Sunday, December 19, 2010

Panduan pelajar siswazah UKM engineering yg mahu hantar tesis

Saya terdorong buat entry ini sementara sy masih igt. Kerana baru2 ini ade seorang rakan menelefon bertanya prosesnya...hu hu sy cuba membantu seberapa boleh kerana masa itu Muhammad Ashraf sudah tidak betah duduk diam dalam kereta..sehingga suara yg menelefon bertanya sy itu tenggelam timbul jadinya..sudahnya, sy fikir agak2 faham tak ape yg diriku ckp tadi.isyk isyk..jadi sy stat dari mula.

Proses 1: Hantar abstrak tesis.

-isi borang (notis serah abstrak)
-amik tndatangan penyelia2
-amik tandatangan ketua jabatan (ketika ni perlu serahkan abstrak dalam bahasa melayu dan bahasa inggeris)-perlu masa beberapa hari utk dipulangkan borang tersebut.
-dh dpt borang, pegi hntar pulak kat fakulti kejuruteraan bersama abstrak yg telah dipersetujui semua tadi.
-beberapa lama kemudian boleh dpt surat dr fakulti suruh hntar tesis dalam mase 3 bulan dr tarikh serahan abstrak. Ini memerlukan mase mungkin berbulan jugak sbb kene tunggu meeting jabatan dan fakulti (yg diadakan jarang2 sekali) bg dorang menghentam keromo abstrak tersebut dihadapan penyelia anda.

Proses 2: Hantar tesis utk disemak.

-isi borang (notis serah tesis)
-dalam tu ade beberapa kolum perlu dptkan tndatgn seperti biasa, drpd. penyelia2.
-pastu ketua jabatan lagi (rasenya..ha ha)
-pastu kene setel dgn bendahari. Setelah bayaran bg menyemak tesis dilakukan (iaitu RM1300) kalau ditaja, Bendahari akan check. Yg penting dptkan cop drpd bendahari.
-barulah boleh proceed utk disemak oleh fakulti (peringatan:print seketul je dulu tesis)..kadang2 fakulti suruh check format dgn peg.sains kat jabatan dulu.
-bila dah lepas format ngn fakulti, che wah akan kuarkan arahan utk print tesis sebanyak beberapa ketul kaler..berapa ketul yg biasa. print secara gelung biasa2 je (utk dihntar kepada para examiner dlm dan luar universiti), pada penyelia, pengerusi mjlis mase viva ni dsbnya..(ni fakulti yg edarkan)
-tunggu dan boleh keep asking fakulti bila tarikh viva dan bila boleh dpt surat viva. Sy dulu menunggu viva lama jugak dalam 4-5 bulan.

Proses 3: Menghadapi viva.

-akan diberitahu lulus dgn tahap apa. tahap gaban ke..tahap cipan ke,,tahap cap ayam ke..(he he he..). Sesetengah org tak tahu pasal ni even dh viva. Contohnya encik X yg dah balik bangladesh..(..syhh)..bila tanya dia mcm tak tahu kewududan tahap2 ni..(walaupun bg sy & semua org..asalkan hidup jer/lulus dh cukup lega ..)

A-lulus cemerlang (diberi mase utk lakukan pembetulan sebulan).
B-lulus dgn minor correction (diberi mase lakukan pembetulan 3 bulan)
C-lulus dgn major correction (..6bulan)

*selitan:che wah dari fakulti akan kuarkan surat menyatakan perlu buat pembetulan sekian2 berserta laporan oleh internal dan external examiner. Jadi, pembetulan perlu merujuk pada laporan2 ini. tesis yg diconteng2 oleh mereka juga diserahkan kepada anda.

Proses 4: Hntar tesis yg dijilid (sudah siap pembetulan)

-Isi borang lagi. ade 3 kaler..biru, merah dan putih.
-*selitan:lepas siap pembetulan, perlu dptkan tandatgn bukti dicheck dan telah puas hati oleh internal examiner. (kalau beliau tak puas hati,kene baiki lagi seperti kisah ct aminah ^_*)
-mula2 isi borang biru, checkkan format ngn fakulti lagi sekali (utk dptkan tndatgn kelulusan drpd fakulti) perlu mase beberapa hari bergantung pada situasi dan keadaan penolong pendaftar.
-setelah fakulti dh setuju kene call PPS utk buat appoinment check format ngn dorang. Dorang akan bagi tarikh sekian2 utk dtg jumpe encik sape2 utk duduk berbincang dan membelek tesis helaian demi helaian. Kalau ramai, termasuk dr fakulti lain2, kita kene beratur dalam bilik meeting kat PPS. Ade tesis tebal mcm buku kreisyzeig tu pun ade..ade tesis org yg nipis..(ha ha nk cerita jugek)
-Bila PPS dh puas hati dg format tesis kita, barulah beliau sign sebagai setuju utk dijilidkan. Dan request nk berapa ketul.
-So boleh pegi jilid dgn gembira tahap gaban.
-Dalam pada tu, bolehla isi borang biru dan putih. Ini termasuk mendapatkan tndatgn penyelia2, ketua jabatan dan lastly fakulti (mase hntar ke fakulti bersama2 dgn tesis yg dijilid)
-Sekian. ...tamatlah sudah cerita ini. Panjang rupenye proses ni..patutlah lama proses nk grad ni..

*Berharap dpt membantu rakan2 sy yg comel2 dan xhensem diluar sana yerk..

6 comments:

amie said...

anda tertinggal satu.selepas viva, kalau bagi yg kena buat correction, kene tunjuk kat internal examiner dulu, dan amek tandtangan beliau..ada borang disediakan oleh che wah..hahahaha...itulah panjang ropenya proses itu..patutlah bertahung2.dok campur supervisor suruh tambah itu tambah ini segala bagai lagi.yg penting sudah siap desu.fewit

Fizah said...

sy baru baca belogs..very gud info..tapi adehhh serabutnya proses dia..brp byk kali daa nak kena amek tandatangan..huuuuuhuuu

p/s sylah tu org misteri yg call ketika ahsraf dah mula nak meragam kan..ehhehe...

sisanizu said...

amie: ha'ahla..nnt sy tmbah sikit pasal tu..lupe lak sebab byk sgt kan prosesnye..smpai mkcik dah pening..adoyai

fizah: he he..mungkin..sy cuba ni nk igt balik..bila fizah tanya lg mase dtg semalam tetiba mcm dok teringat2 semula..rasenye betul jugak pasai check format dulu ngn fakulti,,pastu bila dh bayar ngn bendahari baru fakulti proceed untk hntar 7 salinan pada external bagai..hu hu.pening..pening

Anonymous said...

~~ heee...pernah laluinye...sgt stresss....huhuhu

nass_sare said...

Terima kasih kerana berkongsi

Raihamal Arawi said...

Panduan yang sangat membantu untuk dikongsi dan manfaat bersama =) ..

Good Job!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...