Wednesday, November 03, 2010

Hari jadi salah seorang atokku, Sue Zaq

Selasa lalu iaitu 2 Nov ialah hari lahir Tok Sue Zaq iaitu adik bongsu nenek saya. Nenek sy iaitu sy panggil 'wan' ialah ibu kepada umi saya sebenarnya memang dah bongsu, tp kan org zaman dulu2 kawin ramai isteri jadi toksue zaq ni kira betul2 bongsu dari berapa belas adik beradik ek..lupa pulak..sy kenal hampir semua adik-beradik wan tp nama sy kurang igt (mcm org tua pulak sy ni tp kalau jumpa memang sy tegurlah) dan adik beradik wan pulak majoritinya masih hidup. Famili kami ade persatuan iaitu diberi nama PERWI (pertubuhan haji wan ishak)-boleh google dlm intenet. malah gambar keluarga penah gak masuk paper, selalu buat function bagai dan siap ade yahoo groups dan macam2 lagi aktiviti tahunan bg mengeratkan generasi lama dan baru. sy ni seorang yg agak kurang baik sbb kurang menonjolkan diri dgn aktiviti keluarga..hu hu..tp walau mcm mana pun sy tetap sygkan keluarga sy. Toksue zaq ni bg sy seorang yg vogue dan disukai ramai sbb keletahnya yg menghiburkan hati. dia memang seorang yg kelakar dan sygkan semua cucu cicitnya. bg mengekalkan kemudaannya, kami semua memang suka panggil dia ngn SUE ZAQ je atau lagi glemer SZ. umurnya sy agak2 je..rasenya dlm 52 kot..tp kami selalu rase dia lg mudeeeee beliaa.. beliau ada seorang isteri dan 3 org anak dan seorang cucu yg sebaya muhammad Ashraf (Muhammad Ashraf ialah salah seorang cicitnya). Inilah orgnya, sue zaq:

(*grab from his facebook -WarPictures Odissi (Hj Wan Abdul Razak) )

Sue Zaq selalu menjadi penghibur suasana terutama mase proses pergi merisik, proses mase akad nikah,,mase sume org bedebar tu kan, ..hu hu tp mase akad nikah sy dulu kebetulan die terlibat dgn kemalangan (beliau menetap di kuantan, pahang)...so dia tak dtg mase tu..tp tak semestinya mase mjlis begitu je..ape2 mjlis ajelah,,sue zaq memang best. kami doakan Sue Zaq dipanjangkan umur dan murahlah rezekinya selalu..

Sue Zaq seorang yg moden dan canggih. Dialah yg buat cd video siap dgn lagu sumer mase majlis pertunangan saya. xlama lg tawfiq (my cousin) pulak akan kahwin dgn Uya. walaupun uya belum menjadi ahli keluarga kami tp entah mcm mana sy sendiri pun dan kenal mcm adik beradik perasaannya..Sue Zaq pun sgt mengalu-alukan uya sebagai ahli baru..siap bergurau senda di fesbuk..

Ramai org sygkan sueZAq,,ramai mengucapkan selamat hari lahir di fesbuk beliau dan yg paling sy suka words ini dtg dr salah seorang peminat beliau:

How do u expect me to remember your birthday, when u never look any older?

(i loike this qoute.don't you?)
Sekian..Selamat Hari Lahir Sue Zaq.

(pesanan penaja: Selamat mengundi penduduk Dun Galas dan Batu sapi. tunaikan kewajipan anda)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...