Friday, May 07, 2010

Sorry, blame it on me

Adik sy, Adam dtg subuh td dr Kelantan dan mahu menghadiri temuduga di Seremban. Jd pagi td sy drop dia kat stesen komuter. Pada hari ni, sy rase sedikit bahagia. Sy mahu berehat dan menghayati secebis kehidupan. Sy sudah cuba register dalam ANNALS OF GEOPHYSICS tp xtau nape beberapa kali submit keluar error. Jadi sy malas berfikir secara serius mengenai jurnal yang dr suruh hntar itu. pedulikan buat masa ni. Sy juga sedang tunggu che wah bukak opis kat bawah tu sbb dia ckp ptg ni bules siap check. Sy hntar semalam selepas sy mengacau kesibukan Dr mardina..he he..mintak maaf pak asnawi. Appointment die mungkin ditunda sbb sy telah mengacau. sy xkira desu..Sy juga mahu cepat..yg sy punya dh lama..sila paham situasi ini (ayat piawai).

Saya sedang muhasabah diri..rase bersalah pada diri sendiri. Kadang-kadang sy fikir sy dah silap dan membuang mase sy begitu lama. sedangkan diri sudah tua. Tgk adik sy, baru je habis exam, belum konvo lagi sudah berusaha keras cr kerja. Dan dia sudah konfem masuk kerja minggu depan. ..diam..diam. sy mahu berfikir secara positif:.

Dulu semasa nk exam final year thn 2005, tahu apa yg sy dan kwn sy sibukkan? kitorang servey program2 pascasiswazah kat universiti kat Malaysia ni. sy kirim kat kwn sy yg tgh study kt ukm mintak belikan dan poskan borang memohon masuk program master UKM. sy jugak beli buku program master UTM, dan dalam mase sama sy hantar proposal ke UMP (pada mase itu dikenali sbg KUKTEM) di Pahang.

Tak percaya? he he untuk lebih menmbah keraguan, sy juga pernah mendapat tiga tawaran program master. pertama sekali UMP (manufacturing), kedua dari UTM semarak(network security) dan lastly UKM (under prof mahamod). Mungkin org menyampah dan berasa sy poyo (apada, dah apply biasanya mmgla dpt..bosan..bosan..) entah kenapa hati sy masa tu sgt bersemangat untuk smbung master. bahkan mase sekolah lg sy dh buat sketsa kehidupan sy, apa yg perlu sy capai pada umur sekian2..masuk matrik umur sekian, smbung degree, master, phd..kawen umur sekian..

Pada mase sekarang, sy perlu berpijak pada bumi nyata..sy tidak sekuat dulu lagi..sy hampir rebah kadang2..tp pada mase sama sy perlu sentiasa muhasabah diri. Rezeki org tu lain2..mungkin kita kurang dari segi ini, tp lebih dr org lain dr segi lain..mungkin

Tp mmg benar, sy pernah mendaftar master di UMP (Universiti Malaysia Pahang) saya masih simpan kad matrik sy itu..sy pernah tinggal di asrama sana dan pernah belajar disana tak silap sy dalam sebulan dua..Bagi sy UMP adalah best dan serba canggih manggih.maklumla universiti baru..di saat U lain masih menggunakan kertas untuk memberi sebarang notis pada pelajar (tak kira diploma, degree semua)..tp di sana paperless..setiap pelajar diwajibkan memiliki sebuah laptop (dgn bantuan U) dan memiliki akaun emel universiti yg wajib dipakai kerna segala kerja, notis bagai disampaikan pd emel itu. Setiap pelajar sentiasa smart dan segak dan sentiasa pakai kad matrik. sbb ape? sbb nk enter mane2 building menggunakan access kad itu. every building..termasuk fakulti, library segala..dan mase tu nk pinjam buku segala kat library buat sendiri, touch kan buku itu sekian-sekian.. tak silap sy kt ukm baru je buat cara begitu mase sy dh blajar kat sini..ah apalagi universiti lama sy di sana tu..

Kalau tak percaya sila check, no matrik sy mase blajar di UMP ialah MMM05003 di bawah seliaan Prof Madya Dr Wan Mansor Wan Mohammad.Thn lepas sy hubungi dia dh tukar kat unikl. 2nd sv sy ialah Encik Ariffin setahu sy sedang smbung PHD kat Jepun, rsnya dh balik msia kot. Sy kuar dan mintak tangguh sbb sy xde duit mase tu..dahla xde bukak SLAB ke apa mase tu,post tutor ke apa..so sv taklah halang kami. sy ngn dua lgi rakan lelaki mase tu..

Mase dpt offer yg utm tu, part time kt semarak, dan coursework plak..yuran dia mahal RM7k setahun..sedangkan sy minta research mase tu..kwn sy yg sorang tu dpt kos advanced software engineering, dia pujukla sy register yg utm tu sesama ngn die..sorng lagi amek II interprenur..dorang dh abes lama gila dah blaja..yg sorang tu siap tgh wat PHD kat birmingham sane..hu hu hu...

Sy pon keje cikai2 setahun camtu sebelum register kat UKM.. mase tu sy mengharapkan duit geran utk tanggung belajar. dan boleh plak switch..daripada proposal asal sy bidang IT dan telekomunikasi, nk wat projek ngn prof mahamod tetiba g bincang tajuk lain ngn Dr mardina..sape yg proposed Dr M ini? itulah yg menjd rahsia sehingga kini..ha ha..

Sy dah letih mengenang mase lalu. Sy nk berehat dan berfikir secara optimis. Allah tidak akan menjadikan sesuatu itu secara sia-sia. Pasti ada hikmah disebaliknya..InsyaAllah..







3 comments:

Anonymous said...

ye..betul.it's useless to look back on yesterdays...yg pentingnye,ape yg kita mampu lakukan pada hari ini utk ms depan kita.Past is past.Saya pun bila ade mslh slalu memandang ke belakang..padahal itu yg buat lg down.Lebih baik terus memandang ke hadapan..jgn toleh2 lagi.No regrets.Mungkin Dia nak kita belajar sesuatu yang bermakna..

Mawar said...

sis,..im proud of u,..:)

sisanizu said...

terima kasih kengkawan berdua. Kejayaan kamu menjadi inspirasi pd sy.go go!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...