Saturday, June 25, 2011

PENANG Part1


Saya masih di Penang sejak hari Selasa lepas. Setelah berhempas pulas dan mengatur barisan ayat beberapa hari untuk mintak cuti dgn Bos, betapa seronoknya dpt pelepasan.. Sudah lama sgt sy tidak turun Penang. Dulu sy belajar kat Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP) tahun 2001 selama setahun. Pastu mase tahun 2006 pernah turun sekali sebab urusan kerja. Itulah kali terakhir sy menjejakkan kaki ke bumi kelahiran anak2 mami Malaysia ni..he he..kat sini byk betulkan anak mami..meriah sungguh..(tetiba cite pasal anak mami).

Saya datang sini sebab ikut suami ada urusan kerja (memang meloncat rianglah kalau tiap kali en suami ada kerja kat luar ;p). Dia salah sorang lekcere yg bertanggungjwb memantau student2 beliau dtg ke pertandingan kat USM. Projek2 final year students. Saya adalah pergi USM jap tgk hasil kerja pelajar dari pelbagai Universiti...memang advance sumer..

Kat sini saya tinggal kat Hotel Krystal Suites, tak jauh sgt la dr USM yang kat pulau tu. Hotel ni terletak di Bayan Baru. Duk kat sini asyik tgk kapal terbang lalu lalang siang malam. Sebab dekat jer dgn Airport Bayan Lepas. Overall best lah hotel ni (lagi best bila ditaja je duduk lama2 kan..ho ho ). Ni view dalam hotel:


Saya bersiaran pun pakai tenet kat hotel ni. Dah 4 hari kat sini, baru nk berblog. Maklumlah tuan rumah sibuk, tidak berapa nk sihat, sibuk layan anak dan sebagainya..(ha ha alasan..). Dr M pun ade je hantar keje untuk sy wat cari penilai2 untuk jurnalla..list down jurnal bagus beserta impact factor bagai..adeh...suruh arrage meeting untuk student postgradlah dsb. Apa pun sy mahu gembira. titik.

Bila sy ikut en suami berkursus itulah peluang sy jumpa balik rakan2 sekerja en suami. Mereka semua best, sporting & ada class..

Setiap pagi apabila bangun daripada tidur, Muhammad Ashraf akan memanjat kerusi dan memandang keluar tingkap hotel ;

Apalah yang dipandang kat keluar tu..

Tetiba dgr suara Muhammad Ashraf bercakap2.."bas, lori, kete, moto.."


ha..ha..dia tgh tgk jalan sesak di pagi hari..smbil mengenal pasti..paling dia suka bila nmpak lori dan bas..^_^

2 comments:

Fatima Saiful said...

whoaa...pandainyer asyraf!!!kalo aqil...bas/lori/bulldozer or semua kenderaan besar semuanye BAS. :P..ape2 pon, kene tego on the spot la.hehe...yurp!btol2...suke bercuti yg ditaja. tmbh bile ikut suami..;)

sisanizu said...

he he..ashraf ni minat bas...dia akan sebut 20x kalau bas lalu. bash-bash-bash..
nk g bercuti lagi hu hu :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...