Monday, November 08, 2010

Kisah parti, aksi lompat-lompat dan piala malaysia

Cuba lihat senario politik kini. Ade satu parti tu mcm jd tempat persinggahan. Org lompat kuar dari sana ke sini, berenti jap pastu lompat kuar pulak. Memang benar jadi politikus ni kenelah berkorban jiwa raga, kene kuat, kene jd org besi yg tahan panas hujan, karat dan segalanya. Kalau jenis ikhlas berjuang, lg byk cabarannya..Yang baik nmpak jahat dikacamata sesetengah org..yg jahat nmpak baik di kacamata sesetengah org yg lain pulak..Silalah buka mata kita dan rasional dalam menilai mereka. Jgn kita obses dgn sesetengah org atau parti smpai kita buta menilai, dan membutakan mata, memekakkan telinga untuk mendengar pihak lain. Saya tunggu berita pengundian di Dun Galas dan Batu Sapi pada malam tu..terseksa jiwa raga tau tunggu keputusan pilihanraya, nk pegi mana2 nk kene tunggu dulu sbb nk tahu sgt. Sy ni memang begini..ha ha..lagi pemberita lambat2kan, naik geram dibuatnya..ceh..

Kerusi Dun Galas N45 adalah salah satu dewan undangan negeri (DUN) dalam parlimen Gua musang. Kalau korang nak tahu kat kelantan ni tempat kuat Barisan Nasional ialah kawasan Jeli di bawah kuasa Tok Pa (Dato' Mustafa Mohd) dan Gua Musang di bawah kuasa Ku Li (tengku razaleigh hamzah). Mereka ini memang disenangi dan disayangi oleh org2 di sana, jd sukar sikitlah bg PAS nk tembus kawasan2 ini. Sebenarnya org Kelantan ni pilih pemimpin kawasan mereka, bukan kerana parti PAS semata2. Sebabnya sejerah kawasan parlimen tempat tinggal sy sendiri pun boleh pulak semua kerusi2 DUN PAS yg menang tp kerusi parlimen, BN yg menang. Cantek tak...? ho ho...strategi pengundi sendiri. Undi adalah hak anda. dan undi adalah rahsia..


Sebelum terlambat. sy still nk ucapkan tahniah kat skuad red warrior atas kemenangan piala malaysia 2010 baru2 ini. Boleh x,,sy menjerit dalam rumah mase gol kedua. mesti makcik depan rumah tu pelik..nmpak comel je pempuan tu tp menjerit tak hingat (perasan diri comel ha ha).Sekian.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...