Wednesday, November 10, 2010

Ikan Siakap Masak Lemon

Eh tetiba lak wat entry pasal masak. Semalam masak ni., memang senang je.. Hujung minggu lepas beli ikan siakap 2ekor rm30. entah bape kilo tp besar gile la saiz ikannya. okey..ni bahan2 & cara masaknya (kuantiti bahan adalah ikut selera sy-sy kurang gemar bwg putih). ni untuk makan dua org, separuh ikan siakap.

Bahan:
1. 1 ulas bwg putih dimayang
2. 4 ulas bwg merah (ade saiz besar ade kecik) dimayang
3. sebatang serai dipotong halus2
4. sebiji setengah lemon
5. seinci halia dimayang juga
6. daun ketumbar

cara masak:
1. masukkan air (ikut suka nk byk mana air) dalam kuali
2. pasangkan api
3. perahkan lemon (sila tapis utk elak biji masuk dlm kuali)
4. masukkan garam dan gula secukup rasa pastu kacau2
5. masukkan segala bahan2 yg dimayang td
6.bila air dah menggelegak masukkan ikan siakap
7. bila sebelah ikan dh masak, balikkan sebelah lain pulak
8. bila dh hmpir masak, boleh masukkan daun ketumbar yg dipotong2
9. siap dan boleh hidang

Ni gambarnya. Oh gambar kurang menarik sbb daun ketumbar dah kecut dan jd kaler kuning (nmpak mcm ikan singgang pulak). xpe..janji sedap..smpai encik tu menjilat jari ^_^. hirisan lemon tu hiasan je..he he


Sekian.

2 comments:

Suliana said...

wah. macam best je. senang plak tu masak nye.. hehe.. blh la try nanti..

sisanizu said...

tryla Su..best ni..he he ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...