Tuesday, November 17, 2009

Realiti kehidupan


Kehidupan skang berada pada paras mendatar. Nampaknya perlu sedikit suntikan semangat. Nasib baik tak lama lagi dh nk raya. Jadi, boleh balik kampung bersama budak comel. Saya tidak sabar lagi.. Sebenarnya kadang-kadang saya hampir nangis sbb bosan dengan keadaan sekeliling. Kadang-kadang saya mahu berehat sahaja di rumah dan tak nak jumpe sesiapa....hanya saya dan muhammad ashraf(iaitu sicomel saya) saya benci pada ukm (tetiba lak..)

saya telah menghantar seketul tesis saya untuk disemak oleh supervisor saya itu pertama kali adalah pada bulan disember 2008. dan kali kedua setelah beberapa lama disemak, hantar semula, pada april 2009. kemudian.ade beberapa hal penting berlaku..dan setelah kembali dari confinement, saya hantar lagi seketul utk kali ke 3 (setelah ditambah apa supervisor nak) pada oktober 2009. Dan sehingga sekarang masih tidak di cek. supervisor saya kata dia sibuk. sekarang pun dia tiada selama seminggu sbb kursus PTK (naik gaji ke Dr..alahai)..maka sy pergi membawa abstrak saya untuk bertemu mata dengan supervisor kedua, Prof Mahamod (meskipun sy telah hantar kat beliau pada awal julai 2009 sebelum balik bersalin) ..saya sangat tensen tahap gaban..maka bolehkah saya 'quit' master saya..?? saya menyampah dengan semua ini..jd sy berkira-kira mahu pergi ke dunia yang menyenangkan,, di manakah...

Pada ketika ini saya perlu menikmati kehidupan yang sedang dilalui...saya tidak perlu cemas bila semester baru muncul.. Saya buat-buat tidak tahu apa-apa mengenai kaedah menghntar tesis apabila ada byk suara2 mereka yang sibuk ingin menghantar tesis. Saya sedang menikmati kehidupan saya..saya sedang diulit bahagia bersama sicomel kesayangan saya,,,muhammad ashraf..saya tidak peduli lagi...

3 comments:

MamaZen said...

~~ huhu mama ashraf, aku phm situasi ko..kuatkan smangat saya..jgn quit master..teruskan..sekali melangkah jangan pndang semula..huhu..

p/s: ashraf sgt comei..

MamaZen said...

~~** silap..jgn pndang blakang smula..hikhik

sisanizu said...

hai suzen..tolonglah aku...aku sedang menikmati kehidupan yg INDAH..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...