Wednesday, September 18, 2013

Cara merawat dan mengawal jerawat

Once upon a time. saya sudah agak bebas dari jerawat dan muka licin mcm bidadari (kah kah) setelah mengamalkan supplement yg saya continue makan selepas bersalin sehingga setahun lebih usia anak sekarang sehingga ada satu ketika, , pada 3 bln lepas, sy telah mencuba produk Tia ***lia, pastu jerawat naik dengan tersangat hebat. hanya org yg pernah ada masalah jerawat je tahu macam mana perasan ni tau. bukan semua org dikurniakan wajah mulus tak pernah diserang jerawat hokey. tolong paham. (angguk)
sebelum kejadian.
selepas kejadian. malu. nk present progress project pun, sanggup pegi cari tudung bunga2 supaya bunga pada tudung itu lebih menyerlah dr bunga2 kat atas muka. hahahahha..feeling mcm remaja pulak nk kene sembunyikan jerawat diusia begini. masa tu collegues sy yg semuanya pak arab tu dok tanya 'what happen to your face,?" ada pakai sesuatu ke smpai jd begini. saat tu ada feeling nk lari ke gunung kinabalu jap. mari lihat keadaan selepas memakai produk yg menghorrorkan penampilan wajah ini. hanya org yg bermasalah jerawat begini akan faham mcm mana perasaannya. Masa ni naik mencanak2 dh jd mcm banjaran titiwangsa dah. dengan isi larva gunung berapi tak yah ckp lah, setiap hari pecah, muntah berkotak2 tisu nk kene lap. nak solat pun kene lapik, kalau tak mmg kotorla telekung, siap tempek dgn plaster kengkadang supaya kapas berada pada kedudukan yg tetap di larva gunung berapi tersebut. sedih kan. ni jelah contoh boleh tunjuk. sebenarnya keadaaan lebih teruk lg bila berlaku perpecahan gunung tersebut. malu letak gmbr penuh sbb horror sgt, sy cropkan..huhu


masa kejadian kenaikan jerawat mencanak ni berlaku sebelum puasa hari tu. sedih sgt sbb nk raya nk jumpa sepupu sepapat. sepupu yg selalu jumpa kat bangi pun tanya." kak sarah, sebnarya uya dah lama nak tanya, kenapa muka k.sarah jd camni. sebab dah lama uya tgk muka kak sarah dah licin, tetiba jd teruk mcm ni.." sedih sy. Nak order collagen shaklee sokmo mmg syg duit la, haha,, so sy rawat slow2..

sy buat sedikit research mengenai jerawat. pastu baru sy belajar mengenai zink oxide, benzoyl peroxide dan beberapa istilah lain serta penyebab jerawat. sebenrnya jerawat ni bukanlah disebabkan penjagaan diri yg kurang bersih dan sebagainya, kalau org kata sbb kotor,, sudah pastilah kat kaki paling byk jerawat. hu hu..tp ia disebabkan bakteria bernama Propionibacterium acnes (atau P acne).Saya dah tahu mcm mana rentetan peristiwa yg berlaku kat saya. sy guna sabun tia ***lia tu kan, sbb excited kot dpt sabun baru beli, dh bosan pakai pencuci muka shaklee konon, so masa dua hari pakai tu kerap sgt cuci muka dgn sabun baru tia ni, masa sy pakai sabun tia tu muka jd sgt kering dan bila sy senyum pun mcm tertarik2 kulit muka. pastu mula feeling muka eh bersihnya tanpa minyak. sebenarnya sy sudah silap. sebanrnya kulit kita ni ada protection tersendiri, kulit epidermis akan berusaha mem balancekan ph dan persekiran kulit muka kita, jd bila kita guna sabun yg agak harsh, ia mengeringkan kulit, justeru, kulit bertindak menghasilkan lebih byk minyak dari dalam kulit, makin kering kulit kita makin dia cuba produce minyak, so dengn sbb tu lah jd tersumbat, so bakteria ni akan mengambil kesempatan untuk membiak sbb ada makanan (minyak sebum) so galak lah beliau berkampung kat kulit kita. so, pada tahap ini, kulit sudah perasan kemunculn bakteria ini, kulit pun bertindak dgn membuat radang/inflammation untuk membunuh bakteria tersebut. so terjadilah jerawat. so maksudnya jerawat ini adalah cara mekanisme kulit kita membunuh bakteria, makin byk bakteria, jd bergelen2 lah hasil bakteria mati, dlm keadaan nanah (petanda bakteria sudah tewas).jadi itulah kisahnya..



kalau nk cerita pasal jerawat ni mmg panjang. hehe..so kesimpulannya kita jgn cuci muka kerap sgt, kalau cuci muka pun jgn pakai yg byk buih, ia agak harsh pada kulit. (oh sebab tu pencuci muka shaklee takde bau langsung dan tidak begitu berbuih). 


untuk perawatn, sy pegi kedai dan beli benzoyl peroxide(kat watson/guardian ada)  tempek2 sebelum tido. benzoyl peroxide ni fungsinya dia bekalkan oxigen lebih kt tmpat bakteria tu. bakteria jerawat ni tak boleh hidup dlm persekitaran oksigen byk sgt, so ia merencatkan pembiakan beliau. tp bila kita pakai ni kerap sgt kulit jd menggelupas sikit, so belilah gel aloe vera untuk lembutkan kulit.

masa sy naik tu nanah horror sgt, sy pegi jumpa dr kat azzahrah, sbb sy bc dlm internet, elok amik antibiotik (sy berharap yg tak perlu consume lama) ,so seperti expectation saya, doctor bg erythtromycin utk 10 hari. saya dah baca erythtromycin ni plg ringan dan sesuai utk ibu menyusu atau mengandung. kalau antibiotik lain mcm doxymycin bagai tu efek dia lg hebat. mungkin hilang cpt jerawat tp antibiotik jenis ini perlu consume lama sekurang2 dlm 3 bulan dan ramai pesakit sy bc review dorang consume smpai setahun atau lebih. dan antibiotik yg power mcm tu tak boleh diconsume bg org mengandung, nnt efek bg gigi baby (peringatan kalau org mengandung yg bercita2 nk amik antibiotik tu bc post ni).

satu lg masa tu dr ada bg saya ubat nama prednisolone utk 2 minggu. sy study dulu, apa kejadahnya ubat ni, rupa-rupanya ia sejenis ubat utk menahan sistem imun kita, ia sejenis drug/steroid. ye lah logiklah, ia tak bg sistem imun kita berfungsi. jerawat/inflammation kan salah satu mekanisme pertahanan kulit. so sy tak consume ubat tu. sbb takut side effect dia. dia mcm mengganggu sistem lah kan. bukan nk memandai, tp kita sebagai pengguna/pesakit harus tahu hak kita. terpulang memasing. sebab sy pernah baca review kata once kita berenti amik prednisolone ni badan kita akan terkejut sekejap, dan baru nk start function semula, waktu itu mungkin ada kejadian jd terlebih buat fungsi dia, sbb lama berenti keje kan. ada tau pesakit amik smpai setahun prednisolone ni. so sy hanya harap biarlah lambat asal selamat. 

Satu lg mende hebat yg sy study sy dpt tahu satu rahsia "sebenrnya org yg ada masalah kulit ni termasuk jerawat, sebenarnya bdn org tu kekurangan zink/zinc deficiency. so dekat negara omputeh sy tgk ramai patient yg ada masalah acne ni consume smpai beratus mg zink sehari. kalau ikutkan peraturan sedunia, setiap org perlukan 15mg zink je sehari. so sy pun gigih makan zink shaklee tu 45mg (3 biji) sehari sejak 3 bln lalu, tak berani amik byk sgt sbb pengambilan zink mesti balance dgn copper pulak.
produk mampu milik
Dalam pada tu org berjerawat ni ada pntang larang utk kurangkan serangan jerawat tu, kalau boleh elakkan makan makanan manis2. ms bln puasa dan raya agak susah nk ikut,..tp cubalah. jgn minum gas yg gula dia bergelen tu.cuba okey..cuba..kalau minum air manis tu agak2 lah,,nk makan kek pun estimate lah,jgn melampau sgt.hahaha...'beauty is pain' u know...rsnya makanan manis ni penyakit apa pun akan dtg serang. saya cuba kurangkan gula dlm bdn sy dgn pengambilan b-complex. Ini kerana bcomplex ni salah satu fungsi dia ialah menukarkan gula kepada tenaga.jgn skip makan bcomplex.

pastu yg extra2 tu mcm nk kulit flawless cuba konsisten mkn vit.E, vit c dan lain. semua ikut bajet memasing je.saya share apa yg saya tahu sahaja. kemudian ada lagi pntang larang drpd research saya (nasib baik tak publish journal perubatan..kah kah), kurangkan mkn ayam, ayam ni ada kaitan dgn hormon, ayam skang byk ayam suntik. ada rentetan peristiwa akan berlaku kalau mkn ayam byk sgt,..at last mungkin aktifkan hormon androgen (bacaan saya dr beberapa sumber menyatakan hormon ni punca jerawat). ops, baru sy teringat sy ada mkn GLA shaklee sehingga habis sebotol. GLA ni utk stabilkan hormon. dan satu lg dari risikan sy jugak , elakkan makan ikan keli. agak berbisa utk jerawat. (inilah yg paling sukar dlm hidup sy) tp sy dh berjaya tak mkn ikan keli selama 3 bulan. So,,ini sy sekarang..jerawat sy ni luka dalam, jd luka dalaman tu makan masa untuk dipulihkan...tp oklah since dan rata semula wajah..cuma nmpk merah dr dlm kulit tu ada la lagi..sy bersyukur seadanya..
ada lg merah2 bekas luka dlm kulit. mklumlah cedera teruk muka hari tu,
mkn masa nk sembuh
Satu lagi saya nk pesan bg org berjerawatlah. kalau boleh la kan tak payah pakai pencuci muka pun. bg org yg terbiasa pakai pencuci muka(mcm sy..hahah), akan rasa tak selesa kalau tak cuci pakai facial wash kan, tp sebenarnya ia okey. sy pun spnjang tempoh teruk tu sy takpakai pencuci muka pun, sy lap2 pakai wet tissue tanpa alcohol. skang ni dh mula gatal tgn pakai pencuci sikit2 tp yg ok lah..ohya tetiba teringat, kalau nk beli pencuci pencuci muka jugak kat kedai, beli yg ada salycilic acid (sila baca ingredients, contoh yg sy perasan ada ni :neutrogena) sbb ia tolong clearkan kulit tanpa harsh dan tolong serba sedikit bukakkan mana liang yg agak2 ada blackhead (permulaan nk jd jerawat). atau pun kalau nk pakai sangat pakai yg buat mandi baby tu yg plain tu nama cetaphil. 

Pastu, sejak amik berat pasal jerawat ni, sy belajar sesuatu, mengenai zinc oxide, patutlah org pakai bedak sejuk ni boleh cantikkan muka rupenya sbb ade zinc oxide. mende ni juga ada dlm calamine lotion (korang perasan tak cecair pink yg org letak kat chicken pox atau ruam baby). sy tak pakai bedak sejuk tp sy cr BB cream yg ada kandungan zinc oxide ni sebab ia waterbase. bukan minyak so insyaAllah tak menyumbat pori2. ada byk produk BB cream dr jepun terutamanya ada BB cream waterbase yg ade zinc oxide ni. baca ingredient je. make sure pakai sunblock selalu. dulu sy berpendapat org yg pakai sunblock ni mcm girlishnya..hahahaha ..tp sebnarnya cuaca kat asia ni especially malaysia ni menyebabkan kulit kita jd kusam, jeragat dan mcm2,,sbb tak tapis sinar UV matahari kan,kulit jd cepat tua. ki ki ki..

yg plg tepi tu yg sy sebut benzoyl peroxide pakai malam2. yg dua tgh tu BB cream ada zinc oxide. 1 dh habis tu beli satu lg yg jenis lain plop(berani sunggh mencuba ye..) dan GLA complex shaklee yg tinggal dua tiga kapsul je lg.
 Sekian. semoga jerawat segan nak naik. kalau tk dtg terus, lg bagus.

23 comments:

Fizah said...

dasat gak penangan produk tia tu ekk..kalu ephyra camne kak? biasa dgr org consume and kata wajah shining dan blackhead berkurang...apa pendpt akk?

sisanizu said...

ho ho xtahulah fizah. xbrani nk komen..mungkin kene study apa kndungn utama produk kot.

Suliana said...

Dulu ada baca sarah pnya muka dh elok kan lps mkn shaklee.. Xpelah bljr dr kesilapan. Mmg produk2 mcm tu cepat beri kesan tp ia menghakis kulit muka. Su pakai mary kay cleanser. Oklah xbuih.. Tp mahal.. Su pun mkn gla tu before prgnt. Mkn tu mnmbh kesuburan terus lekat. Haha..

Fizah said...

eh sori kak..gmbr ke2 tu mcm nmpk leher..kut akk tak perasan...;)

sisanizu said...

yeke su mkn gla..patutlah cpt sgt aisyah dpt adik ni..kiki..sy belum sedia lg su.. tunggu sikittt lagi..hahaha..
tulah..sy ni kene hati2 pakai produk..kulit jenis acne prone ni kene extra care

sisanizu said...

thanks fizah.ha'ah tak perasan lak nmpak leher. sy dh crop bahagian leher.tenkiu inform

Unknown said...

untuk lelaki sesuai tak ?

sisanizu said...

sesuai je lelaki atau perempuan.kalau nk order supplement shaklee, boleh order dgn saya juga. 0-1-3-9-6-5-3-7-6-7

Miss Shiera said...

Salam,mcm mana saya nak contact kak?

Miss Shiera said...

Salam,mcm mana saya nak contact kak?

Anonymous said...

Akak nak tanya.. masalah acne akak ni akak hanya makan shaklee ke? Tak guna ubat sapu dari luaran ke?

sisanizu said...

cik anon.sy dh mention kan dlm entry pasal mende sy pakai utk kurangkan makanan bakteria jerawat tu kan..

Unknown said...

Assalam...sye lah ngn sye sejak benti pakai t.b.ita jerwt mnjdik tumbuh...gatal2 plak 2...now pakai cetaphil ..dalacin n mkn skin clear..xtw lah brkesn ker tidak

Anonymous said...

berapa harga zinc tu ye?

sisanizu said...

Cik anon.mesej saya di 013sembilan enam lima 37enamtujuh

Anonymous said...

sy p0n gune tia, tpi bila sy try stopp.. perghhhhh ,, jerawat tmbuh.. mcm ape ..

Jamu Susuk Dara said...

Sangat berguna info anda. Terima kasih. Kebersihan itu penting untuk kita semua.

produk hilangkan jerawat said...

sya ade pengalaman yang tak menyeronokan dengan tia :-(

Unknown said...

Time kasih utk cite best ni. Tlg research kan utk kwn. Dia skrg tgh ade mslh jerawat kritikal.tq utk sharing.

Unknown said...

Terima kasih berkongsi artikel ini cik. :)

Perkongsian: Jerawat Teruk Berbahaya

Anonymous said...

salam..kak nk tnye..pe lg kesan mkn ubat prednisolone(steroid) tu..spls doc ade bg sy memakan ubat tu..slpas mnghbiskn ubat tu..muka dan leher sy naik jerawat dgn byk..adakah punca dri penggunaan ubat tu..tq :)

cik Jaja said...

Saya suka sharing sis.... sangat banyak info yang dapat saya tahu. Terima kasih sis :)

Pasal ubat yang halang sistem imun tu macam bahaya ye. Takut baca bila sis kata mungkin ada side effect lepas tu. Tapi memang logik macam tulah, since ubat tu macam dah ganggu sistem badan kita kan..huhu

sisanizu said...

betul tu cik Jaja,thanks singgah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...