Tuesday, June 14, 2011

Niat yang ikhlas dan senyuman yang tulus

Segala perbuatan kita perlulah disertai dgn niat yang ikhlas. Seperti sabda Rasulullah,"Sesungguhnya setiap perbuatan itu adalah dengan niat dan sesungguhnya bagi setiap manusia itu(balasan)apa yang telah diniatkan."(Riwayat Muslim). Apabila kita buat sesuatu dgn seikhlas hati, secara naturalnya akan mengeluarkan tenaga dalaman positif yang mana akan terpancar melalui getaran atau gelombang (brain waves) yang hanya dapat dirasai dengan gerak hati atau intuisi. Dan wajah orang yg positif akan dirasakan menarik, bersih, lembut, manis dan sebagainya. Jadi apabila melakukan kerja yang memerlukan kita berurusan dengan orang lain, sentiasa tajdidkan niat (perbaharui niat), berlapang dada, berfikiran positif..dan sentiasa senyum dan cuba menghormati orang lain dan yg paling penting ikhlaskan hati...insyallah,orang tu akan respon dan dengan baik terhadap kita malah org yg berurusan dgn kita itu mungkin berasa seronok, tenang dan mungkin akan mendoakan kita supaya murah rezeki dan memperoleh perkara yg baik-baik saja..bukanlah kita berharap begitu, tp cuba bayangkan kita di tempat org tersebut..

Senyuman yg tulus ikhlas dapat menghangatkan jiwa yang menerimanya..senyuman yg diniatkan kerana Allah akan dikira sebagai ibadah disamping dapat menceriakan dan memaniskan penampilan kita. Sabda Rasulullah,"Janganlah kamu memandang remeh terhadap segala kebaikan, walaupun hanya sekadar kamu berjumpa dengan saudaramu dengan wajah yang ceria."(Riwayat Muslim). Keceriaan merupakan anugerah daripada Allah dan berpunca daripada lubuk hati yg suci dan bersih...kalau kita sendiripun lebih suka melihat wajah orang yng sentiasa senyum dan ceria..daripada wajah yg masam mencuka dan kelat..seperti tidak sudi berurusan dgn kita, apalagi bersikap acuh tidak acuh seolah-olah org yg berurusan dgn kita tersebut sedang meminta sedekah dgn kita. "Dan ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia"[surah al-Baqarah:38] Kita sebagai manusia biasa senang dengan kata-kata pujian atau penghargaan..amat penting untuk dipratikkan apabila bergelar pemimpin, ketua, suami, bapa dan semua golongan. Mungkin rezeki kita lebih baik daripada org lain, justeru kita perlulah bersyukur dgn apa yang Allah beri, cuba kita bayangkan org-org yg nasibnya tidak sebaik yg kita ada. Sesungguhnya menggembirakan org lain yg kurang bernasib baik sekadar yg mampu, ikhlaskanlah hati..kerana kita tidak tahu selama mana Allah memberi kita kedudukan yang baik. Rezeki yg kita perolehi adalah milik Allah.

Jika kita memberi kebaikan,kita juga akan memperoleh pulangan yang sama iaitu kebaikan.Yg paling penting bersangka baik dan berlapang dada, buat kerja kerana Allah, dengan penuh kecintaan dan dibajai keikhlasan.

Sekian, peringatan untuk diri sendiri. Semoga Allah murahkan rezeki kita semua dan mempermudahkan segala urusan kita di dunia dan akhirat. Amin.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...