Sunday, September 30, 2012

Dipetik dari suatu laman web popular: Breastfeeding, Pregnant and how to Wean?

soalan:Assalamualaikum.

Kalau masih ingat, saya dulu ada bertanya tentang susu perahan yg makin berkurang. Terima kasih atas respond mama. Saya disahkan hamil anak ke-2, mungkin itu sbbnya susu saya berkurang.

MAsalah saya skrg, bolehkah saya terus menyusu anak saya yg skrg baru 14 bulan usianya? Hajat di hati dulu nak susukan dia eksklusif sampai 2 tahun, tp bila dah pregnant ni, gynae saya nasihatkan saya suruh berhentikan bf dia sbb takut effect baby and myself.

Kalau dilihat dr segi fizikal, saya nampak mcm org tak cukup zat kot, muka pucat, tinggi lampai tp kurus. Gynae saya berpendapat yg saya tak mampu nak supply nutrients pd baby dlm rahim kalau saya terus menyusukan kakaknya.

Lately, mmg saya terasa kepenatan tu tp apa saya boleh buat bila anak saya tu totally refuse formula? Kalau dgn babysitter pon, dia hanya minum 4oz susu je sehari, the rest dia rela minum air kosong and tunggu sampai saya balik kerja. Bila saya dah balik, mmg dia tak lepas dah.

Bila dia terjaga mlm, susu badan saya dah tak cukup and dia akan meragam. Bila disuakan formula, dia memang tak nak. Lagi satu, bila susu dah takde, tp dia asyik hisap, nipple saya terasa sakit. Apa saya boleh buat? Saya kesiankan dia. Kalau boleh mmg saya nak susukan dia sampai 2 tahun.

Jawapan: Waalaikumussalam,

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kerana puan bakal menimang seorang lagi cahaya mata. Memang agak sukar untuk menghadapi keadaan seperti ini. Saya amat memahaminya kerana saya juga pernah mengalaminya apabila saya mengandungkan anak kedua.

Walau bagaimanapun, di dalam kes saya, saya mengalami sedikit pendarahan di dalam kandungan dan doktor S.Puan saya berpendapat keadaan ini berlaku akibat saya kekurangan hormon yang sepatutnya memelihara keselamatan kandungan dan ianya berkemungkinan akibat kandungan hormon prolaktin yang terlalu tinggi kesan proses penyusuan yang masih berterusan. Oleh itu, saya diminta berhenti menyusu serta merta.

Di dalam kes puan, puan telah dinasihatkan berhenti menyusu kerana masalah kebimbangan kekurangan nutrisi. Pada pendapat saya, keadaan ini boleh di atasi dengan menjaga pemakanan puan. Cuba berbincang lagi dengan doktor puan, adakah keadaan kesihatan bayi di dalam kandungan normal dan tiada masalah. Sekiranya semuanya baik, puan boleh mencuba diet yang lebih sempurna jika masih mahu meneruskan penyusuan. Perbanyakkan makanan yang dapat memberi tenaga dan berkhasiat untuk kedua-dua ibu dan anak. Walau bagaimanapun, jika keadaan kesihatan puan atau kandungan kurang baik, puan mungkin terpaksa memberhentikan penyusuan dengan segera.

Sekiranya puan berhasrat untuk berhenti menyusukannya, dan keadaan kesihatan puan masih baik, puan boleh cuba melatih anak puan untuk meninggalkan tabiat menyusunya secara berperingkat. Lakukan sedikit demi sedikit. Kurangkan waktu penyusuan ini satu persatu untuk setiap tiga hari. Gantikannya dengan cara memberi belaian atau melakukan aktiviti yang menyeronokkan.

Contohnya dia mungkin mahu mendengar puan membacakan buku cerita. Puan juga boleh cuba mengurut badannya secara perlahan-lahan. Pada waktu makannya, cuba gantikan dengan makanan kegemarannya. Di dalam proses meninggalkan tabiat penyusuan ini, puan perlu selalu menerangkan kepadanya tentang sebab kenapa dia perlu berhenti menyusu. Terangkan juga kepadanya yang dia bakal menerima kehadiran seorang adik. Mungkin dengan cara ini, dia akan lebih mudah untuk menerima keadaan ini.

Biasanya, kesemua waktu penyusuan dapat ditinggalkan dengan mudah jika dilakukan secara berperingkat, namun waktu penyusuan malamlah yang paling sukar untuk dilepaskan. Jika puan rasa anak puan sudah benar-benar sudah bersedia untuk melepaskan penyusuan malam, bolehlah mencuba menyapukan daun yang pahit seperti daun mengkudu kepada payudara. Walau bagaimanapun, jika keadaan puan masih sihat dan bayi di dalam kandungan juga masih sihat, saya cadangkan, puan teruskan penyusuan malam ini sebagai pelengkap makanan bayi di samping untuk mengelakkan dari puan terlalu kerap bangun malam untuk menyediakan susu botol kepada bayi, lebih-lebih lagi dalam keadaan puan yang sedang mengandung.

Untuk masalah puting terasa sakit, kemungkinan ianya akibat perubahan hormon di dalam tubuh puan. Biasanya, puting ibu akan sedikit kering apabila mengandung. Oleh itu, sapukan krim lanolin kepada puting untuk mengelakkan kekeringan.

Untuk mengelakkan dari mengalami sakit belakang (kerana ibu mengandung sering mengalami keadaan ini) semasa penyusuan, pastikan puan menyokong belakang badan puan dengan bantal yang cukup. Lebih-lebih lagi jika puan masih menyusu apabila kandungan puan telah agak besar nanti.

Apapun keputusan puan, buatlah dengan maklumat yang lengkap dan setelah berbincang dan mendapat persetujuan suami. InsyaAllah dengan niat yang baik, semuanya akan selamat dan dibantu Allah Taala.

Wallahua'lam.

3 comments:

Suliana said...

Aisyah masih menyusu mlm. Tp xtau la ada ke tidak susunya.. Tp kejap je la. Sbgai candu utk tidur je. Hehe

sisanizu said...

Takpelah su,,,oklah tu aisyah nk manja2 tu,,dia pun dh lebih 2tahun,,

sisanizu said...

Eh. Sy pelik knapa post lama sy kuar kt sini,,ni entry lama ni..sy ada terclick something kot

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...