Sunday, June 06, 2010

World Cup 2010: Siapa pasukan pilihan anda

Bercakap pasal Piala dunia....dah dekat weiiiiiiii..rase bedebar gile... dah lama tunggu. dah lama tak rase keseronokan menontonnya. Saya tak puas hati sebenarnya (sbb setiap kali piala dunia sy mcm mengharap sgt pasukan samba jadi juara). Saya mula menonton piala dunia secara bersungguh2 sejak tahun 1998 iaitu mase tingkatan 3. Mase tu bengang sangat Brazil kalah ngn Perancis. Dr segi permainan, saya rase Brazil lebih layak. Dan sy suka sgt mase Brazil menang tahun 2002. Best gile..mase tu sy igt sy masih dalam minggu orientasi kat Universiti dulu..disebabkan byk tournament waktu siang Malaysia (sbb wolrd cup kat KOrea) dan mase tu plak sy masih igt sy ponteng beberapa sesi orientasi ngn senior IT sbb nk tgk bola. Pastu kene marah. Pelikla abg2 senior tu takkan tak layan world cup. he he mungkin sbb rase tanggungjwb dorang tak tgk bola sedangkan juniornya pulak ade yg monteng..mana tak marah desu..Team yang paling saya tak suka ialah Perancis dan England (saya anti david beckham). Saya tak suka juga org yg minat team England. Saya tahu kedua2 team ini juga kuat dan ramai peminatnya., sebab tu sy tak suka lihat team ini menang..wakaka..apekah..? David beckham yg dikatakan hebat itu sebnarnya hero sepakan penalti je..he he..hello, beckham dah tak main. so bolehkah menyokong sekarang? tidak..tidak..

Pada tahun 2006 sy sibuk menontonnya di rumah pakcik sy kat sentul mase tu..dan akhirnya kapten pasukan Itali Cannavaro menjulang piala berprestij itu. Setelah beberapa tahun, sy yakin pada tahun 2010 ini kebanyakan pemain kesebelasan utama terdiri daripada org muda2..pemain lama dah tak main lagi mcm pemain2 kesukaan sy mcm ronaldo, bebeto bagio, rivaldo sumer geng veteren dos..dan tahun ni kita dah tak bleh jangka dah team mane yg improve. Tambah2 plak sy jenis yang kurang berminat ikut perlawanan kelab2..

Tp saya tetap yakin dengan team brazil walaupun byk pemain hebat dah bersara macma cafu, emerson, juninho, dida (oh sedihnye..) Saya sentiasa nk tahu sapekah pemain kesebelasan utama itu bagi wolrd cup 2010, khabarnya Dunga(Brazilian coach) akan turunkan mereka ini desu..di manakah ronaldinho sayaaaaaaaa..apekah..


penjaga gol:
Julio Cesar (Internazionale Milan)
Gomes (Tottenham)
Doni (Roma)

Wings:
Maicon (Internazionale Milan)
Daniel Alves (Barcelona)
Gilberto (Cruzeiro)
Michel Bastos (Lyon)

Defense:
Lucio (Internazionale Milan)
Juan (Roma)
Luisão (Benfica)
Thiago Silva (Milan)

Midfielders:
Gilberto Silva (Panathinaikos)
Felipe Melo (Juventus)
Josué (Wolfsburg)
Kleberson (Flamengo)
Elano (Galatasaray)
Ramires (Benfica)
Kaká (Real Madrid)
Julio Baptista (Roma)

Forward:
Luís Fabiano (Sevilla)
Robinho (Santos)
Nilmar (Villarreal)
Grafite (Wolfsburg

Tp team2 pilihan seperti portugal, jerman, itali, argentina, denmark jugak bagus..tp sebagai org asia, sy juga perlu menyokong team korea dan jepun. Malangnya Malaysia masih sibuk mengenang sejarah. Boleh tak sy kurang suka dgn iklan2 yg mcm flashback2 kehebatan malaysia ms jaman dulu2 (contohnya james wong menyumbat gol yang dalam gambar kaler itam putis). he he..

Ini pula perlawanan ikut group. Seperti biasa kita boleh katakan Group G adalah group maut yang terdiri daripada Brazil, Portugal, Korea dan Ivory Coast. Sumer hebat. Kalau mcm pemain Jerman, sy suka sikap low profile miroslav klose dan semangat ballack. Bg Portugal, sume org mcm nmpak cristiano ronaldo jers.meletak harapan tinggi pada die..padahal masih ade luis figo segala..

Group A
Group B
Group C
Group D
Group E
Group F
Group G
Group H
FRA
ARG
ALG
AUS
CMR
ITA
BRA
CHI
MEX
GRE
ENG
GER
DEN
NZL
CIV
HON
RSA
KOR
SVN
GHA
JPN
PAR
PRK
ESP
URU
NGA
USA
SRB
NED
SVK
POR
SUI

Sila bertenang sumer...Demam piala dunia akan bermula tidak lama lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..Saya harap dpt menghayatinya dengan aman..walaupun dengan Muhammad Ashraf :p

2 comments:

Suliana said...

salam singgah sis :-)

minat bola ke?? saya tak minat tapi hasben saya mmg suka bola..ikhlas cakap, ashraff comel, teringat kat aqil :-)

sisanizu said...

wassalam Su,
thanks singgah. Suka bola tp tak tahu bleh stay sejauh mane world cup kali ni (dh bekeluarga nih mungkin jadual dh xsama jaman muda belia)

Ashraf cumil ek..(sukanya!), aqil pun charming gitu..sbb tu nk ikut citer perkembangan dia..i loike

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...