Wednesday, July 06, 2011

Mengenai Morning Sickness

Saya nk kongsi sikit pasal artikel ni. Sbb sy mengalaminya.. (mase sy balik kg dulu ramai mkcik dan umi sy ckp sy kelihatan sihat dan okey bila pregnant berbanding pengalaman2 mereka lalui..sbb sy boleh bercergas ke sana ke sini) padahal siapa tahu keadaan sy kan..mual tu ada je..cuma tak tunjuk je..sy stat berasa mual2 bila masuk minggu ke-8.. tp bila dh dekat2 nk masuk minggu ke 12 hari tu,,, ade dua hri tu yg rase mualnya kemuncak, smpai sepanjang hari pun berasa loya....kemudian ade hari yang sy agak ok dan tak berapa nak sickness kan..pasti dlm hati sy tertanya2 lak...nape ye tak rase ni.. baby okey ke...terus rasa gabra lak..mcm jauh disudut hati sy, biarlah perasaan loya tu sentiasa ada bersama, dgn itu sy tahu yg baby adalah sihat. Itu definisi baby sihat bg orang seperti sy..hu hu..memang ade jenis ibu2 yg langsung tiada morning sickness kan..memang bertuah betul...sbb memang mase ngndung kali kedua dulu mase miscarriage dulu kan...sebenarnya sepanjang pregnant tu sy memang rase pelik dan risau..sbb sy langsung tak mual apa pon..memang hati tak sedap dah sebnarnya...last2 memang betul tak ada rezeki..sidia pergi dlm minggu ke 11...
Nk share artikel ni:

Morning sickness atau alahan semasa mengandung adalah sesuatu yang biasa terjadi kepada wanita hamil di awal kehamilan. Walau bagaimanapun, pada hakikatnya masalah ini tidak semestinya berlaku pada waktu pagi sahaja. Ada segelintir wanita mengandung mengalami alahan di waktu malam. Malahan ada juga yang terpaksa melalui morning sickness sepanjang hari.

Wanita Hamil: Morning Sickness sumber

Loya, mual, muntah dan pening kepala merupakan simptom-simptom yang paling biasa berlaku kepada wanita hamil. Biasanya simptom ini akan bertambah teruk sekiranya perut anda kosong. Secara umumnya, wanita hamil akan mengalami morning sickness ini pada awal kehamilan sehingga minggu ke-14 iaitu dalam trimester pertama. Biarpun begitu, ada juga sesetengah wanita yang mengalaminya sehingga penghujung kehamilan.

Walau apapun, terdapat wanita hamil yang bernasib baik kerana tidak mengalami morning sickness sepanjang kehamilannya. Mereka tidak mempunyai apa-apa alahan terhadap makanan mahupun persekitaran. Kepada wanita yang mengalami morning sickness yang teruk, anda tidak perlu risau kerana anda kurang berisiko untuk berhadapan masalah keguguran.

Di sini saya ingin berkongsi tips dan panduan untuk mengelakkan loya atau muntah sepanjang kehamilan.
1. UBAH TABIAT MAKAN
Perkara utama yang perlu dilakukan ialah kerap makan. Apabila anda makan dengan kuantiti yang kecil tetapi kerap, perut akan sentiasa penuh. Oleh itu, masalah loya tidak akan timbul.

2. SNEK
Apabila anda berasa mual, kunyahlah beberapa keping biskut kraker. Kemudian, rehat kira-kira 20 minit. Keadaan ini dapat menghindarkan rasa mual daripada menjadi lebih teruk.

3. KEKAL HIDRAT
Penting untuk anda kekal hidrat sewaktu hamil. Jika minum banyak air di antara waktu makan, anda sebenarnya memenuhkan perut dan ini boleh mengelakkan muntah. Anda digalakkan sentiasa membawa sebotol besar air dan minum secara kerap sepanjang hari.

4. ELAK MAKANAN TERTENTU
Bagi mengelakkan rasa loya, anda perlu tahu dan kenalpasti makanan yang boleh menimbulkan rasa loya. Oleh itu, anda perlu mengelakkan makanan tersebut. Selain itu, anda juga perlu elakkan makanan berlemak, bergoreng, berempah dan berasid kerana ia boleh menganggu sistem penghadaman anda. Makanan yang mengandungi halia adalah terbaik untuk mengatasi masalah loya.

5. MINUM AIR HALIA
Halia adalah sejenis tumbuhan herba yang mempunyai banyak khasiat. Salah satunya ialah dapat melegakan rasa loya dan muntah. Jadi, anda boleh minum teh halia buatan sendiri bagi menghilangkan rasa loya yang dialami.

Saya harap dengan tip-tip yang saya share ni boleh mengurangkan rasa loya semasa awal kehamilan. Semoga anda dapat mengharungi detik-detik kehamilan dengan tabah dan gembira. :)

quote:

“Before you were born I carried you under my heart. From the moment you arrived in this world until the moment I leave it, I will always carry you in my heart.” – Mandy Harrison

2 comments:

Anonymous said...

salam....
sy pon preggy jugak...tp xder morning sickness nie...sgt risau bila baca n3 puan td...cumanya sy jenis kuat mkn n loya kadang2 tp x muntah2 pon...pening2 2 biasa la...
adakah baby sy x sihat...ini pengalaman sy yg pertama...baru 7 minggu....sy sgt risau :(

sisanizu said...

waalaikumussalam.
Jgn risau sbb pengalaman setiap org lain-lain. Maybe awk jenis yg takde morning sickness sgt..memang ade di kalangan kwn2 sy pun langsung takde mual..rilex je sepanjang ngndung...mujurlah kalau begitu kan..mcm sy ni memang jenis mual teruk masa early pregnancy..sebb dah pengalaman 3x ngndung. Mungkin awk memang jenis ok kot..bykkan doa dan baca surah Luqman di awal ngndung ni..insyaAllah takde apa2 tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...