Wednesday, October 19, 2011

Sakit gigi semasa hamil


Kehamilan kedua ni, dah dua kali sy sakit gigi..pertama berlaku mase pregnant 2 bulan..dlm 7,8 minggu camtu. Gigi yg sebelum ni tak penah sakit tetiba lak sakit..berusaha la sy menahannya..mlm2 gigit bunga cengkih.. lama2 lepas 2-3 minggu kot rasenye rasa sakit tu hilang sendiri..Saya dh agak mesti sakit gigi tu berpunca dr pregnant la kan..baby tarik kalsium badan kita...mase ngndung Ashraf dulu tak penah sakit gigi..saya tahu puncanya...

Ini petikan dari majalah Pa& Ma:

Merancang Bayi Kedua, Bila Masa Yang Sesuai?

Tempoh dua tahun adalah tempoh masa paling ideal bagi seseorang wanita untuk mula memikirkan tentang kehamilan sekali lagi. Hal ini berikutan tempoh berkenaan memadai untuk tubuhnya kembali pulih daripada segala kekurangan yang dialami seperti zat besi, kalsium dan sebagainya.

Perlu anda maklum, kehamilan sebelum tempoh dua tahun memungkinkan anda menghadapi pelbagai masalah seperti anemia, sakit belakang, gigi cepat rosak dan lain-lain lagi. Hal ini bakal terjadi kerana tubuh belum bersedia daripada segi fizikal dan mental untuk menghadapi satu lagi kandungan.

Malah, anak pertama mungkin masih kecil dan/atau menyusu susu ibu. Apabila hamil lagi, anda perlu menguruskan dia. Pada masa yang sama perlu membahagikan kudrat yang ada untuk tanggung jawab terhadap suami, rumah tangga, kerjaya dan lain-lain hal. Ini termasuklah menjaga kandungan dengan sebaik-baiknya. Sekiranya, anak itu berusia 2 tahun ke atas, sudah tentu dia sudah bercerai susu dan lebih berdikari. Jadi, bebanan yang anda perlu tanggung tidak begitu berat jika hamil lagi.

Walau bagaimanapun, jika ditakdirkan anda hamil awal daripada tempoh yang disarankan, langkah penting untuk anda lakukan ialah memastikan paras Hb mencukupi. Sama juga halnya dengan kalsium. Antara lain, lakukan pemeriksaan gigi dan sentiasa menjaga postur badan. Hal ini amat mustahak untuk diteliti agar dapat mengelakkan sebarang komplikasi yang mungkin boleh terjadi semasa hamil.

*************************************************

Dua malam lepas sy sakit gigi lg..ok gigi sama..dlm beberapa minggu sebelum tu sy perasan yg gigi geraham sy tu tetiba jd kurang kuat ke camane tah..dia hilang sikit demi sedikit,,tinggal separuh je (ngeri pulak bunyinyer..;p) hilang kat mana tak perasan, mungkin ke sy tertelan masa mkn kekacang (OMG)..dia tercabut sikit2..sekang dh jd mcm berlubang kat bahagian tengah..pastu mlm semalam memang sakit giler..ngilu smpai kat kepala...segala kerja tak bleh buat..

Sepanjang pengetahuan sy, kalau dh masuk trimester kedua dh boleh cabut gigi. yg tak boleh mase masih dlm trimester pertama sbb ubat bius yg diguna boleh menjejaskan baby..jd sy skang dah almost 7 bulan,,terus pg semalam sy g klinik gigi..semalam dh mcm kurang sakitnye..tp ngilu2 ade lagi sikit..bila jumpa dr, Dr bg ubat antibiotik dulu. kene abiskan dlm masa 5 hari..menurut Dr, gigi geraham sy tu tak dpt diselamatkan lg, memang dinasihatkan cabutlah (dh gigi tinggal separuh pastu berlubang kat tgh lak tu..bukan lubang gigi..tp memang kt tgh tu dh boleh jumpa gusi...heran kan...haha..dia mcm jd terowong kat tgh tu..) ni lah ubat antibiotik nye..insyaAllah selamat diambil oleh ibu hamil..so lepas abis makan ubat ni baru leh g cabut.

So kepada bakal-bakal ibu, rancang betul2 kehamilan anda, sila cukupkan mana vitamin yg kurang dlm badan sebelum pregnant ....tambah2 yg nk preggy balik sedangkan masih nyusu badan anakanda yg sebelumnya..

2 comments:

Suliana said...

aish.. takutnya nak cabut gigi.. huhu.. dah lama tak cek gigi, last cek 2 tahun sudah.. :-)

sisanizu said...

he he..tu ah Su..sy pun dh lama tak cabut gigi camane tah nnt..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...