Saturday, September 15, 2012

Outstation & preparation solid food for baby

Assalamualaikum belog (kesian kamu kan..)

Ayra skang sudah menghampiri 8 bulan. sudah makan makanan pepejal sejak dua bulan yg lalu. Semasa balik berhari raya tempoh hari sy dpt invitation letter utk join workshop di Bandung...dan diringkaskan cerita, saya terima. Dan workshop tersebut agak lama, bermula 16 Sept-27 Sept.2012. Kira-kira sebelas hari. ...oooooooooo ..(gaya tarzan..). Walaupun nmpk mcm cool tp hati ibu mana yg tidak risau kan..dahla tiap2 mlm menyusu sambil tidur atas lengan mama je,..satu perkara lagi yang perlu fikir ialah..macam mana jln termudah dan paling ringkas utk memudahkan abah beliau yg menjaga anak ini. Saya mahu mudahkan kerja dia. Maklumlah sekarang anak dah dua. bukan sorang mcm dulu-dulu...yg plg merisaukan waktu itu ialah penyediaan solid food buat cik ayra comel tersebut. Seblum ni sy je yg buat..so nk kene train abahlah pulak kan.... kami memang berusaha bg homemade food kat anak ms awal2..but no offense..ia pilihan   masing2..sy pun selalu hati mcm tergoda kalau tgk ibu bg anak makan nestum je..tp sabar.. sabar ..sebenarnya buah pinggang baby yg masih kecil ni masih belum matang nk tapis garam dan gula, jd sebaiknya usahakan bg baby yg pior dulu..manis original mcm buah should be ok...namun bukanlah berdosa mkn instant food seperti nestum tu. ianya terpulang pada ibubapa masing-masing. Ashraf dulu bg mkn bubur homemade juga(tp dia ni xsuka makan sgt) ..pernah ms dia dh lebih setahun,,tetiba mcm tergoda nk beli nestum stage 4..bila dh beli..dia xmkn pon..sy buat kek batik je nestum tersebut..;p

So langkah pertama.. boleh tak sy ada terfikir nk tukar nurseri iaitu kepada Taska Humaira yg sedia memang mesra susu ibu serta disediakan solid food berkhasiat yg memenuhi citarasa ibu-ibu yg tidak berapa mesra makanan segera utk bayi kecil mereka ni. Pengenalan solid food yg asli tanpa garam dan gula. Sy terfikir kot2 taska tu boleh terima lg baby. (sbbnya taknak susahkan encik suami masak setiap hari makanan ayra)..sudahla kene uruskan si abangnya, Muhammad Ashraf jugak...hehe..dan bila saya call Mak Nah (owner taska humaira) katanya sudah penuh dan tidak ambil baby lagi buat ms ini..

Bila dpt jwpn begitu..walau ada rasa kecewa sikit tp sebenrnya perlu bersyukur juga sebab:
1. Taska Humaira yg terdekat dgn kami adalah yg kat seksyen 4. Kiranya akan mnyusahkan encik suami jugakla kene hntar jauh (sbb kene naik kereta..ha ha)..
2. takyah beli carseat (kitorang mmg tak pernah memiliki carseat ;p)
3.selamat duit (sbb taska humaira yuran bulanan dia RM320 setakat ni (dgr khabar akan naik jd rm360)..kat taska yg kami hntr tu murah je standard biasa rm280 sebulan (sbb dua beradik dptla diskaun sikit)

Pastu, sy pun nekad train encik suami buat bubur utk sicomel tu dgn cara plg senang.
Sebenarnya truthfully, seblum ni sy tak pernah buat puri frozen..wat fresh je bg mkn. Maklumlah sy keje biasa2 je..xkejar masa sgt..hntar anak kt nurseri pun dekat kul9am :) gt;..jd bila jd kes begini sy pun belajar buat puri frozen. Sebnarnya buat puri frozen begini adalah cara paling praktikal bg ibu2 yg bekerja yang setiap pagi mengejar masa kan. Di samping jimatkan masa..frozen sayuran ni nutrien dlm dia still lebih baik dr instant food kat pasaran..kalau nk kata makanan beku ni lama dan tak berkhasiat,,kalau mkanan segera lg lama expiry date dia..mesti ade beberapa tambahan bahan pengawet dlm tu bg tahan lama kan..logic.

So proses penyediaannya, sy masak stim brokoli, carrot, rebus ubi keledek, ubi kentang, sawi. bayam..kemudian setiap jenis sayur tersebut di blender kasi hancur.. then masukkan masukkan la dlm bekas comel2 supaya jd bentuk kiub.

Proses kukus ccarrot

Ice tray ni xde penutup, so sy letak dlm tupperware berpenutup seblum masuk freezer. 
This is Brocolli
Letak dlm freezer sumer. Lepas dh beku, kuarkan dan isikan dlm tupperware comel dan labelkan seperti ini:

Labelkan ikut kreativiti masing -masing 
Sy pun nak juga bg rase kat bubur ayra. lgpun ikan bilis ni ada khasiat. jadi amik ikan bilis dan rendam beberapa jam (bg kuar rasa masin yg kuat tu). basuh ikan bilis. then goreng ikan bilis tanpa minya ..(tp sy letak minyak zaitun sikit)..ikan bilis kecik2 ni mahal ni beli ms balik kg kat kelantan..kat sini sy mcm jarang jumpa ikan bilis kecik2 putih ni..lepas dh garing, biar sejuk seketika..pastu blend kering..masukkkan dlm tupperware. wat stok (utk tabur2 dlm bubur besok2..)

goreng tanpa minyak

Pastu ikan bilis ni letak dlm tupperware comel apple lady ni:
ikan bilis hancur
Pastu beras lak sy basuh bersih2..kemudian sy goreng sangai bg kering (jangan letak minyak lah)..bila dh kering tu..biar sejuk sekejap..sy pun blender kering supaya hancur..xla hancur 100% kan. hancur 60% kot..ini utk mudahkan bila masak nnt takyah la nk blender ns bg anak,.disamping itu, ns cepat sikit masak dan jd lembut. pastu letak dlm tupperware gak. Sy simpan dlm peti. bila nk guna amik satu sudu je masuk dlm slow cooker. xyah basuh dah beras ni.
beras hancur
Hari ni sy dh start tambah ikan dlm bubur beliau. ikan tenggiri. sy wat stok frozen gak..ayam pun..he he..lama sgt la nk upload masuk gambar kat sini..

Lastly, saya pun ajarkan abah dia. Abah skang cuti belajar..so rilex sikit..Seblum tido mlm (kul12 mlm), masak ns. masukkan satu sudu je beras (boleh 2-3 kali mkn) dan air secawan dlm slow cooker. setkan low.. pg esok...masaklah ns.. kul8 pagi tu ,,masukkan kiub2 pilihan menu pada hari tersebut. Contohnya 1 kiub carrot+ 1 kiub brokoli+ 1 kiub kentang, letak ikan bilis sikit. kacau2.pastu tutuplah suis. dah boleh senduk masuk dlm magkuk utk dihantar ke sekolah beliau. setakat ni sekali mkn tghari kat sekolah. nnt balik dlm kul7 mlm camtu suap nasik lg sekali.
slow cooker comel saya
campuran puri brokoli, carrot, kentang bilis cikit je
Awl-awl dulu sy letak dlm termos ni utk dihntar ke sekolah..tp mcm xpraktikal buat masa ni sbb sekali mkn sikit je..termos lak besau..lgpun sy bukan hntar anak kul 7 pagi kan..hew..hew..

yummy, bersedia utk disuap oleh cikgu sekolah

Saya dah buat menu siap-siap utk ditampal didinding rumah sebagai rujukan abah beliau;) tp menu ni sekadar panduan sahaja,..saya yakin abah dia akan lebih kreatif nanti..fuh lama ni hampir dua minggu saya ke BANDUNG..yauww

8 comments:

Suliana said...

byknya menu ayra. sy plk dulu mula2 buat jg puri tu.. pastu dah mls.. sy msk tiap2 hari je skrg... klu xmsk, pgasuh dia akan masakkan.. tapi kita plk xboleh control garam gula dia ltkkan.. tapi org dh mskkan xkan nk complaint.. huhu

ummie said...

wohohoho...i like....suka sgt...lebih kurang sama penyediaan kita...best kan...sekarang rayyan nk mkn yg ada tekstur...so xyah blend bagai...tp sy tetap masak dlm slow cooker...best best best...

good luck menempuh hari2 yang mencabar di sana....

Fatima Saiful said...

terbaik laa kak sarah..saye sgt mengkagumi anda!!suke part yg kiub2 tuh..saye nk buat camtuh laa!!!;)

mommychaa said...

i love mommy yang suka buat homemade food :) datang le my blog..coz im into homemade solid food too :)

Imaan09 said...

adoi.. xde pengalaman lagi berjauhan dgn baby.. cmana laa klu kena g mana2..
kak sarah, slow cooker tu mmg guna spanjang 8 jam tu ke? xpnah ada slow cooker, so xtau.. memang slow sebegitu sekali ke..??

sisanizu said...

tenkiu all.

Lea,erm slow cooker tu mmg slow mcm tu lah..sepnjg malam masak nasik. tp nutrien lebih terpelihara berbanding masak periuk biasa.

Unknown said...

hai sarah.sy nurul, selamat berkenalan:) neway my child br masuk 6 bulan. jd sy sdg dlm proses blajar memasak puree buat beliau.hehe.nk tumpang tnya, cmmana cara yg terbaik utk keluarkan kiub2 puree yg dah beku dr tmpt kiub tu ye? cs tgk sara boleh keluarkan seketul2 ccntik cmtu.sy da try buat tp punyala susah nk keluarkan.at last cairkan je letak kt peti ais bwh sehari smlm :( btw.tq for da info ya' :)

sisanizu said...

cara keluarkan sama mcm keluarkan kiub ais..lentur2 kan sikit bekas tu..kalau susah sgt lalukan air paip sikit..insya Allah boleh tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...