Monday, February 23, 2015

Cara untuk adjust footer dlm MsWord

Pernahkah anda mengalami masalah ini. So ini catatan saya. Saya akan bagitahu cara untuk adjust footer (atau ubah page number setiap page) kadang kadang ia menjadi masalah besar dan tak boleh selesai dgn hanya adjust kat insert numbering biasa, terutama article/paper yang ditulis pada ready template yang ada header dan footer. Seharian pun tak habis kalau tak tahu cara yang betul, tak pasal2 tergendala kerja lain. 

Untuk selesai masalah ni, pertama sekali, klik kat hujung ayat di page.  Contoh: (lihat kusor).



Kemudian pergi pada tab Page layout-> breaks->Section Breaks->Next page
Kemudian klik pada footer. Pastikan dihujung belah kanan tidak ditulis ‘same as previous’

ada word "same as previous'
Jika ada, tgk pada tab File ,matikan ‘link to previous’ (bila tak kuning tu maksudnya dia mati/delete) dia akan tanya di pop up menu. Klik saja yes

Lihat, ia sudah clear

Kemudian barulah boleh ubah page number di bawah tu.. jika tak buat ni,, dia akan repeat /auto tukar nombor kita adjust di semua page..tak dpt nk buat continue from previous pun..even nampak mcm remeh tp ia memang menyebalkan ..hisy


hmm. harap membantu sapa-sapa yang hadapi masalah ni. 
sekian.

Wednesday, February 18, 2015

Anak anak

Duhai anak-anak, mama syg kamu..
Aish sudah 4 bulan +++ sudah boleh meniarap sejak sebulan yg lalu.. suka bersembang2, dan palg terer sekali bab sembur2 air liur..
Kakak Ayra..pot pet macam biasa.

Abang Ashraf juga, baik, pandai, dan sudah boleh disuruh buat kerja rumah, kalau main mainan ,kemaskan semula, tolong sapu, vacuum bilik, balik sekolah, kuarkan baju dan towel dari beg dan sidai sendiri, bancuh air kordial sendiri pob boleh..boleh mintak tolong macam2.. ;p 


Ashraf, Ayra, Aish

Semoga menjadi anak soleh & solehah. Amin.

Thursday, February 12, 2015

Hias bilik-deco- cat ,wallpaper DIY

Orang kata rumahku Syurgaku. tiadalah tempat yang lebih best melainkan duduk di rumah sendiri. Bila duduk lepak dlm rumah, mmg selalu ada perasaan, nk menyapu kat situlah.kat sini lah..eh area ni kurang kemas,, kemaskan sikit lah..nak tambah itu ini, nak deco rumah kononnya. Tapi yg selalu trjadi bayangan tu byk dlm kepala je lah..ada perasaan takut juga termembazir.. hu hu fikir fikir yelah kita pun tak hidup kekal kt dunia ni..moga Allah pnjngkan umur dlm keimanan.

Masa sy tgh sarat ritu, tak berapa larat g lab, nk buat kerja pun mood dan idea tak berapa nak mengunjungi... tetiba di suatu yang tenang di hujung minggu, ajak incik suami pegi beli cat dan wallpaper.. lalu mendeco sebuah bilik. Dah lama perasaan nk cantikkan sikit bilik ni. Bilik ni adalah bilik tengah di tingkat 3. Ada penyidai dlm bilik ni .asalnya masa pindah masuk,,renovation rumah belum betul2 siap..tmpat laundry kami tak siap lagi masa tu,, jd husband drillkan dinding dan pasang penyidai dalam bilik ni... skang penyidai ni jd back up bila basuh bj byk dlm satu masa...kene angkut sidai kat atas separuh..terutama payung payung yg menyidai baju anak2..haha..

Bilik ini memang kurang sentuhan lagi. langsir tu sy jahit tp bila tgk lama2, rasa tak cantik langsir ni. sy jahit langsir jenis pencil pleat utk bilik ni. asalnya kain ni bukanlah sesuai utk langsir sbb dia jenis cotton ringan..sesuai utk jahit baju sebnarnya..bila buat langsir, dia tak beralun cantik ...ayam sungguh saya,,,hahhaha..tp ms tu duk berkenan dgn bungaan dia,,dijahitnya jadi langsir..sy kemudian ganti dgn langsir lain yg saya jahit jenis eyelet. mmg dah beli siap kayu eyelet tu masa masuk rumah dulu, cuma tak pasang je lagi.. so abg sado sayalah tukang drill nya. langsir bunga ni diturunkan dan akan dijadikan projek akan datang di kala tenang untuk dijadikan cadar ;p.
keadaan asal. suram . 
 projek deco ni berlaku 5 bulan lepas. kih kih. sy beli wallpaper kaison paradigm mall, pj (jauh dari bangi okey..). asalnya nk corak bunga tp trlalu ramai barangkali beli yg bunga2 tu semua..semua jenis bunga tinggal segulung je. mana cukup nk tampal kat dinding. so terpaksa pilih corak lain. Mula mula pegi pilih cat kt kedai hardware.. saya beli 1 liter je..hahahaha..rm24 kalau tak silap..
violet petal
"bapak faizal, cat cantek-cantek ya.."bg arahan pada incik suami,
(sambil buat gaya mak mandur .kihkih)
siap sebelah ni. lihat kerja dilakukan pd waktu malam berdikit dikit
oh ya, sebelum cat, buat belang2 pakai tape (belang lagi??;p)
dah kering cat, buang tape tersebut
persiapkan wallpaper. wallpaper ini bukan jenis selfadhessive, so kene pakai gam khas
gam itu
isi dalam kotak gam di atas
wallpaper itew
memaksa abang sado buat semua supaya bertambah sado
Maka hasilnya adalah...
TARA!! santek tak..;p
mana abang sado ni..ini tak kemas. potong gaji!
Lihatlah berapa sajalah kosnya bila buat sendiri. wallpaper pakai 2 roll. tp yg pastinya mmg la kene keluar kos juga utk deco..kikikiki..kalau upah org kosnya tak terjangkau dek akal la..upah pasang wallpaper pun kira persqft..haruslah ribu jugak ..upah cat lagi kan...isyk isyk...Bilik ini mmg kosong saja. jika famili dtg. adik akn guna bilik ni. bg toto saja..hihi..


Sekian.

Wednesday, February 11, 2015

Catatan perjalanan belajar

Terasa amat jauh lagi perjalanan belajar ini. saya bukan PhD candidate tapi 'PhD survivor'.... nanges...T_T
hidup adalah begini
 belajar. terasa ingin lari dari kenyataan ini.
bila dapat skip dari hntar report 
Sungguh la tak jumpe mana titik noktah.. berselirat ..

bila run program. tadi elok je. bila nk tunjuk kat supevisor..

ok kengkadang ada perasaan begini bila tgh run program atau menginstall software sbb nk cuba belajar and guna teknik lain..sbb susah sgt nk buat melalui matlab itew.. ahhahaha

kang memblog pasti jadi berlama lamaan

Bersabarlah makcik..genggam bara api biarlah smpai jd arang. T_T


tataplah wajah Muhammad Aish yang kurindui pengubat hati mama dikala serabut dan gundah. Sungguh slps ada muhammad aish, sy rasa lebih bahagia. Its just a PhD. keep calm.

4 month ++


I love you baby.

Thursday, January 22, 2015

The family is getting bigger

Sekarang sudah ada anak tiga:
Muhammad Ashraf (2009), Aishah Ayra (2012) dan Muhammad Aish (2014)
Kakak Ayra sudah masuk 3 tahun pada 16 januari 2014
Pada november lps kami ambil keputusan utk upgrade kereta. Jd dengan setelah buat kira kira tambah tolak bahagi, kami decide jual incik Honda kesayangan kami (nangis ..srobs). Perkara plg best pasal kereta ni selain selesa dan smooth enjin senyap, ialah sgt jimat minyak. kalau compare antara honda city dan myvi saya tu..honda ni lg jimat minyak. tambah2 kalau perjalanan jauh mmg berbaloi..sbb constant je tekan minyak kan, tanpa break byk mcm dlm bandar. Kereta ini kami beli pd april 2010. semasa abe ashraf berusia lebih kurang 9 bulan ketika itu. sehingga november lps belum pernah ada sebarang kerosakan. masih wangi bersih dll. selamat tinggal incik honda. semoga bertemu tuan baru yg lebih cantik ;p.
masuk list USED CAR. ready to sell
Semasa kami ke kedai ni utk sign serah hak milik kereta, kami tgk incik honda dh clear, lps puspakom dan siap ditambah bodykit lg oleh tuan kedai. sy padam plate number tu sbb sy pindah milik..hehe plate sama diguna pada kereta baru. jd incik honda bakal dpt nombor baru wangi br kuar jpj. so bertambah value dia di situ..utk menambat hati pemilik baru nnt.

Kami decide ambil ini , 7 seater dgn ruang legar yg selesa ..huhu...sebab kami kalau balik kampung jauh 8 jam perjalanan.. susah sikit bile anak2 berebut ruang nk tido..bergaduh bergaduh,,terjerit sampai stress driver. kalau perjalanan 2-3 jam boleh bersabar lg..huhu..so ada seat memasing..kalau bergaduh lagi mmg nk kene rotan. duduk tempat masing2 sambil tonton tibi. 

Ashraf dan Ayra
Aish.- gambar lama...(sbb pakai mitten lg ;p)
Alhamdulillah rezeki.

Wednesday, January 14, 2015

Saya dan breastpump

Saya seorang pengguna pam manual apabila dalam pantang. sejak dari anak pertama kedua dan sekarang ketiga.. selepas dua bulan bersalin barulah saya guna pam elektrik. Entah kenapa, guna pam manual saya akan rasa lebih kosong serta licin semua disedut, mungkin sbb duduk dirumah boleh tekan picit sana sini juga.. mungkin juga masa dlm pantang susu mmg banyak gile..terlambat pam atau silap pam sikit,,ade la rs mcm nk demam..sebab breast bengkak. maka telanlah lechitin shaklee banyak-banyak untuk cairkan mana2 bahagian aliran susu yg tersumbat. huhu..

unimom mezzo
Semasa berpatang hari tu sy pakai pam manual unimom mezzo. mmg best sepertimana manual avent (avent dah bg kat org setelah guna utk anak pertama dan kedua, lama dah guna sejak 2009) Skang anak yang ketiga, Muhammad Aish, dah 3bulan lebih, sy dah mula byk pakai medela freestyle saya semula. Pam ini dibeli ketika usia anak kedua, iaitu Ayra 1 tahun pada januari 2013.Dah dua tahun pun.

pam medela freestyle

Bila masuk lab UKM semula, sy tak mahu menggendong pam datang dan balik kerja. leceh. even pam medela takde heavy sgt..tp sbb byk beg jd serabut.dgn beg laptop, beg chiller, beg bj nurseri baby bersama susu EBM..huhu,,pagi2 mmg amik banyak masa nk setting semua tu, pastu berat pulak bahu. Saya mmg asalnya nk meneruskan tradisi tinggal kan satu breast pump kat lab. Mmg sy ada satu lagi pam iaitu pam electric double spectra 3 yang zaman 2009 jugak (lama dan sgt berjasa), dulu asyik tangguh2 nak pegi service, bygkan dah 5 tahun lebih beli tak penah servis. OMG. sbb mmg takpenah rosak tu tak berkejar nk g servis. haha. so nekad nk g service..dulu setahu saya harga servis RM40 je thn 2011 campur kos penghantaran rm10 (mintak tolong pihak susu ibu.com kat bangi tu) sebab pernah nak pegi servis waktu tu. sekali tadi pergi la hantar kat sana, mintak dia hantar service kat pusat di KL. dalam kepala mungkin kos dh naik dlm rm70-80, sekali kos adalah rm110 plg minimum (kos service rm80 + caj penghantaran rm30) itu kalau xde tukar sparepart apa2..fuhhhhh.. terus di awangan kejap, nk service ke tak nak.kah kah..

spectra 3
Saya bukan apa, saya lihat skang ni bermacam jenama pam susu terbaru dan terkini masuk dlm pasaran, eve love, autumn bliss, malish mango/ lifestyle, lacte solo, unimom allego, snow bear, you name it....banyak sangat. Ibu menyusu lebih banyak pilihan skang. so sebab kos servis spectra3 sy smpai rm110 lagi mahal dari harga pam unimom mezzo manual sy beli tak smpai rm100 pun. hmmm kalau ada single pam electric harga sekitar rm150-200 baikla beli baru.hahahahahahahah..nyampah I.. tapi bukan mudah nk membeli pam susu. kene byk study dan tgk review org yg pernah guna..ah malas pulak. hmm redho je la kot servic spectra 3 yg tak rosak tu pun cost about RM110. ..grrr..

Tapi dgr2 pum letrik single snow bear harga xsmpai rm200. ada kata dpt beli harga rm150..ada yg kata rm180..best ke tak tu weh..ah satu kerja plak nk g selidik kan.  Siti sarah pasrah sajalah..huhu..beli yg baru anak ke4 pulak lah.kah kah. Kita ni alang membeli perlu menang memakai. kalau beli bajet2 tp tetiba tak best membazir tak pasal2. 

snow bear electric single pum

Saya ada mesej pertanyaan kat facebook kepada admin page pumpOnTheGo tempat sy beli freestyle dulu, sbb dia boleh bg harga pam dgn agak reasonable. dia mencadangkan saya pump Autumn Bliss, katanya pam itu suction kuat tetapi lembut serta 'sangat' senyap. saya mmg suka yg suction kuat ni. tambahan kalau senyap, bolehla pam dlm lab. mcm spectra 3, senyap je.. mcm spectra 3 saya. huhu. 

autumn bliss. ok harga rm229. tambahan rm100 dari kos service spectra 3. hahahah
Sabar sajalah. tak baik membazir. Nangis jugakla tgk pam autumn cantik kaler purple. Sabar itu separuh dari iman. :p

Kikiki.

Wednesday, November 26, 2014

Kelahiran anak ke 3 yang dinanti

Assalamualaikum readers yang dikasihi (kalaulah ada kan..? :p)
Dalam beberapa hari ini ada 3 org menyapa /comment di entry lepas. menyapa saya mengenai bb dan berpantang. beliau ialah Fizah, skinny yash dan latest ialah Su menguatkan perasaan memaksa diri bukak belog saya.kikiki
Sungguh. saya rindu pada belog saya.
tp apakan daya sejak pindah ke rumah yang ini, sy telah terminate kan streamyx sy yg murah itew. rm60 sebulan yg dari rumah lama disebabkan faktor belum ada pemasangan wayar di kawasan ini sbb belum diduduki 70% penduduk utk request TM pada ketika itu(sekarang sudah ada pemasangan wayar fiber bla..bla..) tambahan pula sy tiada masa untuk menghadap komputer. apatah lg pelajaran saya..entah berapa bulan sudah melupakan sakit perit belajar.kah kah..(selamat tinggal PhD ku...hehe)

Dirumah, saya pakai YES yang prepaid untuk kerja di laptop. top up bila mahu guna sahaja.dan buat masa sekarang memang tak top up smpai ke sudah broadband YES itu. memadai menjenguk internet dalam hp sahaja.

dengan berpantang saya tiada masa untuk membuka laptop :(
ya saya sudah bersalin.
Anakanda yang dinanti itu lahir pada 25 September 2014 secara paksaan (induce) kerana sudah overdue 8 hari..hehehe..

Beliau diberi nama Muhammad Aish bin Mohamad Faizal. Sudah genap 2 bulan usia beliau.

wah.itu mama beliau ker yg mcm muda remaja itew..ki ki ki..
Jumpa lagi.

Tuesday, September 09, 2014

Deco bilik, cat dan pasang wallpaper

Hai. ya saya belum bersalin. lagi seminggu adalah due (17 Sept 2014) iaitu rabu depan. Masih bertenang..beg untuk ke hospital pun belum kemas lagi. hahah (OMG) . Entahla..mungkin sbb anak sy dua2 pun bersalin lewat.. anak sulung lelaki adalah overdue 6 hari.. yg kedua si Ayra, betul2 on due. So kesimpulannya sy berkemungkinan takkan bersalin awal sangat. Ok mlm ni sy kemas beg. promise :P

Saya kan bila dah sarat sebulan nk bersalin tu akan datang perasaan terlebih rajin.. terutama nak mendeko rumah. Dulu masa mengandung Ayra, sy ke kedai2 beli bunga la,,beli itu ini..rs mcm nk mencantikkan rumah (tp dengan kos yg terkawal la,,mkcik ni bukan Datin..;p) .. dua minggu lepas saya teringin nk pasang wallpaper bilik baju budak2 ni..sy dh survey dlm tenet juga..maka saya mengajakla encik suami pegi ke kedai sekian2..ni sbb kedai jauh,,bukan sekitar bangi kajang kekdahnya menyebabkan mkcik kene ajak bodygurd hensem mkcik itew...

Saya juga jahit cadar baru, sarung bantal baru,, bahkan ada try jahit kusyen (susah juga jahit sarung kusyen makcik yang bentuk dia bulat2 gentel tu) ,, dan juga sarung kerusi makan... dan juga sarung blender..ah mcm2 nk buat dlm kepala ni...oh sudah..tp dengan tahap sarat mkcik ni,,pergerakan agak terbatas,, kalau nk ukur dan tanda kain, kene mintak tolong incik suami a.k.a bodygurad mkcik tolong tandakan.haha. 

Bilik ni mmg sy nakkan tema biru. Mmg bilik ni sy jahit langsir biru dulu ms masuk rumah. dan bilik ni sy letak almari bj anak2. 
Keadaan asal
Ok sambung citer cat dan wallpaper. Saya ada baca dlm internet ada la org penah buat, boleh cat dinding bewarna tanpa beli cat warna. letak pewarna makanan. dah lama sy beli pewarna biru itu.. mmg niat nak campur dlm cat putih..dh siap buat aiskrim paddle pop homemade ritu. Kat rumah mmg ada cat konkrit kaler putih lebihan kontraktor wat keje renovate rumah ritu..so jimat disitu, tak perlu beli cat. Sy pun suruh incik suami buatkan. mula2 dia tak percaya boleh pakai pewarna makanan, tp sy cuba yakinkan dia..haha sy pun tak pasti kebolehtahanan cat ini..tp nmpak okey je...
ini adalah pewarna makanan star brand ;p guna kaler biru dan juga hijau
Saya beli masking tape rm1.90 each (guna 5 ketul) 
buat stripes sbb nk buat 3 kaler berlainan
Buat sikit2..rs macam ada la seminggu baru siap cat jalur ni..sbb buat keje mlm dlm kul9.30 gitu.. time malas, biar je dulu..selang dua mlm pulak smbung..haha..mkcik kene la ikut mood pekerja mkcik tu..(merangkap incik suami)
mula2 campur warna biru dlm sukatan dua penutup botol je ke dlm cat putih.
Kaler ijau sambung mlm esoknya


Ha yang ni curah semua sebotol pewarna tu.
Dah buang masking tape
Tara!! suka. suka.

Makcik ajak suami pegi Kaison kat paradigm mall, PJ beli ini. Ala wallpaper murah je uolls. rm19.90 je satu roll
mkcik rembat 3 roll 


ini Aishah Ayra interprem. Katil dah pindah naik bilik atas
Tara. buat sikit2 kan.. ni last buat Ahad lepas. sbb ada tetamu hujung minggu,,so tak leh nk fokus sgt 
Nanti mlm ni kot sambung. mlm tadi semua org dh penat, hari isnin kan..Ashraf pun mmg tido awl kalau hari isnin (lps maghrib dah zzz). hari pertama sekolah, penat sikit.

Inilah namanya deco secara bajet. Walau mungkin tak sesempurna 100% tp still it looks great. I loike. Bayangkan kalau amik kedai punya dtg pasang mahunya rm600 satu dinding (dah penah tanya) huhu..





Bila ada sedikit masa beserta sedikit rajin, pegi jahit pula cadar,
Ni satu cadar siap. untuk anak lelaki 6 tahun.
Actually ada jahit juga cadar dan selimut untuk Ayra, cadar gambar cupcake pink  ^_^..lupa pula nk amik gambar.

Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...