipetik dari belog Dr:

ANEMIA semasa hamil

Sbnrnya kebanyakan ibu mengandung mengalami kekurangan zat besi yg sgt penting untuk pembentukan Hb ini....dan kekurangan itu berpunca dr NUTRIEN seharian yg diambil yg kurang mengandungi zat besi.

APA KEPENTINGAN HEMOGLOBIN SEMASA HAMIL?

Ia penting untuk perkembangan bayi mengikut jangkamasa kandungan.

1. Kandungan kurang dari 5 bln (<20 minggu)
Pada masa ini bayi sedang melalui proses organogenesis i.e pembentukan organ2 seperti kepala, tangan, kaki, jantung, otak, dan anggota2 lain. Jika darah kurang pekat (<11g/dl), jika jantung tidak terbentuk dgn sempurna, bayi akan gugur. Jika jantung dpt dibentuk tetapi darah terlampau cair bayi mungkin hidup tetapi cacat(eg. tiada kaki & tangan dgn sempurna). Jika bayi sempurna sifat tetapi darah cair akan melambatkan pembentukan otak bayi, mungkin bayi akan selamat di lahirkan tetapi kurang pandai.

2. Kandungan 5 bulan ke 7 bulan (20-28minggu)
Ketika ini bayi kita telah sempurna pembentukan sifat dan anggota badan tetapi jika Hb terlalu kurang bayi tidak dapat berdenyut dengan baik dan akhirnya bayi boleh mati dalam kandungan.

3. Kandungan 7 bulan ke atas(28-40 minggu)
Sifat bayi telah sempurna dlm usia begini tetapi jantung bayi masih bergantung pada kepekatan darah (Hb). Jika Hb terlalu cair/rendah (<9g/dl), jantung tidak kuat dan ada risiko untuk bayi mati dalam kandungan. jika jantung mampu bertahan tetapi anggota badan lain dapat sedikit, bayi akan lebih kecil saiznya tetapi mungkin selamat dilahirkan.

Itu semua masalah untuk bayi...bagaimana pula kesannya pada ibu??

Jika Hb kurang, ibu akan cepat berasa letih, kadang2 akan mengalami sesak nafas, pening2 dan rasa nak pitam, jantung bergerak laju/rs berdebar2(palpitation)
Jika semasa mengandung atau semasa bersalin ada kehilangan darah, darah akan bertambah cair dan ini boleh membawa kepada kerosakan jantung, paru2, buah pinggang dan boleh membawa maut.

APAKAH CARA TERBAIK UNTUK MENINGKATKAN PARAS HEMOGLOBIN DLM DARAH?

Tips 1 :
--> makan hati ayam setiap hari samada goreng atau masak mengikut kesukaan

Tips 2 :
--> makan makanan laut, kerang, ikan bilis- boleh juga tetapi tidak secepat makan hati ayam untuk naikkan Hb

Tips 3 :
--> Makan pil/vitamin tambah darah(yg doktor selalu bagi tu) mengikut ape yg ditetapkan..perlu makan hari2...kenapa? sbb Hb akan bertambah 1g/dl jika kita makan vitamin selama 10-14 hari secara berterusan..

Tips 4 :
--> Jgn makan pil tambah darah dengan air susu (eg. teh susu, kopi susu etc) kerana ia akan mengurangkan penyerapan vitamin tersebut...(nanti penat2 jer kt makan tp rupanya x diserap dgn baik, Hb pun xnaik)

PESANAN :
MAKANLAH VITAMIN DGN BETUL HARI2, insyaallah Hb(kepekatan darah) ibu2 sekalin akan naik dgn cepat....

9 comments:

amal said...

orang kata minum jus delima pun bleh naikkan hb jugak. saya ada try tapi tak taula kebetulan ke ape memang hb saya naik sikit. daripada 11.2 jadi 11.4 hehe

Mak Ngah, also Mama Zen to be said...

aku asik makan hati ayam je weh..elok ke eh..kan organ dalam tu..huhu..dilema nyah..

Suliana said...

su pulak tekanan darah rendah. lebih kurang je ek :-p tapi baru ni dah ok bila mkn bayam merah, kerang dan juga ikan bilis. harap2 next appointment pun sama.mmg simptom dia tu cepat letih, mudah rasa sesak nafas. pastu bila tido, bantal mesti alas dua lapis :-)

Imaan09 said...

kak sara.. HB tu cek melalui cara amik darah kan?? tp aritu doc buat sekali je amik darah.. cmana kta nk tau HB rendah?? ke bila ada simptom baru doc amik darah lagi?? risau gak..mngandung kali ni, bleh rasa 'sgt tidak sihat'..xtau masalah apa sebenarnya.. aritu low pressure..

lynnezz said...

sarah..sy dulu pun hb rendah..pastu doc bg vitamin ape ntah nm dia selama 2 bulan..alhamdulillah skng dh ok..

sisanizu said...

amal: oo ye ke...kene siasat dulu lah

suzen:elok tu zen..mkn hati ayam...aku sekali beli sekali masak je ati ayam,,malas la makan mende sama je..ha haha..tp kalau makan tghari kat kedai aku makanla..tp kengkadang kedai bukan buat setiap hari..tensen i

su: eh samalah tu Su, tekanan darah rendah, Hb rendah..darah cair, tak pekat,oksigen kurang dlm darah.
Sy sekali beli sekali masak je, kerang ,bayam, ikan bilis (sekali seminggu je hahaha)..xmakan setiap hari, ..so mungkin sbb tak makan mende tu setiap hari tu Hb darah tak naik2 tu..hu hu

Lea: Ha'ah Hb tu check melalui darah..cam sy check up kat klinik kerajaan ni memang selalu jugakla amik darah..
hmm simptom dia tu ,,kalau selalu letih mcm nk pitam kengkadang, sakit kepala,,tak larat je...cuba Lea check..he he..bahaya ni kalau bersalin darah rendah,,takut tumpah darah ke apa..isyk seriau pulak rasa

sisanizu said...

Linda,,maybe iron tablet tak? sy ada mkn lebih sikit iron tablet dlm 2 minggu ni..alhamdulillah, td check naik sikit..ade 0.7 lg nk capai 11.0...;p..kene berusaha gigih ni...

Anonymous said...

minum jus delima atau makan buah delima bagus,.. ada makanan yg yg tak boleh dimakan seperti Hati ayam, hati lembu ke... sudah dinyatakan bahawa organ dalaman dilarang makan, fakta perubatan yg mengatakan hati bagus untuk menaikkan hb dalam darah adalah salah,.. tahukah kamu memakan hati dengan kerap boleh menyebabkan penyakit yang teruk di kemudian hari... kaji dulu sebelum mengikut fakta perubatan sains yahudi... perkara ini pun ana dapat tahu dari banyak membaca dan membuat search internet. tq sampaikan ilmu walaupun sedikit.

sisanizu said...

cik anon. ye sy tahu mkn hati tu tdk digalakkan nabi sbb ia organ dalaman tp tidaklah haram kan. sy pun tahu..bknlah dok mkn hati je setiap hari..byk toksin brkumpul kt situ tu... byk juga kaedah lain mcm mcm kerang , bilis, dan yg plg sy suka mkn buah jambu..sumber zat besi..

by the way..sy sudah pun bersalin. n ank kedua ni almos 9 bln.. thank you singgah blog.