Monday, June 28, 2010

Skuad samba BRAZIL

Laluan skuad ini semakin cerah. Dalam pertemuan kalah mati di pusingan kedua Brazil melawan Chile pagi tadi menang lagi malah sgt cemerlang. setakat ini rekod Brazil masih belum kalah. cuma draw 0-0 melawan portugal. Saya yakin ini bukanlah sebab kehebatan skuad Portugal, bukan sebab christiano ronaldo tp sbb dalam match kali itu..ramai pemain utama Brazil tidak diturunkan. Elano cedera. Fellipe melo pon. Kaka plak tak dapat main sbb dpt dua kali kad kuning a.k.a kad merah. sumernya berlaku ketika perlawanan dgn team Drogba iaitu ivory coast. Mereka agak ganas. Saya yakin laluan portugal tidaklah secemerlang Brazil. Sy harap Portugal kalah dalam pertemuan dgn spain. Saya tahu spain ade ramai pemain kelab yg bagus tp setakat ni spain belum benar2 menonjolkan kualiti mereka.. he he (kita tunggu dan lihat prestasi team kegemaran ct aminah itu). Mari kita lihat laluan Brazil setakat ini. Saya belum pernah miss satu pun perlawanan yg libatkan Brazil..

Brazil3:0Chile

Portugal0:0Brazil
Brazil3:1Côte d’Ivoire

Brazil2:1North Korea


Dan Brazil menang dalam game kalah mati ke atas Chile. Memang sudah dijangkakan terutama setelah Kaka dah turun. best. Elano masih cedera. sy suka gaya kaka pabila berjaya menyorong bola dan digolkan rakan sepasukan. berlari smbil mengadap bahu ke bahu antara satu sama lain..he he lebih lebih pulak saya kan..

Brazil dah boleh masuk suku akhir dan akan bertemu dgn Belanda yang menang semalam ke atas slovakia..(actually sy rase mcm pelik sikit bila Belanda disebut sebagai Netherland. (di manakah patrick kluivert..^_^) Dulu belanda disebut sebagai Holland dalam world cup..lantak korangla).

Saya dah puas hati apabila England dah tersingkir. Saya teringat muka berlagak david beckham England, sama riaknya dgn christiano ronaldo Portugal..he he..trust me. i really dun like..sy sakit hati melihat kekalahan korea utara oleh portugal. Bagi sy Team korea utara sgt bersemangat ketika perlawanan awl dorang terutama mase lawan Brazil, tp dah down mase perlawanan ngn portugal..down dan terus down ..dibelasah 0-7..hu hu..sy bukan anti portugal. sy suka Luis figo..jaguh bola sepak mereka ketika dahulu kala..bukan player2 skang..

gambar selingan: Ini dia Kaka (10) dan Luis Fabiano (9)

Dulu pemilik jersi ini adalah rivaldo (10), ronaldo (9)..ronaldinho plak jersi (11),, digelar 3-R

Saya teringat mase sy tahun 1 di KUSTEM. dalam dewan kuliah maths kot..ade seorang awek itu sedang membelek surat khabar lalu melihat gambar pemain brazil dulu iaitu Ronaldo (pemilik jersi no.9 itu)..

awek itu:" aku heranla..knape ramai org minat ronaldo ni.. tak hensem pun.. hensem jauh david beckham"

Sy memang tergelak mase tu. ha hah..adekah org begini..? org minat skill die bukan paras rupa. merepek sungguh. patutla sy ade terbaca dalam ruangan surat khabar tempoh hari kononnya die melepak kat kedai penuh dgn minah seksi layan bola baru2 ni,,tp terjerit2 mcm histeria bila christiano ronaldo bawak bola..ceh...

nota kaki: umi sy yg tak layan bola, tp beliau kenal messi. ha ha..apakah

2 comments:

amie said...

ye lah ye lah.skuad samba pujaan hang mmg mantap.semantap argentina saya jugak.tp spain kesayangan saya tu takleh nak kata apa.lawan portugal pagi tadi 1-0 je.yg plg sedih japan vs paraguay..benci penalti.siti sarah, kaka itu mmg mantap.di tambah dgn eleanor(betul ke tak) n robinho dan penjaga gol yg mantap, cesar(kan?), insyaAllah kita bertemu di final..saya suka world cup.tp saya tak suka beckham.kawan sy ms form 3 world cup 1998 tu minat owen.owen cedera menangis kat seharian kat kelas.nk je sy lempang.hahaha.

sisanizu said...

ceh.minat owen sy boleh terima lagi..sbb sy suke owen lagi dr beckham yg terlebih publisiti tu..

ct aminah.tahniah to spain sbb tolong singkirkan portugal..yey!!i loike~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...