Wednesday, July 27, 2011

Harimau Malaya VS Singapore Lions


DEBARAN semakin kencang..aduh..tolonglah menang bergaya..Malaysia perlukan paling koman pun nak 2-0 kan utk samakan agregat dgn Singapore yg menang 5-3 hari tu. Sy harap Malaysia boleh menang lebih gol..okey..please please...Semoga semangat kali ini lebih membara. Tempoh hari dgr2 khabar angin rajagobal nk kekalkan pemain yg sebelum ni ,,cuma masukkan beberapa pemain menggantikan yg tak leh main..tp ura2 terbaru kata Khairul Fahmi yg dipilih jd penjaga gawang menggantikan Sharbinee. buat yg terbaik ya Fahmi desu...kali ni Aidil Zafuan dimasukkan sbg Defender dan Safee Sali sbg Striker. Gud Luck!!!!


PEMAIN TUMPUAN

MOHD SAFEE SALI
POSISI: PENYERANG
Selepas ketinggalan dengan defisit 2 gol, maka harapan tinggi terletak di bahu Safee Sali untuk menggegar gawang lawan. Ketajamannya penyudahnya tidak boleh lagi diragui dengan empat gol dalam dua perlawanan. Semangat juangnya yang tinggi membuka peluang Malaysia memiliki peluang untuk bangkit daripada keputusan perlawanan pertama.

KHAIRUL FAHMI CHE MAT
POSISI: PENJAGA GOL
Khairul Fahmi dijangka kembali akan membarisi skuad utama bagi perlawanan timbal-balik menentang pasukan Kota Singa. Refleksi dan lonjakannya menyambut bola tinggi adalah satu kelebihan sementara apa yang lebih mustahak ialah komunikasinya dengan pemain pertahanan lebih baik berbanding pesaingnya yang lain.

AIDIL ZAFUAN ABDUL RAZAK
POSISI: PERTAHANAN TENGAH
Ketiadaannya jelas begitu dirasai selepas pertahanan negara mudah diperkotak-katikkan sebelum ini. Cukup kental sebagai pertahanan tengah dengan mengekang pergerakan lawan, corak agresif dan kebolehannya membaca perlawanan dengan baik mampu membantu negara untuk mematahkan serangan lawan. Aidil juga berkemampuan meledakkan rembatan kencang dalam situasi sepakan percuma selepas ketiadaan mastermind Safiq Rahim.

S. KUNANLAN
POSISI: PEMAIN SAYAP
Sama ada diletakkan di sayap kiri atau kanan, tiada masalah buat S. Kunanlan. Kelincahannya menyebabkan Malaysia kembali bernyawa untuk permainan menjadi 10 lawan 10 selepas Ismail Yunos dipersalahkan kerana mengasarinya dalam perlawanan terdahulu. Selepas meraih pujian beberapa jurulatih luar sebelum ini, Kunanlan akan terus dipertaruhkan Datuk K. Rajagobal dan rating persembahannya pasti lebih baik andai sentuhan penyudahnya lebih tajam.

ISMAIL FARUQI
POSISI: PEMAIN TENGAH
Pilihan kelima bagi pemain yang bakal menjadi tumpuan kali ini jatuh kepada perancang Terengganu, Ismail Faruqi. Kehadirannya di tengah kali ini cukup penting dan kerana itu dia telah mengetepikan Amirulhadi Zainal dalam pilihan kali ini. Sama ada bersedia atau tidak, Ismail Faruqi bakal menjadi pilihan utama sebagai arkitek di tengah padang bagi menampung kehilangan kapten pasukan, Safiq Rahim.

Go Harimau Malaya.. please...mana tahukan tetiba Malaysia layak masuk Piala Dunia (hu hu..) tak payahla sy minat pasukan Brazil lagi..ha haha..aigo aigo..

8 comments:

syuhaila binti mustafa said...

mantap lh akak.. lps neh leh jd pengulas bola sepak.. :P

Fizah said...

adeh..kalahla kak. tensen we all tgk actor2 sgpore ni. buang masa tul. nasibla apek best! bersungguh2 dia tahan bola..dari teknik, skill dan mental jauh lagi msia dari piala dunia nampaknya. setelkan mental dulu kut. inside-out..izinkan Pakatan Rakyat memerintah, kita tgk ada improvement tak? (eh ada kaitan ke) (eh..ada..mesti ada...hehe)

:D

sisanizu said...

sy rasa kalau pemain best mcm idlan talaha ngn syafiq rahim ade..mesti ok sikit. tp dah ok sebnarnya game mlm td..cuma spoil mase lawan kat singapore hari tu la..sy tak puah hati benar ngn sharbinee masa tu..kalau kita main ok masa kat singapore hari tu mesti tak tertekan nk kejar agreget 2 gol yg ketinggalan tu..serabut tetiba...ha ha...tp MALAYSIA memang mantaplah. kita main sendiri bukan import pemain luar. sy bangga ..bangga..singapoe harapkan alexander durix, qiu li ngn shu jiayi sume pemain luar yg diberi kerakyatan. tak bangga langsung.pemain indonesia masa AFF suzuki dulu pun harapkan pemain import je.. papen Malaysia best.gogo..

sisanizu said...

ela,,pengulas bola sepak serahkan pada hasbullah Awang..memang terbaik..hehehe

Fizah said...

aksi feveret sy: libasan berganda safee ngn amirul hadi..hehe sehati sejiwe katenye :P

sisanizu said...

baiklah. mereka antara pemain emas kita..jom kita sokong olimpik pulak pasni..september nnt...piala dunia tunggu beberapa tahun lagi ..T_T

amie said...

kita ada pemain dan pelapis yang berpotensi.cuma rajagobal patut memikirkan strategi yang baik setiap perlawanan.jangan main pilih pemain berdasarkan satu2 aksi sahaja.spt sharbinee alawi mantap time lawan liverpool terus pilih.mana boleh!dan ketiadaan safiq rahim, pakar sepakan percuma kita jelas terasa..saya dah rasa kita susah nk menang lawan singapore perlawanan kedua ni sbb silap kita bagi dia sumbat 5 berbalas 3.kalau kita kekal 4-3, insyaAllah, brazil bukan lagi dihati sarah.hahahahahahahaha.
saya rasa kalau tak dpt olimpik, top three piala asia sudah memadai bagi siti aminah..HARIMAU MALAYA TETAP DI HATI

sisanizu said...

semoga rajagobal lebih rasional pilih pemain lepas ni..jgn hukum pemain sbb dia tak perform perlawanan sebelumnya..patut tgk prestasi keseluruhan la kan ct aminah...adakah beliau ego? ho ho ha ha...ismail faruqi yg dia masukkan tu pom takde fungsi pada mlm itu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...