Saturday, January 11, 2014

Selamat tahun 2014

Saya sudah lama tidak update. Seakan tiada perasaan nk menulis. Semacam ada satu perasaan buat apa sy menulis..selalu fikir mcm mana kalau sy meninggal dunia. apakah perkara yg saya tulis ni berfaedah? hu hu..sy berharap dengan pertambahan umur dari tahun ke tahun mematangkan saya dan sy lebih sedar bahwa kematian itu sentiasa makin dekat. Ampunkan dosa2 kami ya Allah..amin. Saya harap kita semua meninggal dalam keadaan beriman kepada Allah. serasa takut bila mengenangkan mcm mengejar dunia je aktiviti seharian saya ni. 

Baru baru ini supervisor saya terbang ke Mekah menunaikan umrah selama 2 minggu. terasa sedikit lega di situ.(apekah) tp sekarang beliau sudah pulang dan terus email saya mengatur pertemuan. Di emel tersebut dia kata ingin bincang progress saya, dismping memforwardkan kepada saya emel mengenai Laporan kemjuan calon semester 1 2013/2014  daripada ketua program pasca siswazah. terasa sedikit ugutan di situ. kah kah..supervisor sy seorang yg sangat tertib orgnya. perlu buat sesuatu berdasarkan bukti2 kukuh dan real. tak boleh main taram tulis manis2 saja. teringat report sepanjang sy buat master dgn Prof M,,meskipun sy rajin tahap gaban, dia isi laporan tu mcm ala ala,,ayam2 je semua...contoh : kerajinan: "baik(instead of 'cemerlang' ", kekerapan jumpa penyelia:kadang2(instead of kerap) padahal hampir setiap hari kot jumpa..pendek kata semua mcm tahap B..kecuali ruangan motivasi: "tinggi"..haha..kalau tgk balik mmg rs mcm nk gigit je kertas laporan tu. tp memandangkan takpelah janji scholarship jalan. malu la jugak penaja tengok report begitu..kah kah

pertemuan sepatutnya berlaku pada Rabu lepas dgn supervisor saya, sy mohon sedikit masa kepada hari Jumaat (mcm sy pula supervisor) sbb sy perlu sediakan report, tak siap lagi. ketika selasa rabu tu anak sy pulak tak berapa sihat. kamis pulak sy jatuh sakit. demam sakit urat, dh lama sy tak kene demam begini. demam begini selalunya berlaku bila sy terkena bengkak susu. tp mungkin perubahan cuaca. sy bajet mlm kamis tu kene bangun jugak walau agak terhuyung hayang dan agak berat kepala demi utk siapkan report nk jumpa supervisor pd pg jumaat.  sehingga petang kamis sedang rs berselimut tebal di atas katil Allah bantu saya bila supervisor reschedule perjumpaan pada pagi isnin. iaitu esok. adalah masa sikit utk sy sihatkan diri baru boleh mengadap komputer di hujung minggu ini. bersama anak2 membuat kerja2 ini begitu lah..dugaan..keperluan makan minum keluarga pun perlu jugak dipikirkan. Ada satu perkara lg sy sedang sibuk sangat smpai sy rasa bermalasan sgt pasal PhD ni..sebnarnya hujung november lepas, sy sudah dpt kunci rumah baru. ketika itu kami dua2 sibuk dgn hal masing2..hujung bln disember baru boleh start kerja dgn membuat perbandingan contractor utk ubahsuai rumah. setelah compare2 dari segi quotation harga yg mereka keluarkan. kami pernah pergi beberapa home expo utk cari contraktor mcm2...

Hm..pada bulan ini genaplah umur anakanda Aishah Ayra 2 tahun 16 Januari ni. beliau masih menyusu badan, sy dah tak mengepam sekarang, tp stok EBM beberapa bulan lepas termasuk hampir setahun lalu masih ada dlm freezer. menghabiskan yg itu saja. dah tak banyak adalah 20 botol lg kot. sy pun nk kosongkan freezer sbb nk pindah nanti susah pula. Ayra pun dh besar. Alhamdulillah.

Berhujung tahun di Port Dickson
Abe Ashraf nk masuk 5 tahun, thn ni dah masuk pra sekolah Al Amin (Tadika Khalifah bestari)
Sekian.

2 comments:

Fizah said...

fewiiitttt...bila housewarming?

;P

sisanizu said...

haha housewarming itu haruslah menelan kegusaran belajar. baik tgk rumah cantik lg membahagiakan. tu feeling nk berenti belajar tu .kah kah,,,nk buat projek jahit kusyen,langsir dan segala macam ..oh bahagianya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...