Wednesday, November 26, 2014

Kelahiran anak ke 3 yang dinanti

Assalamualaikum readers yang dikasihi (kalaulah ada kan..? :p)
Dalam beberapa hari ini ada 3 org menyapa /comment di entry lepas. menyapa saya mengenai bb dan berpantang. beliau ialah Fizah, skinny yash dan latest ialah Su menguatkan perasaan memaksa diri bukak belog saya.kikiki
Sungguh. saya rindu pada belog saya.
tp apakan daya sejak pindah ke rumah yang ini, sy telah terminate kan streamyx sy yg murah itew. rm60 sebulan yg dari rumah lama disebabkan faktor belum ada pemasangan wayar di kawasan ini sbb belum diduduki 70% penduduk utk request TM pada ketika itu(sekarang sudah ada pemasangan wayar fiber bla..bla..) tambahan pula sy tiada masa untuk menghadap komputer. apatah lg pelajaran saya..entah berapa bulan sudah melupakan sakit perit belajar.kah kah..(selamat tinggal PhD ku...hehe)

Dirumah, saya pakai YES yang prepaid untuk kerja di laptop. top up bila mahu guna sahaja.dan buat masa sekarang memang tak top up smpai ke sudah broadband YES itu. memadai menjenguk internet dalam hp sahaja.

dengan berpantang saya tiada masa untuk membuka laptop :(
ya saya sudah bersalin.
Anakanda yang dinanti itu lahir pada 25 September 2014 secara paksaan (induce) kerana sudah overdue 8 hari..hehehe..

Beliau diberi nama Muhammad Aish bin Mohamad Faizal. Sudah genap 2 bulan usia beliau.

wah.itu mama beliau ker yg mcm muda remaja itew..ki ki ki..
Jumpa lagi.

Tuesday, September 09, 2014

Deco bilik, cat dan pasang wallpaper

Hai. ya saya belum bersalin. lagi seminggu adalah due (17 Sept 2014) iaitu rabu depan. Masih bertenang..beg untuk ke hospital pun belum kemas lagi. hahah (OMG) . Entahla..mungkin sbb anak sy dua2 pun bersalin lewat.. anak sulung lelaki adalah overdue 6 hari.. yg kedua si Ayra, betul2 on due. So kesimpulannya sy berkemungkinan takkan bersalin awal sangat. Ok mlm ni sy kemas beg. promise :P

Saya kan bila dah sarat sebulan nk bersalin tu akan datang perasaan terlebih rajin.. terutama nak mendeko rumah. Dulu masa mengandung Ayra, sy ke kedai2 beli bunga la,,beli itu ini..rs mcm nk mencantikkan rumah (tp dengan kos yg terkawal la,,mkcik ni bukan Datin..;p) .. dua minggu lepas saya teringin nk pasang wallpaper bilik baju budak2 ni..sy dh survey dlm tenet juga..maka saya mengajakla encik suami pegi ke kedai sekian2..ni sbb kedai jauh,,bukan sekitar bangi kajang kekdahnya menyebabkan mkcik kene ajak bodygurd hensem mkcik itew...

Saya juga jahit cadar baru, sarung bantal baru,, bahkan ada try jahit kusyen (susah juga jahit sarung kusyen makcik yang bentuk dia bulat2 gentel tu) ,, dan juga sarung kerusi makan... dan juga sarung blender..ah mcm2 nk buat dlm kepala ni...oh sudah..tp dengan tahap sarat mkcik ni,,pergerakan agak terbatas,, kalau nk ukur dan tanda kain, kene mintak tolong incik suami a.k.a bodygurad mkcik tolong tandakan.haha. 

Bilik ni mmg sy nakkan tema biru. Mmg bilik ni sy jahit langsir biru dulu ms masuk rumah. dan bilik ni sy letak almari bj anak2. 
Keadaan asal
Ok sambung citer cat dan wallpaper. Saya ada baca dlm internet ada la org penah buat, boleh cat dinding bewarna tanpa beli cat warna. letak pewarna makanan. dah lama sy beli pewarna biru itu.. mmg niat nak campur dlm cat putih..dh siap buat aiskrim paddle pop homemade ritu. Kat rumah mmg ada cat konkrit kaler putih lebihan kontraktor wat keje renovate rumah ritu..so jimat disitu, tak perlu beli cat. Sy pun suruh incik suami buatkan. mula2 dia tak percaya boleh pakai pewarna makanan, tp sy cuba yakinkan dia..haha sy pun tak pasti kebolehtahanan cat ini..tp nmpak okey je...
ini adalah pewarna makanan star brand ;p guna kaler biru dan juga hijau
Saya beli masking tape rm1.90 each (guna 5 ketul) 
buat stripes sbb nk buat 3 kaler berlainan
Buat sikit2..rs macam ada la seminggu baru siap cat jalur ni..sbb buat keje mlm dlm kul9.30 gitu.. time malas, biar je dulu..selang dua mlm pulak smbung..haha..mkcik kene la ikut mood pekerja mkcik tu..(merangkap incik suami)
mula2 campur warna biru dlm sukatan dua penutup botol je ke dlm cat putih.
Kaler ijau sambung mlm esoknya


Ha yang ni curah semua sebotol pewarna tu.
Dah buang masking tape
Tara!! suka. suka.

Makcik ajak suami pegi Kaison kat paradigm mall, PJ beli ini. Ala wallpaper murah je uolls. rm19.90 je satu roll
mkcik rembat 3 roll 


ini Aishah Ayra interprem. Katil dah pindah naik bilik atas
Tara. buat sikit2 kan.. ni last buat Ahad lepas. sbb ada tetamu hujung minggu,,so tak leh nk fokus sgt 
Nanti mlm ni kot sambung. mlm tadi semua org dh penat, hari isnin kan..Ashraf pun mmg tido awl kalau hari isnin (lps maghrib dah zzz). hari pertama sekolah, penat sikit.

Inilah namanya deco secara bajet. Walau mungkin tak sesempurna 100% tp still it looks great. I loike. Bayangkan kalau amik kedai punya dtg pasang mahunya rm600 satu dinding (dah penah tanya) huhu..





Bila ada sedikit masa beserta sedikit rajin, pegi jahit pula cadar,
Ni satu cadar siap. untuk anak lelaki 6 tahun.
Actually ada jahit juga cadar dan selimut untuk Ayra, cadar gambar cupcake pink  ^_^..lupa pula nk amik gambar.

Sekian.

Thursday, August 28, 2014

Ruang Tamu & Ruang Makan

Di kebanyakan rumah zaman sekarang, ruang tamu dan ruang makan selalunya bersebelahan sahaja..atau boleh juga kita kata satu ruang sahaja.. ruang makan & ruang tamu bersama bukanlah masalah sbb bukan dapur yang bersatu dgn ruang tamu..kalau jenis rumah yg dapur tu satu sahaja,,di mana disitulah dry kithen ,,situlah wet kitchen..itu masalah kalau tiada penghadang antara dapur masak dan ruang tamu depan. Bagi saya memang tak sesuai. Disamping ketika ade tetamu diruang tamu yang boleh melihat tuan rumah membuat persiapan di dapur ;p. tp ada setengah org..ok je..ruang tamu direct menghadap dapur. 

Ini design penghadang yang saya dan suami minta kontraktor buat untuk sembunyikan dapur dan Ruang Makan & Ruang Tamu. Mari saya stori mori sikit mengenai Ruang Tamu & Ruang Makan rumah saya.

Pandangan dari arah dapur
Ruang Makan dan Ruang Tamu
Saya memang minat warna cerah begini. Jadi meja makan berserta kerusi makan saya berwarna putih. Material atas meja ni adalah dr kaca yg tahan panas. Jadi tiada masalah untuk hidangkan makanan panas, even hidang periuk vision dr dapur terus atas meja. ;p Meja makan ini sudah berusia lebih 3 tahun. masih cantik pada pandangan saya. Bagi saya elemen warna cerah /putih memberi ilusi luas. Saya pernah cuba menggunakan alas meja corak bungaan tp tak lama pakai saya rs susah nk maintan kebersihan alas meja tersebut bilamana anak makan tumpah2. Biarkan kaca togel macam ni senang nk lap dan spray kari atau apa2 makanan tumpah.

Sofa diruang tamu saya juga asalnya dr kain bunga-bungaan yang warna latar dia krim cerah..tp lama dah pakai...warna dia sudah agak kurang menarik,, sofa tersebut sebenarnya mempunyai baju..ia mempunyai zip yang boleh dibuka dan dibasuh.. jadi sekiranya ingin bertukar wajah, hanya perlu jahit baju baru.. jahitan dia agak complicated. Sofa ni saya beli kedai perabot biasa, murah sahaja,,tak silap sy dlm rm999 mcm tu tahun 2011. (update: Dah check balik,,silap, harga sofa ni RM1200, murahla daripada beli kat KKhome deco tu kan..haha) Ada warranty 10 tahun.material memang best, kusyen empuk tp tidak mudah tenggelam, malah pejal. Kalau nak upah jahit sarung baru kat kedai, mahal sangat. lebih mahal sekali ganda dari dr harga asal kerusi masa sy beli. teringat masa beli dulu, kedai tu offer sarung gantian bunga kaler merah (instead of saya punya kaler purple), satu set rm700. masa tu nak tu memang nak tp baru naik rumah masa tu,, so dh byk pakai duit. tu tak beli tu.skang dh xde. Saya memang ada hasrat nk jahit kan sendiri yang baru tp takde masa. Begitu juga dgn kerusi meja makan.. hasrat dlm hati dah lama ni pendam nk jahit bj utk dia..kain dah setahun kot beli kain,,tak jahit2 juga..hahaha..tp takpe.cantik juga begini. simple sahaja.

Ruang Makan
Disebelah meja makan, saya pasang cermin penuh. Untuk memberi efek luas juga.

Ruang Tamu
Langsir juga sudah berusia lebih lama dari usia sofa. Padanan langsir warna ungu kosong tanpa corak ni bagi saya sesuai dengan sofa yang berbunga ungu kecil. Di masa akan datang jika ada rezeki dari segi masa dan wang,, mahu juga tukar2 selera. misalnya kerusi tanpa corak bunga dengan langsir pula yang berbunga. atau tambah kerusi baru ;p..Pasang wallpaper juga merupakan impian terbesar saya untuk rumah. Husband saya juga ada impian nk pasang aquarium besar dekat pintu. Saya kata elok lah..nnt kita beli kerusi rotan kaler putih beserta meja kopi bulat kecik letak sebelah aquarium..pastu nk bunga berjurai dlm pasu yang tinggi bertiang letak kat penjuru. (haha berangan nombor 1). ..bunga2 dinding saya serta plaque tulis bismillah yg dari rumah lama dulu belum pun gantung, masih berada dlm stor. Takada masa lagi nk pikir semua tu. Asal hujung minngu je ada je aktiviti jemputan mjlis dari sedara mara dan sebagainya. balik umah dh penat. hmm..
Ruang Tamu.
Ada kabinet tv tp tak letak TV lagi buat masa ni. TV ada kat family area di tingkat atas
Ruang dekat pintu masuk. Sinila konon nk letak meja kopi dan aquarium serta bunga
Sekarang fokus pada yang lebih penting dahulu, iaitu bersalin, anak kecil, study. Semoga sentiasa dalam keredhaan Allah hendaknya. Amin.

Sekian. 

Monday, August 18, 2014

Persiapan barang baby

Terasa sekejap sangat..dah tak lama ni nk bersalin..skang minggu ke 35++...perasaan tu entahlah. mcm tak berapa ready..mcm cincai-cincai je. Bersalin kali ni pun mcm biasalah..duduk sorang,,husband jaga..duduk umah sendiri..teringat ms raya hari tu..makcik2 dari utara yg jarang2 balik kelantan..depa tak tahu pun sy pregnant..jumpa2 je dh sarat..kiki..saya mengandung sesama dgn adik ipar saya(wife adik saya ismail)..due pun lebih kurang..beza seminggu lebih je, sy awal sikit due.. entah2 bersalin sesama..ms raya tu mak sedara saya tanya.."pastu dh due lebih kurang ni..umi nk g yg mana?"merujuk kpd umi saya....memandangkan akan dpt dua cucu baru secara serentak. masa tu saya baru terfikir yang kebiasaan org nk bersalin, akan ada emak menemani disisi semasa berpantang...hu hu saya tidak pernah berfikir begitu..sbb mak saya kerja.. dan dia tak delah nk ambil cuti semata2 nak jaga anak menantu bersalin..bukanlah nk ckp umi sy tak baik..tp sy sendiri pun tak pernah berharap begitu...mak mentua saya jauh sekali lah dia dtg merantau semata2 kerana ada anak menantu bersalin..kelakar pula kalau fikir. Saya dah biasa duduk sendiri2 je..kalau ada adik ke menemani bestlah jugak kot,,tolong jenguk bb time sy nk mandi ke apa ke....tp malangnya takde....huhuhu....harap suami saya dpt masakkan sy sup ikan haruan, seperti dahulu kala masa bersalin anak2 sebelum ni. sy makan sahaja apa yg ada ketika itu..tgh nak mengintai2 juga kot ada servis hntar makanan berpantang ke rumah...takyah susah2 sy masuk dapur nk memasak..oh heaven nye begitu, ada servis sediakan makan. tetiba rs mcm nk hire seorang chef kerja utk saya sebulan ke konon..kah kah. 

Persediaan bersalin kene paksa diri fikir dan persiapkan. beberapa hari lepas basuh bj bajan bb...oh terasa bahagia tgk baju bb yg kiut lg comel. bila belek bj anak yg lama2 tu terasa teringin nk ke kedai membeli belah barang baby. ;p sy dah sedekah byk juga bj bajan budak2 ni kat org yg susah & lebih memerlukan sebelum ni..bj memang semua elok lg, cuma tu lah..out of date lah sikit kot dan ada la pudar2 kaler terutama bj zaman muhammad ashraf. skang mcm2 pattern yg lebih kalerful dan comei..(sudah...start meroyan bila menyelusuri facebook yang jual barangan bayi...).


Basuh baju bajan. Ini termasuk bj anak terdahulu dan beberapa item yg baru dibeli ;p
tilam kekabu tgh siapkan isi kekabu..sebelum ni dh siap isi, tetiba rasa cam nipis sgt tilam,,so isi lagi (actually tak beli kekabu pun,,korek2 dr bantal sedia ada..dan buat sarung cadar guna kain2 lebihan seperti di atas-kuning pink )
Bila menyinggah kedai kain, beli lah pulak kain utk buat sarung tilam



Hasil jahitan sarung tilam
Bakul baju zaman muhammad Ashraf si anak sulung yg telah berusia 5 tahun itew..
Lepas basuh kasi bersih, timbul idea nk buat sarung

Ukur dan potong kain di suatu malam

Siap

Rupa luaran- selamat dari kemasukan habuk ;p
Ok. Checklist barang baby:
1. sudah beli dan guna sabun ABCD detergent khas basuh bj baby
2. minyak yuyi
3. mitten and booties sikit
4. sabun mandian baby
5. baju berbutang2 utk mudahkan pakai. bb masih kecik ni elok pakai bj berbutang depan.
6. barut perut (basuh yg zaman ashraf&ayra punya)
7. selimut 
8. tgh pikir nk beli tak tuam herba baby tu..sebab anak2 seblum ni tuam dgn pasir sahaja (yg disangai dlm kuali)
9. pampers newborn (tak beli lagi)
10.wipes

Pasal Pam susu. haha..saya ada medela freestyle. dulu ada juga avent manual tu..tp sy dh bg kat org...sy igt nk beli yg baru sbb kalau ikutkan yg avent tu dah berbaloi pakai beli sejak sebelum kelahiran muhammad ashraf. sgt berbaloi,,dah siap g travel mana2,dalam dan luar negara, cuma rs nk beli baru sbb avent tu masa dulu takde BPA free tak macam skang siap ade PES pulak. Tp kali ni sy mcm nk try unimom mezzo. bukanlah tidak cukup dgn medela freestyle tp sy perlu juga kepada yg manual satu, incase kalau bengkak susu..atau nk cpt..medela FS tu lemah lembut sikit..jd kengkadang bila breast bengkak tu..level maksimum 9 pun tak memuaskan hati saya. So pump manual perlu juga satu. sat lagi nak order. unimom mezzo tu tgk dia punya structure mcm ada iras avent manual. harap2 best..nk cuba sbb dia guna botol standard neck compare to avent, tmbahan pula avent mahal sikit ;p

Itu sahaja lah dahulu kot. Semoga mudahlah proses bersalin..Amin. minta doa dari rakan rakan yang dikasihi sekalian. 

(Amacam dr baju bajan baby dah boleh agak ke gender baby..???) hahahaha
Sekian.

Wednesday, July 02, 2014

Pavlova homemade

 Semalam buat pavlova. Dah lama teringin nk buat sendiri,, rupenye senaang je..resepi berlambak tgk dlm internet, ...
resepinya begini:

Bahan-bahan
- 4 biji telur -putih telur sahaja (ambil dr dlm peti sbb senang nk asing dgn kuning dia)
- 1 sudu tepung jagung
- 1 sudu esen vanila
-1 sudu cuka makan
- gula kastor, dalam setengah cawan
- whipping cream 3/4 cawan
- buah buahan ikut suka (strawberi, anggur,kiwi)

Cara-cara dia

- panaskan oven terlebih dahulu dalam 150 darjah

Buat meringue
- putar kan putih telur tadi, (letak gula sedikit demi sedikit sehingga ia berkilat atau bertanduk.
-lepas tu boleh le masukkan tepung jagung, esen vanila dan cuka makan dan putar lagi sehingga bahan tadi sebati
Itu tangan suami saya ;p
meringue ni kira menjadi bila kita terbalikkan mcm ni dia tak tumpah atau jatuh 
-bila dah siap meringue ni, tempek buat bentuk bulatan kat atas 'baking paper'.nk bentuk bulat cantik, draw la bulatan pakai pinggan, lukis dgn pen. nnt terbalikkan baking paper tu kat sebelah lain untuk letak meringue. atau kalau tak kisah pasal dkwat pen tersebut letak terus kat belah yg lukisan pakai pen tu..:p
-bakar dalam satu jam @ satu jam lebih sikit dengan suhu 130 - 140 darjah. ...(bila marigue dah masak, jangan terus keluarkan dari oven, tutup suis dan buka pintu oven sikit, biarkan ia seketika di dalam oven. dalam 20 minit




Whipping cream




1.Guna 3/4 cawan sahaja (whipping cream jenis ni adalah non-diary dan dh manis, tak perlu tambah gula utk buat cream pavlova ni)
2.Putarkan whipping cream sehingga ia jadi kental...lepas tu boleh sapu ratakan ke atas merigue yang dah masak tadi,
3.lepas tu dah boleh hias dengan buah strawberi/anggur/kiwi/peach ke...

Saya tak tempek penuh crim kat atas meringue yg dh masak tu..sbb takut lembek bila simpan,, bubuh whipping cream ngn buah time nk makan ms letak dlm piring je. meringue yg dah dibakar tu simpan dlm bekas kedap udara. Ini ajaran dr yg pakar.;)..

sekian.

Tuesday, July 01, 2014

Projek jahit sarung bakul baju dan cadar

Ni saya jahit rasanya dlm bulan lepas, saje pegi jenjalan kt mines, singgah la kedai kain tewah, memandangkan duit tak berapa nk ada masa tu, lebih pada cuci mata saja asalnya tgk kain2 tu,, pastu terberkenan kain bunga2 ni murah je rm5 1 meter, terus beli dan balik jahit sarung utk bakul baju kotor saya dalam bilik..masih ada lebih kain, sy siap jahit sarung dua biji bantal kecil kepunyaan Ayra..


Rs mcm sgt kiut..hahaha
Ini pula projek menjahit cadar fitted ahad lepas. Tak silap sy beli kain ni kat nagoya di area shah Alam, kebetulan masa tu ada hal apa entah sy pegi sana..lalu menyinggah kedai kain.. pastu balik peram..rasanya tahun lepas beli kain ni..mahal jugakla kain ni,,seingat saya habis dlm rm50 beli,,entah berapa meter dan bidang berapa,,dh lupa..(mklumla dah lama sgt peram)..sy berangan nk jahit ni nk bg hadiah kat mentua kononnya,,entah jadi ke tak..sbb bila jahit, rupenya tak cukup kain utk jahit sarung bantal, apatah lagi bantal golek..haha..tp warna dia agak sweet, terus rs mcm nk pakai sendiri je la,,hahahahahaah..



Inilah upa paras cadar ini bila dipasangkan pada katil saiz queen dgn ketebalan tilam 9 inci.

sekian

Jahit telekung budak 2 tahun :)

Ini cerita mengenai aktiviti yang berlangsung sejak dua menjak ni (dah lama tak update aktiviti). Nak masuk ramadhan(sabtu baru2 ni), sy jahitkan telekung untuk Ayra berbekalkan apa yng ada kat rumah. Idea nk jahitkan dia telekung dah lama, cuma tak berkesempatan dan tak beli2 kainnya..ni intai2 kain2 yg ada kat rumah,, (asalnya kain utk bj kurung saya mix &match yg belum berjahit) dan ada riben yng memang sy beli lama dah asalnya untuk telekung saya dulu, tp tak jadi..projek bermula 9pagi..zohor siap. haha,,oklah 1st time jahit telekung budak ni..yg lama bila dok belek2 kain, smbil berpikir nk buat kedut tang situ, tang sini..hehe..sebenarnya aktiviti rajin untuk projek masak & menjahit bermula semula sejak dah tak alahan mengandung dalam 2 bulan lepas..ada je mende nk dibuat dihujung minggu..









Sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...