Tuesday, August 10, 2010

My lappy dah okey

Semalam sy donlod dan install Ad-Aware. lama juga proses install ditambah ngn laptop yg dh jd slow. Sy nk share kat sini kalau ade kengkawan yg nak donlod secara free (tak kuasa nk bayar kan..? ho ho) Silalah klik -->ini. Pastu scanla pc anda menggunakan remover tersebut seperti ini. (ops saje nk tunjuk paras rupa desktop kan..he he..)


Selepas menscan, maka terjumpalah beratus2 kuman kecik ini, ditangkap dan pembunuhan berlaku secara berleluasa. Kemudian sy pon restart pc. Tetiba masih ade seketul kuman agak degil muncul mase boot masuk windows. Ia muncul dgn cara begini..eh tak amik gmbar mase tu.. dia tulis begini :csrcs.exe not found. dia keluar secara tekejut di depan mata anda seperti mesej warning! maka ketahuilah ia merupakan seketul Trojan W32.Spybot-EI. Maka sy cuba cari prosesnya dlm windows task manager dgn cara tekan secara serentak ctrl-alt-delete. tak jumpa! bila kuarkan hidden file pun tak kelihatan dalam c/windows/system32.

Anda boleh cari dia di sini. sila klik kat butang start->run. taip regedit. pastu sila cari HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\WindowsNT\CurrentVersion\Winlogon. anda akan nmpak ade value dalam tu nama Shell ...explorer.exe csrcs.exe. Silalah delete value ini. pastu tutup segala. restart. siap. InsyaAllah laptop anda akan sihat sepenuhnya. Guna kaedah sama untuk kuman2 yg bersembunyi disebalik nama file perlaksanaan (.exe is execute) cuma kene cari nama value dia.

Alhamdulillah dah ok.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...