Wednesday, May 22, 2013

Misteri pening kepala

Ini boleh dijadikan panduan kepada sahabat di luar sana yang mengalami simptom pening kepala. ki ki ki.. 
Lebih sebulan lalu sy ada rasa pening2 lalat. Alkisah permulaan ada perasaan tu dlm 3 hari mcm tu, sy pelik, sy bukan sakit kepala tp macam ada sensasi kepeningan mcm pandangan sy agak berpinar sedikit kadang2 di suatu masa dlm waktu siang tu. Tidaklah kronik tp yelah sometimes rs kurang selesa tambahan pulak bila kita study ni kita perlu kan fokus yg berganda lebih. otak ni boleh dikatakan 99% peratus penting bila belajar. kalau buat kerja biasa2 tidak berfikir sgt, rsnya dlm 75% pun dh ok kot..boleh plak ye mcm ni..haha

Sy pun mula menyiasat punca pening. pada awlnya sy rasa kemungkinan darah tidak mengalir secara normal di bahagian kepala, so sy buat beberapa exercise yg sy belajar di internet seperti tundukkan kepala ke bahagian bawah sikit dri kepala lutut dalam keadaan duduk, kemudian angkat kepala perlahan2.. tp tak berkesan. lalu sy pergi berjumpa Dr di klinik azzahrah. beliau beritahu tekanan darah sy ok. bp dlm keadaan normal. jd Dr hanya bekalkan sy ubat menghilangkan pening yg mcm biasa2 saja.seperti ubat betaserc dan metilcobal (sejenis vit b12 utk saraf) Baliknya sy tak makan pun ubat tu sbb sy pegi jumpa Dr just nk menyiasat samada tekanan darah sy ok. 

So sy tak puas hati, risau jugak wes kot2 ada kolesterol tinggi dlm darah ke apa menyebabkan ada kristal tersangkut di bahagian tertentu di telinga atau kepala. Sy byk buat bacaan. sbb tu sy kenalla jugak beberapa nama ubat yg dr bekalkan, dr segi side effect pengambilan dan sbgainya, tak boleh senang2 consume ubat..so sy cuba pergi berbekam. kelakar bila first time sy biarkan rambut sy dicukur sedikit utk berbekam di bahagian kepala. tp pening still remain.

Sy pergi farmasi buat test darah utk check bacaan kolesterol, tahap glukos dan bacaan bp. semua normal. bacaan kolesterol di tahap rendah 4.42 sy pergi dlm keadaan tak mkn dan agak lapar. glukos 6.3. bp ok. tiada masalah.ye lah sbb sy consume supplement iron bagai tu,,rsnya insha Allah takde masalah darah rendah dll tu.

sy juga pernah pergi minta air tawar dengan anak buah ust harun din kat pusat rawatan islam kat bangi tu. but pening still remain. sy tak puas hati, sy pegi lg klinik kat Pusat Kesihatan ukm. darah sy diambil dan bacaan adalah normal. bacaan hemoglobin 12. bp ok. Dr bekalkan lg ubat pening bernama stemetil dan juga ubat angin. sy tak makan ubat tu sbb tak puas hati, nk jugak menyiasat punca sebenar.

sy pernah check dgn pengalamal homeopathy, dia ada alat khas utk check kesihatan. menurut Dr yg check tu katanya badan sy alhamdulillah, toksin rendah, buah pinggang ok, tiada sel kanser aktif, usus dlm keadaan baik. cuma katanya sy ada migrain tahap 1.

Tp masalah sy sekarang, sy pening je. Sy pegi pulak jumpa pakar ENT kat kajang. ini kelakar, beliau keluarkan sesuatu dari telinga ...ia adalah earwax yg sudah lama agaknya melekat ke dalam bahagian telinga smpai ia jd keras dan kering mcm sabut kelapa bergumpal padat tp berwarna kelabu dan keras mcm seketul batu kat telinga belah kiri sebesar kuku. kata dr, mende ni normal, sometimes its happen. sy ingat selesailah kan masalah pening sy. sy tunggu perkembangan beberapa hari. tp masih ada pening itu ok. sangat misteri.

siasatan ni berlaku dlm masa sebulan. semasa sy jumpa pakar ENT tu dia ada cadangkan sy pergi cek mata. hmm so at last sy pegi check condition mata. dan keputusannya.................saya ada rabun silau dan rabun jauh pada mata belah kanan. walaupun tak bnyak tp ia adalah RABUN SILAU ok..hu hu..patutlah kepeningan bila ngadap cahaya2 ni. mengadap laptop lama2..pastu sy perasan kalau dlm shopping mall mmg pening tu lebih sikit. ada jugak rs nk rebah sikit..

So ini boleh dikatakan pencapaian PhD saya setakat ini. kene pakai spek..tahniah. srobs
ini ialah sy..;p
Boleh tak rabun silau ni diubati dgn pengambilan supplement seperti beta carrotene ye. sy cuba la ubati mata saya. menurut kajian sy rabun silau ni berbeza dgn rabun jauh. rabun silau ni disebabkan kecacatan pada bebola mata dh jd lonjong mcm bola ragbi. tak bulat mcm kebiasaan. kurang selesa juga ya pakai spek ni. tp kene pakai terutama masa ngadap laptop. sbb mata kanan ni dia sudah ada dua titik fokus yg buat dia jd kompius. Oh my mata!

#perbualan dgn jiran meja sebelah:
aramesh: hey, you look smart.
saya: really?, thank you..hahahah (err...sebelum ni sy nampak tak smart ke..)

ki ki ki

8 comments:

Suliana said...

oo igtkan pregnant tadi. haha.. ok apa pakai spek, nmpk la genius skit :-)

shark said...

saya pun sama..
sakit kepala yg amat sangat sampai heran apehal la sakit bebenor kepala nih..
pastu tetiba hari tu lalu kat kedai spek husben suruh cek mata..mmg rabun 150 kot..
terus buat spek..
dah pakai spek sakit kepala terus ilang..

skang ubatnya sakit kepala saya ialah pakai spek..
sakit kepala pakai spek je terus baik..haha
pelik kan ;p

Fizah said...

ahaha..tak leh blah perkembangan phd akk...;p but yes u look smart..sebelum ni look smarter..ahaha tah pape...maafkn diriku yg penim

amie said...

hahahahaha..sama macam kes saya dulu la...tapi sebab tak biasa pakai spek, terus malas dan lupa letak mana..jauh perjalanan hang utk mengetahui faktor sebenar..alhamdulillah dah selesai..hahaha.now, you look like a PhD student.haha

sisanizu said...

fizah. tq sbb kata sy nmpak smart.haha

ct aminah. sy pun xslesa pakai spek ni..sy pakai kalau rs pening je lah kot..

sisanizu said...

Su..sy br perasan beberapa comment tak masuk emel..bila check kat dashboard baru nampak. juga komen shark..hu hu..

sy rs tak komfidenla pakai spek..harus berubat mata seposen dua..

patutlah shark pening,,byk jugak power tu..

Anonymous said...

Nice.. :-)

Anonymous said...

hihi.. kite geng! sy pun dulu asyik pening jer.. p klinik semuanya normal.. and then doc suruh check mata. silau dh cecah 170 n 180 (kanan n kiri). anyway spec awak tu sebijik mcm spek sy..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...