Tuesday, August 17, 2010

Viva master

Sebut pasal ni. rase mcm marah pun ade. sedih pun ade. nk gelak dulu hahahaha..bertahun sy amik mase utk menulis tesis. seingat sy, sy dah start menulis mase sy sebelum kahwin hari tu. sebelum sy pegi kursus BTN bg penerima biasiswa NSF selama 2 minggu itu. mase tu Mei 2008. Sy cuba mengingat kronologinya:

Dalam pada sibuk konferen, at last dalam disember 2008 sy dah hntar full draf iaitu seketul tesis. pastu cek baiki cek baiki ..akhirnya draf entah ke7 atau ke 8 sy hntar akhirnya pada Disember 2009 (setelah Dr M suruh tmbah result byk-byk dan kene run run beberapa program lagi dan lagi..).

Then pada awal Mei 2010 sy dh siap hntar 7 ketul tesis draf akhir ke fakulti, PPS segala. UKM dah buat rule yg cuba memastikan pelajar dpt viva dlm mase 2 bulan selepas menghantar tesis. sy tunggu dan tungu dan tunggu..

Tetiba che wah bagitahu tarikh kasar sy viva dalah 7 Sept 2010. (iaitu 2 hari seblom raye) .Lg menyedihkan rakan2 seperjuangan viva terlebih dahulu daripada sy walaupun sy hntar tesis lebih awl....sy tak dpt lari drpada perasaan sedih. sedih tau..hu hu..sy cuba menenangkan hati. Mungkin ada hikmah besar yg sy tak tahu..insyaAllah..

Walaupun diberitakan viva pada 7 Sept tp sy belum dapat hitam putih..dan kata che wah lagi mungkin sebetulnya lepas raya baru sy viva..hu hu..sedih lagi.. semuanya bergantung pada external examiner. Lambat feedback beliau lambatlah viva kita..external sy adalah Dr X daripada UTM Skudai. Hmm borang ringkasan biodata diri pemeriksa luar pun sy yg isikan utk dihantar pada fakulti. Semua Dr M suruh buat sendiri..

Dr X beri maklumat tidak cukup serta tidak update publication terbaru beliau. Tgk yg jurnal pun yg tahun 2000 ke bawah..sape nk layan..UKM ade demand tersendiri terutama fakulti kejuruteraan nih..mau nye dirijek sebagai pemeriksa luar dikatakan tak layak plaks...Maklumlah..pensyarah kan sentiasa sibuk mane sempat nk update CV ni okey..(bukan mcm kamu) dan mungkin jugak yg hantar emel tu cuma PA dia atau RA dia yg buat CV tu..ho ho..sy cuba search nama beliau ..google di sana sini..sy cari nama2 yg selalu join venture dalam jurnal dan paper conference beliau..dan jumpalah beberapa ketul jurnal Dr X yang tak di update dlm CV yg beliau beri itu..take time tau nk wat sumer tu..

Dan sekarang sy cuma berdoa semoga dipermudahkan Allah utk menghadapi hari 'besar' itu..dah tak peduli hal lain..kau nk konvo bila pun dah malas nk layan..sy berharap utk berada pada tahap kesihatan maksima pada hari tu. mudah mudahan..Ya Allah, bantulah diriku..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...